KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki warga Singapura kerana disyaki merasuah pegawai penguat kuasa sebagai balasan membantu melepaskan barang-barang diimport syarikat-syarikat miliknya.
Sumber SPRM berkata lelaki berusia 40-an yang disyaki dalang utama dalam kes kontena lari cukai ("kontena terbang") ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya 5 petang semalam.
"Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan perintah reman selama enam hari sehingga 30 Jun dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin," menurut sumber berkenaan ketika dihubungi Bernama.
Menurut beliau suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2022 hingga 2024.
Siasatan awal mendapati wang telah diberikan secara tunai kepada 11 pegawai penguat kuasa yang disyaki terlibat secara tunai, tambahnya lagi.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 16(a) dan 17(a) Akta SPRM 2009.
SPRM dalam kenyataan pada 13 Jun lepas memaklumkan telah menahan 17 orang termasuk 11 pegawai kastam dan enam pengarah dalam kes kontena terbang melibatkan ketirisan dianggarkan berjumlah RM3.5 bilion di Pelabuhan Klang sejak 10 tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2024

Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.- Foto SPRM
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

SPRM tahan dalang utama kes kontena terbang
SPRM menahan seorang lelaki warga Singapura kerana disyaki merasuah pegawai penguat kuasa sebagai balasan membantu melepaskan barang-barang diimport.