Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka semula dan menyiasat lebih 10 kes lama membabitkan rasuah, termasuk yang berprofil tinggi, kata Ketua Pesuruhjayanya Latheefa Koya.
Beliau berkata terdapat banyak siasatan telah ditutup selepas ia dianggap sebagai 'tiada kes'.
"Kenapa ia ditutup sedangkan orang terus memberitahu saya bahawa terdapat kes, jadi saya perlu menangani hal ini.
"Saya perlu meneliti semula fail berkenaan dan lihat sama ada ia ditutup dengan cara yang betul," katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum bertajuk 'Unmasking The Corrupt Through Beneficial Ownership Transparency' di sini hari ini.
Latheefa bagaimanapun, enggan mendedahkan bilangan kes berprofil tinggi yang ditutup kerana ia akan mengganggu siasatan dan kemungkinan fail terlibat boleh hilang.
"Kes-kes ini mempunyai kepentingan awam. Ia tidak boleh dikongsi kerana tidak akan membantu siasatan," katanya dan menambah beliau sedang meneliti lebih banyak kes sedemikian.
"Kami (SPRM) melakukannya sendiri kerana (tempoh) jawatankuasa terdahulu (untuk mengkaji semula kes berkenaan) telah tamat, jadi kami akan menyiasatnya dahulu sehingga satu jawatankuasa baharu dibentuk," katanya.
Beliau berkata tiada tempoh masa ditetapkan untuk SPRM mengkaji semula kes terbabit.
Semalam, selepas menjadi tetamu dalam program 'Wanita Sebagai Pemimpin' di Bernama Radio, beliau berkata SPRM akan membuka semula kes lama membabitkan kepentingan awam pada awal tahun hadapan.
Latheefa berkata beliau sudah mengeluarkan arahan supaya kes berkenaan disemak semula dan SPRM memang ada menerima beberapa aduan membabitkan kes seperti itu.
Mengenai perkembangan lain, Latheefa berkata masih terlalu awal untuk mengulas mengenai peningkatan pendapatan dan nilai aset Ahli Parlimen dalam pengisytiharan harta mereka kepada SPRM baru-baru ini.
"Jadi, kami belum lagi mengumpul dan membandingkan dengan data sebelumnya...kami perlu melihat (apa-apa) kenaikan pendapatan dan liabiliti. Kami mempunyai pasukan untuk mengesahkan pendapatan yang telah diisytiharkan. Ia akan mengambil masa kerana melibatkan 130 Ahli Parlimen (Pakatan Harapan)," katanya.
Beliau turut menegaskan sesiapa yang mempunyai kecurigaan mengenai aset Ahli Parlimen boleh mengemukakan aduan berhubung perkara itu.
"Setakat ini, SPRM belum menerima apa-apa aduan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 12 2019
LATHEEFA: Sesiapa yang mempunyai kecurigaan mengenai aset Ahli Parlimen boleh mengemukakan aduan berhubung perkara itu.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
SPRM akan buka semula lebih 10 kes lama - Latheefa Koya
Latheefa berkata terdapat banyak siasatan telah ditutup selepas ia dianggap sebagai 'tiada kes'.