KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menerima 362 aduan berkaitan dakwaan pelaburan palsu melibatkan beberapa syarikat yang menawarkan skim pelaburan berkonsep saham boleh tebus syariah daripada Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) pada 21 Jun 2023.
Menurut SSM dalam kenyataan pada Jumaat, pihaknya telah membuka kertas inkuiri berdasarkan aduan terdahulu apabila sebahagian daripada pengadu terbabit telah dipanggil untuk dirakam kenyataan.
Katanya, SSM akan memanggil beberapa lagi pengadu untuk memastikan sama ada wujud asas kesalahan di bawah perundangan yang ditadbir oleh SSM.
"Sekiranya wujud pelanggaran mana-mana peruntukan yang dikawal selia oleh SSM, tindakan penguatkuasaan sewajarnya akan diambil," katanya.
Menurut SSM, pihaknya sentiasa konsisten dalam mengawal selia pematuhan peruntukan undang-undang yang ditadbir di samping memastikan komuniti korporat peka berhubung tanggungjawab serta etika perniagaan.
"SSM memandang serius dakwaan seperti ini kerana ia menjejaskan amalan tadbir urus korporat baik yang seharusnya dipraktikkan oleh pengarah-pengarah syarikat.
"SSM ingin menasihati para pelabur untuk sentiasa berhati-hati dan menjalankan usaha wajar terlebih dahulu dengan menyemak skim pelaburan yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat sebelum menyertainya," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Jun 23 2023
SSM akan memanggil beberapa lagi pengadu untuk memastikan sama ada wujud asas kesalahan di bawah perundangan yang ditadbir oleh SSM. - Gambar SSM
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Bekas pensyarah rugi RM170,000 akibat sindiket pelaburan pokok kenaf
Bekas pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi (IPTA) kerugian RM170,000 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket pelaburan penanaman pokok kenaf.
Lelaki rugi RM124,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Lelaki warga tempatan kerugian RM124,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi laman sosial.
Isu Timur Tengah, ekonomi global heret turun Bursa Malaysia
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah pada Jumaat, ditekan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI menarik pelaburan besar, mencipta 25,498 pekerjaan pada separuh pertama 2024.
Sarawak rancang tubuh entiti disatukan urus aset, pelaburan negeri - Abang Johari
Sarawak pertimbang penubuhan sebuah entiti disatukan untuk pengurusan aset dan pelaburan bagi meningkatkan hasil kerajaan negeri dalam jangka panjang.
Inisiatif tubuh Jawatankuasa Kluster Indikator Keterjaminan Makanan diperhalusi - Mohamad
Penubuhan Jawatankuasa Kluster Indikator Keterjaminan Makanan Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara antara inisiatif keterjaminan makanan yang sedang diperhalusi.
Penyertaan Malaysia dalam BRICS buka akses pasaran baharu kepada Johor melalui JS-SEZ
Penyertaan Malaysia dalam blok ekonomi BRICS akan membuka akses kepada pasaran baharu sekali gus meningkatkan pelaburan asing ke dalam negeri dan juga negara.
Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur disokong belian lewat saham wajaran tinggi
Bursa Malaysia berjaya pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup bercampur-campir pada Khamis apabila indeks utama mendapat sokongan daripada pembelian lewat dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.40 mata kepada 1,643.71 daripada 1,639.31 pada Rabu.
Pelaburan RM27 bilion Oracle bukti Malaysia destinasi inovasi teknologi di Asia Tenggara - MITI
Wilayah awan yang akan diwujudkan itu membolehkan pelanggan dan rakan kongsinya di Malaysia memanfaatkan infrastruktur dan perkhidmatan AI.