KUALA LUMPUR:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai polis berhubung sindiket Macau Scam dan judi dalam talian membabitkan ratusan juta ringgit.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang mengesahkan penahanan itu berkata, SPRM bagaimanapun tidak memaklumkan secara rasmi kepada pasukan keselamatan itu setakat ini.
"Apa yang saya ingin nyatakan di sini, kes ini disiasat SPRM dan untuk tujuan itu, saya mewakili pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan membuat apa-apa ulasan mengenainya.
"Ya betul, dua pegawai kita ditahan SPRM, tapi kita juga belum mendapat sebarang perincian rasmi sama ada mereka ditahan atas kes lain atau kes yang sedang disiasat SPRM ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Seminar Pengukuhan Siasatan Jenayah Komersial dan pelancaran portal dan aplikasi Semak Mule di sini, pada Rabu.
Sebelum ini, media mendedahkan dalang utama sindiket berkenaan dipercayai rakyat China, tetapi beroperasi menggunakan ejen di Malaysia untuk menguruskan 'pelaburan'termasuk mencari perniagaan berpotensi sebagai platform 'membersihkan' wang hasil penipuan.
Sindiket terbabit menjadikan Malaysia sebagai pangkalan operasi atau pusat panggilan kegiatan haram berkenaan dengan menyasarkan mangsa di China dan Taiwan.
Baru-baru ini, SPRM mendapat perintah tahanan reman selama lima hari ke atas lima individu yang disyaki terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram menggunakan modus operandi berkenaan.
Astro Awani
Wed Oct 07 2020
Acryl Sani Abdullah Sani yang mengesahkan penahanan itu berkata, SPRM bagaimanapun tidak memaklumkan secara rasmi kepada pasukan keselamatan itu. - Gambar PDRM
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
SPRM tahan dua pegawai polis kes judi, Macau Scam
SPRM tahan dua pegawai polis berhubung sindiket Macau Scam dan judi dalam talian membabitkan ratusan juta ringgit.