Dakwaan Lim Kit Siang bahawa isu pembelian hartanah oleh MARA Incorporated Sdn Bhd di Australia sudah diketahui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Disember 2014, adalah tidak benar sama sekali.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata SPRM hanya mula menerima maklumat daripada orang ramai pada Mac 2015, dan badan itu terus memulakan proses 'profiling' ke atas individu dan syarikat terlibat.
"Susulan itu, SPRM menerima kunjungan Polis Australia pada Mei 2015 di mana kedua-dua pihak SPRM dan Polis Australia bertukar-tukar maklumat dan memulakan siasatan bersama.
"Pada Jun pula, SPRM menghantar beberapa pegawai ke Melbourne untuk berbincang. Apabila media Australia dan tempatan melaporkan isu ini pada 23 Jun 2015, pegawai SPRM sudahpun berada di Melbourne sebagai sebahagian daripada kerja siasatan sebelum isu ini timbul," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Mohd Shukri sekali lagi menegaskan bahawa tidak timbul langsung isu SPRM telah menjalankan siasatan sejak Disember 2014, seperti didakwa oleh veteran DAP itu.
Lim, yang juga anggota Parlimen Gelang Patah, hari ini meminta penjelasan daripada SPRM sekiranya badan pencegah rasuah itu menerima maklumat berhubung isu penjualan hartanah di Australia itu sejak tahun lepas lagi.
Sekiranya dakwaan beliau benar, Lim berkata SPRM harus menerangkan mengapa agensi itu dilihat lebih kepada 'melindungi' bukan 'membongkarkan'.
Mohd Shukri berkata SPRM sentiasa menjalankan siasatan secara telus, bebas dan profesional tanpa tekanan daripada mana-mana pihak.
"Tidak timbul isu SPRM cuba tutup kes ini. Malah tidak adil bagi mana-mana pihak, khususnya ahli politik membuat andaian kononnya SPRM mahu menutup kes ini.
"Status siasatan akan dimaklumkan kepada badan-badan bebas yang memantau perjalanan SPRM, yang ahlinya mewakili orang ramai. Jika ada sangsi dengan siasatan kes ini boleh menghubungi badan-badan bebas ini," katanya.
Selain itu, beliau berharap semua pihak akan memahami proses kerja SPRM yang mana hasil siasatan tidak boleh didedahkan kepada umum sewenang-wenangnya bagi mengelak siasatan terganggu.
Bernama
Sat Jun 27 2015
![SPRM nafi dakwaan veteran DAP, kes hartanah diketahui sejak Dis 2014 SPRM nafi dakwaan veteran DAP, kes hartanah diketahui sejak Dis 2014](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/81435410978_MohdShukriAbdul.jpg)
Mohd Shukri menegaskan tidak timbul langsung isu SPRM telah menjalankan siasatan sejak Disember 2014, seperti didakwa Kit Siang.
![Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721192211_SyedHussinDewanR.jpg)
Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat
Jelas Johari, sehingga kini, PN belum menghantar sebarang notis kepadanya bagi menarik paparan di skrin Dewan Rakyat mengenai status Syed Abu Hussin.
Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam
Orang ramai khususnya warga kota dinasihatkan agar tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di sepanjang Jalan Sultan Abdul Halim pada pagi Jumaat dan Sabtu ini.
Jangan 'shoot down' idea P-turn - Menteri Kerja Raya
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi minta YB Stampin, Chong Chieng Jen tidak 'shoot down' idea P-turn di Lebuhraya Pan Borneo yang beri kemudahan kepada pengguna.
#AWANInews
#AWANInews
![Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720776307_UkraineCrisis.jpg)
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang
Menurut, Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr. Safiah Omar hutang boleh menjadi alat untuk memperoleh dana yang diperlukan tetapi pergantungan yang berlebihan boleh membawa kepada masalah kewangan jangka panjang, termasuk beban hutang yang tinggi serta mendorong kepada ketidakstabilan ekonomi
![Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704603925_TBMAYBANK.jpg)
Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang
Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan dalam talian, serta mencegah penipuan yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi.
![Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721188868_HBREAKHUTANG.jpg)
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar
Negara-negara yang mempunyai hutang yang tinggi sering menghadapi kesukaran untuk membayar semula hutang.
Prabayar Siswa: KPT sambut baik pengumuman pakej rahmah
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pengumuman Kementerian Komunikasi yang menawarkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30 dengan permulaan data minimum sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari.
![George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712139037_Beca.jpg)
George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.
Generatif AI berpotensi besar dalam sektor kewangan negara - Pakar
Generatif AI meningkatkan kecekapan dan keselamatan sektor kewangan Malaysia melalui analisis data yang cepat dan pengesanan penipuan. Namun, menurut pakar, pelaburan dalam teknologi dan keselamatan siber adalah kunci untuk kejayaan ini.
![1MDB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang 1MDB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715673806_TanSriApandiAli.jpg)
1MDB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Apandi untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan RM10 juta yang difailkannya terhadap Kit Siang.
![Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701929360_TBMASHUP.jpg)
Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah
Peguam Mohamad Apandi, M. Visvanathan ketika dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran kes itu.
![Kit Siang akui mustahil bukan Melayu jadi Perdana Menteri Kit Siang akui mustahil bukan Melayu jadi Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-06/41434775715_limkitsiang.jpg)
Kit Siang akui mustahil bukan Melayu jadi Perdana Menteri
Bekas MP Iskandar Puteri itu berkata, perkara tersebut tak mungkin terjadi biarpun tiada larangan dalam Perlembagaan Persekutuan.
![Polis selesai rekod keterangan Kit Siang Polis selesai rekod keterangan Kit Siang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702454356_LimKitSiang.jpg)
Polis selesai rekod keterangan Kit Siang
Polis telah merekod keterangan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang pada Rabu, berhubung kenyataannya berkaitan kemungkinan orang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri.
![Polis rakam keterangan Lim Kit Siang Rabu ini Polis rakam keterangan Lim Kit Siang Rabu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653065141_LimKitSiang.jpg)
Polis rakam keterangan Lim Kit Siang Rabu ini
Ia susulan penulisan di laman blog beliau yang menyentuh isu Perlembagaan berhubung pelantikan Perdana Menteri Malaysia.
![Apandi fail kebenaran merayu berhubung keputusan mahkamah tolak saman terhadap Kit Siang Apandi fail kebenaran merayu berhubung keputusan mahkamah tolak saman terhadap Kit Siang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701929360_TBMASHUP.jpg)
Apandi fail kebenaran merayu berhubung keputusan mahkamah tolak saman terhadap Kit Siang
Mohamed Apandi telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi meneruskan rayuannya di Mahkamah Persekutuan.
![Polis sahkan terima dua laporan terhadap Siti Mastura Polis sahkan terima dua laporan terhadap Siti Mastura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699867346_tbSitiMastura.jpg)
Polis sahkan terima dua laporan terhadap Siti Mastura
Polis mengesahkan menerima dua laporan terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad.
![Guan Eng akan mula prosiding undang-undang terhadap Siti Mastura Guan Eng akan mula prosiding undang-undang terhadap Siti Mastura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699358793_politik.jpg)
Guan Eng akan mula prosiding undang-undang terhadap Siti Mastura
Datuk Sankara Narayanan Nair dilantik untuk memulakan prosiding terhadap Siti Mastura.
![Apandi gagal merayu saman Kit Siang Apandi gagal merayu saman Kit Siang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698896366_TanSriApandiAli.jpg)
Apandi gagal merayu saman Kit Siang
Tan Sri Mohamed Apandi Ali gagal dalam rayuannya berhubung kes saman fitnah RM10 juta terhadap Penasihat DAP, Tan Sri Lim Kit Siang.
![Saman fitnah: Mahkamah Rayuan tetapkan 10 Okt keputusan rayuan Mohamed Apandi Saman fitnah: Mahkamah Rayuan tetapkan 10 Okt keputusan rayuan Mohamed Apandi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690265489_TanSriApandiAli.jpg)
Saman fitnah: Mahkamah Rayuan tetapkan 10 Okt keputusan rayuan Mohamed Apandi
Menurut hakim, keputusan mahkamah akan disampaikan secara fizikal di mahkamah terbuka pada 10 Okt ini.