Selepas Terengganu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap agar lebih banyak negeri menubuhkan Majlis Perundingan Integriti Negeri supaya gejala rasuah dapat dihapuskan.
Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaffar pembentukan majlis seumpama itu akan memperkukuhkan tahap integriti secara menyeluruh selain menjadikan Malaysia bebas rasuah.
Terengganu, pada minggu lalu telah melancarkan Majlis Perundingan Integriti Terengganu (MPINT) dan merupakan satu-satunya negeri yang menubuhkan majlis seperti itu.
"Jadi saya berharap langkah Kerajaan Negeri Terengganu ini akan menjadi model kepada negeri-negeri lain, jadi saya berharap segala program dan sistem Majlis Perundingan Negeri dijalankan dengan baik, boleh dijadikan panduan oleh pihak lain, negeri lain," kata Zakaria dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Katanya, integriti menjadi asas kepada keamanan dan kebahagian sesebuah negara, yang merupakan "tanggungjawab bersama semua pihak dan setiap anggota masyarakat."
"Itu sebab saya percaya langkah yang diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu sangat baik, beliau cukup bersemangat... Jadi kita perlu jayakan usaha ini agar diikuti pihak lain," kata beliau yang juga salah seorang ahli MPINT.
Majlis itu dilancarkan pada 22 Mac lalu oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dengan objektif mewujudkan perkhidmatan awam yang telus dan bebas daripada unsur rasuah.
Selain SPRM, tiga wakil luar yang menjadi ahli majlis itu ialah Institut Integriti Malaysia, Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah dan Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Menurut Ahmad Razif, sebagai permulaan, golongan sasar MPINT ialah wakil rakyat, pegawai kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pemimpin setempat.
Katanya, MPINT akan memberi penerangan terperinci mengenai tindakan yang boleh dikaitkan dengan kesalahan rasuah.
Usaha itu juga akan melibatkan kerjasama SPRM yang membuktikan komitmen tinggi kerajaan negeri untuk memberi perkhidmatan berkualiti kepada rakyat.
MPINT dianggotai wakil 16 agensi kerajaan, institusi agama dan persatuan belia.
Pelancaran MPINT juga disifatkan sebagai tepat pada masanya dan selari dengan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang diperkenalkan kerajaan negeri pada tahun lalu.
Majlis perundingan itu juga berfungsi untuk menasihati kerajaan negeri dalam pelaksanaan integriti dengan tumpuan utama diberikan kepada sektor awam, swasta dan pertubuhan politik.
Astro Awani
Sat Mar 28 2015

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Zakaria Jaffar berkata penubuhan majlis seperti itu dapat memperkukuhkan tahap integriti negara secara menyeluruh.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

1,404 polis dikenakan hukuman tatatertib tahun lepas
Sebanyak 1,404 anggota polis dikenakan hukuman tatatertib sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Akta 711 ditambahbaik, perkukuh perlindungan kepada pemberi maklumat
BHEUU Jabatan Perdana Menteri sedang menerajui usaha pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711] bagi memperkukuh perlindungan kepada pemberi maklumat.

Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs
Kejayaan JKDM dalam meningkatkan hasil negara membuktikan bahawa reformasi sistem percukaian dalam menutup ketirisan telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Anwar mahu Jabatan Kastam perkukuh integriti, kerajaan tegas tangani rasuah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terus memperkukuh nilai integriti dalam kalangan pegawai dan anggota.

Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar
Anwar berkata nilai perpaduan, integriti dan keadilan buat semua yang diwariskan Tunku Abdul Rahman menjadi pegangan beliau dalam mengemudi Kerajaan MADANI.

Rasuah: Biar DBKL jalankan siasatan dalaman dahulu - Azam
SPRM serah kepada DBKL untuk menjalankan siasatan dalaman terhadap dakwaan salah laku salah seorang ahli lembaga penasihatnya yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

97% kadar pusingan kerja libat 3,178 pegawai imigresen - KP
JIM juga memandang serius dan tidak berkompromi dengan sebarang pelanggaran integriti oleh pegawainya.

Petugas kaunter perlu cerminkan sikap harmoni - Dr Zaliha
Petugas kaunter harus memiliki sikap yang mencerminkan keharmonian, mesra pelanggan dan integriti agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

DOF tegas tidak pernah jemput mana-mana individu jalani latihan di Akademi Perikanan
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menjemput atau melibatkan mana-mana individu, untuk menjalani latihan di Akademi Perikanan Malaysia.

45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak
Penggunaan teknologi itu penting bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tugas serta menjaga kebajikan pegawai semasa menjalankan peranan mereka.