KUALA LUMPUR: SRC International Sdn Bhd telah menyerahkan writ saman kepada semua enam defendan kecuali bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya Nik Faisal Ariff Kamil yang tiada di Malaysia.
SRC International, di bawah pengurusan baharu, memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan enam lagi atas dakwaan pecah amanah dan pelanggaran kewajipan statutori berkaitan pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) kepada SRC.
Menurut seorang peguam daripada Rosli Dahlan Saravana Partnership yang bertindak bagi pihak SRC, writ saman itu telah diserahkan kepada Najib dan lima bekas pengarah SRC iaitu Datuk Suboh Md Yassin, Datuk Mohammed Azhar Osman Khairuddin, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Che Abdullah@Rashidi Che Omar.
"Writ terbabit diserahkan kepada semua defendan kecuali defendan ketiga (Nik Faisal) kerana beliau tidak ada di Malaysia," kata peguam itu selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin yang diadakan secara maya hari ini.
Menurut peguam itu, writ saman tersebut akan diserahkan kepada Nik Faisal menerusi perkhidmatan gantian dan mahkamah menetapkan 3 Ogos ini untuk pengurusan kes seterusnya bagi plaintif membentangkan perkembangan kes kepada mahkamah.
Menurut Aturan 60 Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, perkhidmatan gantian merupakan kaedah secara tidak langsung untuk menyerahkan dokumen kepada individu yang didakwa sengaja mengelak, atau jika tidak praktikal untuk menyerahkan dokumen secara langsung kepada individu berkenaan.
SRC, anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selaku plaintif, memfailkan writ saman pada 7 Mei tahun ini, mendakwa kesemua defendan berkomplot dan melakukan pecah amanah selain mendakwa bekas perdana menteri itu menyalahgunakan kuasa dan memperoleh manfaat peribadi daripada dana SRC selain menyeleweng dana berkenaan.
Najib merupakan Penasihat Emeritus SRC dari 1 Mei 2012 hingga 4 Mac 2019.
SRC yang kini dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD), menuntut perisytiharan agar supaya semua defendan bertanggungjawab membayar kerugian dana pelaburan akibat penggunaan jumlah pinjaman itu selain ganti rugi am, teladan, tambahan dan faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
SRC dalam writ samannya berkata pada Januari 2019, syarikat itu telah diletakkan di bawah jagaan pegawai daripada Kementerian Kewangan (pengurusan baharu), dan setelah meneliti serta menyemak rekod SRC, didapati pengarah terdahulu tidak mengambil sebarang langkah munasabah bagi memastikan pinjaman KWAP berjumlah RM4 bilion kepada SRC pada 2011 dan 2012 digunakan dengan betul bagi membiayai aktiviti pelaburan am syarikat tersebut dan keperluan modal kerja am.
Dakwa syarikat itu, pengarah terdahulu tidak memantau pelupusan RM3.6 bilion kepada SRC BVI (dana pelaburan dicadangkan) kononnya bagi SRC melaksanakan aktiviti pelaburan dalam sektor sumber tenaga di luar negara, serta gagal memantau keterdedahan kerajaan Malaysia berhubung jaminan yang diberikan kepada SRC selain gagal menyiasat tentang penyelewengan dana SRC.
"Pengurusan baharu itu turut mendapati sejumlah besar pengeluaran, pemindahan dan penggunaan pinjaman KWAP adalah secara penipuan atau salah," menurut syarikat itu dalam writ samannya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 01 2021

SRC International telah menyerahkan writ saman kepada semua enam defendan kecuali Nik Faisal yang tiada di Malaysia. - Gambar hiasan

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf tolak permohonan semakan kehakiman - Badan Peguam
Menurut Badan Peguam, terdapat beberapa persoalan undang-undang baharu berhubung pindaan penting kepada Perlembagaan Persekutuan.

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

‘Tangkap zaman Mahathir, dakwa zaman Muhyiddin, penjara zaman Ismail Sabri, akhirnya Anwar juga salah’ - PM
Anwar hairan mengapa beliau dipersalahkan sedangkan beliau sendiri pernah membentangkan rayuan Najib ke mesyuarat Lembaga Pengampunan

Majlis Peguam rayu keputusan Mahkamah Tinggi tolak cabar pengampunan Najib
Majlis Peguam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman terhadap Najib.

Mahkamah dengar rayuan berhubung Titah Adendum pada 6 Januari
Jabatan Peguam Negara meminta semua pihak menghormati prosiding mahkamah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat subjudis.

SRC International, UMNO diberi masa dua minggu lagi untuk selesai kes saman RM19.5 juta
SRC serta dua anak syarikatnya telah memfailkan saman berasingan terhadap UMNO dan UMNO Selangor pada Mei 2021.

UMNO, UMNO Selangor diberi tempoh lanjutan selesaikan saman RM19.5 juta SRC
Mahkamah Tinggi memberikan lanjutan masa kepada UMNO dan UMNO Selangor untuk mengemas kini kepada mahkamah mengenai penyelesaian saman difailkan oleh SRC International.

'Saya tidak campur tangan dalam siasatan 1MDB, SRC' - Najib
Najib mendakwa tidak mengganggu siasatan pasukan petugas khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd kerana beliau sendiri sedang disiasat ketika itu.