PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk pengarah agensi penguatkuasaan negeri yang dipercayai terbabit dengan rasuah bagi melindungi aktiviti kemasukan barangan berharga melalui pintu masuk laut negara.
Menurut sumber, kesemua lelaki berkenaan ditahan berasingan pada Sabtu lepas dipercayai terbabit melindungi aktiviti kemasukan barangan berharga tanpa perlu pengisytiharan atau kebenaran pihak berkuasa.
Beliau berkata suspek utama iaitu lelaki berumur 50-an disyaki menerima suapan berjumlah kira-kira RM100,000 secara tunai pada 23 Mac lepas di Shah Alam, Selangor bagi melindungi aktiviti yang merupakan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967.
"Hasil penahanan suspek utama di Klang, Selangor, SPRM turut menyerbu kediamannya di lokasi sama dan menemukan sejumlah wang bernilai RM100,000 dipercayai sebahagian daripada hasil suapan terbabit.
"Suspek kedua dan ketiga yang merupakan orang awam ditahan pada hari sama di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya," katanya.
Kesemua suspek kes itu kini direman selama tiga hari hingga esok setelah Penolong Kanan Pendaftar Nurul Farhana Mohd Najib membenarkan permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini pada Ahad.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
"Siasatan lanjut sedang giat dijalankan bagi mengesan bukti dan dalang lain yang terlibat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024
SPRM menahan tiga individu termasuk pengarah agensi penguatkuasaan negeri yang dipercayai terbabit dengan rasuah bagi melindungi aktiviti kemasukan barangan berharga melalui pintu masuk laut negara. - Foto ihsan SPRM
Mayat lelaki ditemukan terapung selepas tiga hari SAR
Mayat mangsa telah diserahkan kepada Hospital Machang untuk tindakan selanjutnya dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
GPI ambil kira kos keretakan rumah tangga, masalah sosial dalam menilai ekonomi negara - Penganalisis
ensyarah Ekonomi Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Muhamad Rias K V Zainuddin berkata Penunjuk Kemakmuran Tulen (GPI) mengambil kira setiap aspek kehidupan masyarakat termasuk kos keretakan rumah tangga dan masalah sosial dalam menentukan status ekonomi negara. Jelasnya, kos-kos terbabit akan ditolak dengan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebelum suatu nilai sebenar ekonomi negara dapat ditentukan. #DialogPoketRakyat
GPI ambil kira kos pencemaran, kerosakan alam tentukan kedudukan sebenar ekonomi negara - Penganalisis
enyelaras Sekretariat Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia – Matlamat Pembangunan Lestari (APPGM-SDG) Bahagian Utara, Dr. Thanaraj Murudi berkata Penunjuk Kemakmuran Tulen (GPI) mengambil kira kos-kos pencemaran dan kerosakan alam dalam penilaian kedudukan sebenar ekonomi negara. Jelasnya, pendekatan ini bagi memastikan tafsiran ekonomi adalah sesuai dengan realiti kehidupan dan kesejahteraan masyarakat. #DialogPoketRakyat
GPI tafsirkan sumbangan suri rumah dalam bentuk kewangan - Penganalisis
Pengerusi Kluster Ekonomi, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Sosial Akademi Profesor Malaysia, Prof. Emeritus Dr. Jamal Othman berkata Penunjuk Kemakmuran Tulen (GPI) memberikan gambaran menyeluruh mengenai produktiviti negara dengan mengambil kira aktiviti ekonomi dan selainnya. Contohnya, petunjuk berkenaan menawarkan tafsiran kepada sumbangan suri rumah tidak bekerja dalam bentuk kewangan bagi. #DialogPoketRakyat
Warisan belum buat keputusan gabung parti
Parti Warisan Sabah belum membuat sebarang keputusan untuk bergabung dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Persediaan calon SPM tidak terjejas
Calon-calon SPM yang ditemui AWANI Borneo menyifatkan operasi PPS di sekolah itu tidak menjejaskan proses pembelajaran kerana kelas yang digunakan sebagai kelas tambahan terletak di aras atas.
Kerosakan utiliti & komunikasi di Bintulu sedang dinilai
Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang mengemas kini data dan jumlah kerosakan akibat banjir di wilayah itu, terutamanya di kawasan Bintulu.
JKR diarah segera baik pulih jalan raya rosak
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi JPBN memberitahu arahan telah dikeluarkan kepada JKR negeri untuk segera membaik pulih jalan raya terjejas banjir bagi memastikan akses tidak terputus.
Penduduk di perkampungan lereng bukit akan dipindahkan
Penduduk di Perkampungan Lereng Bukit di Bukit Kanada akan dipindahkan ke kawasan baharu, yang akan diumum kelak.
Fokus penyelamatan tertumpu kepada kawasan luar bandar Bintulu
Fokus penyelamatan Bomba Sarawak tertumpu kepada kawasan luar bandar Bintulu, yang masih terjejas dan digenangi air.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Januari 2025.
Rasuah: Biar DBKL jalankan siasatan dalaman dahulu - Azam
SPRM serah kepada DBKL untuk menjalankan siasatan dalaman terhadap dakwaan salah laku salah seorang ahli lembaga penasihatnya yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.
Kes salah laku DBKL: SPRM akan dapatkan maklum balas esok
Ahmad Khusairi berkata SPRM akan menjalankan siasatan jika terdapat elemen jenayah seperti salah guna kuasa dan rasuah.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.
SPRM sedia siasat dakwaan salah laku ahli lembaga penasihat DBKL
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini tiada siasatan dibuka oleh pihaknya berhubung dakwaan itu.
Kerugian jenayah komersial di Melaka meningkat RM79.27 juta tahun lepas
Nilai kerugian mangsa jenayah komersial di Melaka meningkat kepada RM79.27 juta pada tahun lepas berbanding RM48.42 juta pada 2023.
Lelaki miliki rekod jenayah ditahan cuba rasuah polis
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Segamat menahan seorang individu kerana kesalahan memberi rasuah, semalam.
Op Sky: Kelulusan pinjaman peribadi dibuat dengan cara manipulasi TAT - Azam Baki
Azam berkata kelulusan pinjaman peribadi daripada bank biasanya mengambil masa tiga hingga lima hari untuk diluluskan.
COO syarikat konsesi lebuh raya mengaku tidak bersalah terima suapan RM70,000
Tertuduh, Rostam Shahrif Tami, 59, yang merupakan COO bagi Kumpulan Prolintas mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Penjawat awam di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM
Lelaki tersebut dipercayai membuat tuntutan palsu untuk sumbangan kepada 49 saudara baharu dari 2022 hingga 2024.