JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang anggota sebuah agensi penguat kuasa di negeri ini kerana disyaki meminta habuan dalam bentuk seks.
Menurut sumber, lelaki berkenaan yang ditahan malam tadi, dipercayai meminta habuan tersebut sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan ke atas seorang wanita kerana gagal melaporkan diri disebabkan kesalahan dadah.
Sumber berkata lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan ketika bersama wanita berusia dalam lingkungan 20-an dalam satu operasi khas di sebuah hotel di Johor Bahru kira-kira 7.30 malam tadi.
Sumber menambah wanita tersebut dipercayai gagal melaporkan diri secara bulanan kepada agensi penguat kuasa berkenaan dan bagi mengelakkan daripada diambil tindakan, lelaki berkenaan dipercayai telah meminta habuan seks.
"Wanita tersebut pernah ditahan kerana kesalahan dadah dan sedang menjalani tempoh pengawasan selama dua tahun di sebuah agensi penguat kuasa di Johor Bahru," kata sumber berkenaan.
Susulan penahanan tersebut, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi tujuan reman pagi ini dan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Chai Ing Hien telah mengeluarkan perintah reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 13 Nov terhadap suspek.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 10 2023
![SPRM tahan penguat kuasa minta habuan seks SPRM tahan penguat kuasa minta habuan seks](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699598141_TBHabuanSeksjpg.jpg)
Suspek lingkungan 40-an dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi tujuan reman pagi ini.
![THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739491696_THT.jpg)
THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia
Ia merupakan kemenangan kelapan berturut-turut THT untuk mengumpul 24 mata setakat ini, mengatasi TNB di tangga kedua dengan 21 mata.
![Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739491200_TFC.jpg)
Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan
Badrul Afzan berkata, mereka perlu manfaatkan aksi di laman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh, sekali gus memperbaiki kedudukan di pentas liga.
Elak lawat kawasan panas dadah di Narathiwat
Konsulat Malaysia di selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia untuk mengelak daripada melawat Kampong Balik Hilir dan Kampong Pantai di Narathiwat yang dikenal pasti pihak berkuasa tempatan sebagai kawasan panas narkotik.
IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.
![Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual' Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739489999_AhmedAboulGheit.jpg)
Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'
Beliau menekankan bahawa Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin masa depan yang akan ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967.
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
![Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739489692_IsraelPalestinians.jpg)
Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata
Hamas berkata ia akan membebaskan tawanan Israel seperti yang dirancang di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
![SPRM tahan penguat kuasa minta habuan seks SPRM tahan penguat kuasa minta habuan seks](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699598141_TBHabuanSeksjpg.jpg)
SPRM tahan penguat kuasa minta habuan seks
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang anggota sebuah agensi penguat kuasa di negeri ini kerana disyaki meminta habuan dalam bentuk seks.
![Dakwaan rasuah seks Exco: Rais tak buat laporan polis, sedang teliti tindakan Dakwaan rasuah seks Exco: Rais tak buat laporan polis, sedang teliti tindakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81682578131_TBRaisYasin.jpg)
Dakwaan rasuah seks Exco: Rais tak buat laporan polis, sedang teliti tindakan
Datuk Rais Yasin, menafikan dakwaan kononnya terlibat dengan skandal rasuah seks seperti ditularkan baru-baru ini.
![Anggota kumpulan K-Pop, Big Bang sediakan khidmat pelacur? Anggota kumpulan K-Pop, Big Bang sediakan khidmat pelacur?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41552302926_seungribigbangkp.jpg)
Anggota kumpulan K-Pop, Big Bang sediakan khidmat pelacur?
Salah seorang penyanyi kumpulan Big Bang, yang lebih dikenali dengan panggilan Seungri, didakwa kerana menyediakan khidmat pelacuran.