Peratus undi popular yang lebih tinggi yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat (50.9%) berbanding Barisan Nasional (47.4%) tidak bermakna bahawa ia boleh membentuk kerajaan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan perkara ini ini selain menyatakan bahawa kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pihak pembangkang harus membentuk kerajaan baru adalah salah.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga berkata dakwaan Anwar bahawa tidak ada penambahbaikan oleh SPR pada pilihan raya yang terbaru adalah "satu pembohongan yang besar untuk mengelirukan rakyat serta fitnah semata-mata."
Abdul Aziz berkata mengikut undang-undang pilihan raya di Malaysia, "parti BN yang telah disahkan menang dalam PRU ke-13 layak untuk membentuk kerajaan di peringkat pusat."
Beliau berkata ini adalah benar walaupun jumlah undi 5,623,984 yang diperolehi Pakatan mengatasi undi yang diperolehi daripada BN yang berjumlah 5,237,699, namun sistem pilihan raya di Malaysia adalah berdasarkan majoriti mudah dan sistem perwakilan kawasan yang telah digunakan sejak pilihan raya pertama pada tahun 1959.
"Berasaskan kepada sistem tersebut, calon yang menang dalam pertandingan bagi sesuatu bahagian pilihan raya walaupun memperoleh majoriti satu undi, calon itu diisytiharkan sebagai calon yang dipilih (menang dalam pilihan raya).”
"Berasaskan kepada asas yang sama, ia digunakan bagi menentukan parti yang berhak untuk menubuhkan kerajaan baik di peringkat pusat ataupun di peringkat negeri, iaitu parti yang mendapat jumlah perwakilan (kerusi) yang terbanyak walau pun memperoleh majoriti satu kerusi,” katanya.
"Sistem pilihan raya tersebut di panggil sistem First Past The Post," kata Abdul Aziz lagi.
Menjawab isu lain yang dibangkitkan oleh Anwar, Abdul Aziz berkata daftar pemilih telah diwartakan dan telah melalui proses pembersihan yang menyeluruh.
Status kewarganegaraan juga telah diperiksa menerusi talian dan menerusi rekod alamat dari pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara.
“Daftar pemilih yang telah digunakan dalam PRU Ke-13 adalah daftar pemilih yang terbersih mungkin yang disediakan oleh SPR.”
Abdul Aziz berkata oleh kerana sistem pendaftaran pemilih menggunakan nombor kad pengenalan 12 angka yang unik sebagai pengesan pendaftaran, maka mustahil terdapat pendaftaran berganda dalam Daftar Pemilih PRU Ke-13.
“Melalui sistem pendaftaran ini, tidak ada sesiapa yang bukan warganegara sama ada dia Bangladesh, Indonesia, China atau India, yang dapat mendaftar sebagai pengundi,” katanya.
“Daftar Pemilih yang digunakan dalam PRU Ke-13 adalah Daftar Pemilih yang sah dan diwartakan serta muktamad. Adalah mustahil untuk memasukkan nama-nama pengundi tambahan selepas sesuatu Daftar Pemilih itu diwartakan untuk tujuan pilihan raya.”
“Oleh yang demikian andaian dan dakwaan kononnya terdapat 40 ribu warga Bangladesh yang diangkut untuk mengundi dalam PRU Ke-13 baru-baru ini adalah satu kenyataan yang tidak berasas dan fitnah semata-mata,” katanya.
Abdul Aziz juga berkata penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya adalah hanya sebagai elemen tambahan kepada prosedur pengundian bagi mengelakkan sebarang percubaan untuk mengundi dua kali.
“Berdasarkan kepada undang-undang pilihan raya, asas utama untuk menyemak identiti pengundi dan kaedah memastikan pengundi tidak dapat mengundi lebih dari sekali ialah senarai nama di dalam Daftar Pemilih yang diguna pakai di setiap Saluran/Tempat Mengundi pada Hari Pengundian.”
Teoh El Sen
Fri May 10 2013
![SPR: Undi popular tinggi tidak maksud boleh bentuk kerajaan SPR: Undi popular tinggi tidak maksud boleh bentuk kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/61360853356_295x200.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![MAIS sasar kutipan zakat di Selangor sebanyak RM1.35 bilion pada tahun ini MAIS sasar kutipan zakat di Selangor sebanyak RM1.35 bilion pada tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705481095_TBTANSRIABDULAZ.jpg)
MAIS sasar kutipan zakat di Selangor sebanyak RM1.35 bilion pada tahun ini
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM1.35 bilion tahun ini berdasarkan kemampuan dan pencapaian yang dilakukan Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada tahun lepas.
![Iklan pelaburan palsu, polis sah terima laporan Pengerusi MAIS Iklan pelaburan palsu, polis sah terima laporan Pengerusi MAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697542735_AbdulAzizMohdYusof.jpg)
Iklan pelaburan palsu, polis sah terima laporan Pengerusi MAIS
Polis mengesahkan menerima aduan daripada Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkenaan gambarnya yang digunakan untuk tujuan iklan skim pelaburan saham palsu.
![Kalimah Allah: MAIS tidak setuju tindakan tarik balik rayuan Kalimah Allah: MAIS tidak setuju tindakan tarik balik rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684306974_TBMAIS.jpg)
Kalimah Allah: MAIS tidak setuju tindakan tarik balik rayuan
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menarik balik rayuan dalam kes melibatkan penggunaan kalimah Allah.
![Arah kiblat masjid, surau di Selangor tidak perlu diragui - MAIS Arah kiblat masjid, surau di Selangor tidak perlu diragui - MAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679027517_AbdulAzizMohdYusof.jpg)
Arah kiblat masjid, surau di Selangor tidak perlu diragui - MAIS
Badan itu turut mewajibkan agar penentuan arah kiblat oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor dilaksanakan terlebih dahulu sebelum sesuatu masjid, surau atau musolla yang baharu mula beroperasi.
![Program pengaruh umat Islam minat agama lain salah di sisi undang-undang Program pengaruh umat Islam minat agama lain salah di sisi undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679027517_AbdulAzizMohdYusof.jpg)
Program pengaruh umat Islam minat agama lain salah di sisi undang-undang
Ia merujuk kepada iklan dan risalah yang diedarkan melalui media sosial dan elektronik baru-baru ini berkenaan program "Projek Artikel 11 Jom Ziarah" anjuran Impact Malaysia.
![MAIS pantau 14 ajaran sesat aktif di Selangor MAIS pantau 14 ajaran sesat aktif di Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671523749_MajlisAgamaIslam.jpg)
MAIS pantau 14 ajaran sesat aktif di Selangor
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sentiasa memantau ketat 14 ajaran sesat yang dikenal pasti masih aktif di negeri ini.
![Siswa mudahkan urusan wasiat, hibah dalam talian Siswa mudahkan urusan wasiat, hibah dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654119859_SistemWasiat.jpg)
Siswa mudahkan urusan wasiat, hibah dalam talian
Sistem berkenaan dinaik taraf daripada sistem e-Wasiat sedia ada dengan menggabungkan dua elemen penting dalam perancangan pembahagian harta iaitu wasiat dan hibah.
![MAIS tetap pendirian tamat kontrak guru KAFA tolak vaksin MAIS tetap pendirian tamat kontrak guru KAFA tolak vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653144557_TBkursushaji.jpg)
MAIS tetap pendirian tamat kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka dengan isu penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) susulan menolak pengambilan vaksin COVID-19.
![Semua pihak diseru hormati bacaan al-Fatihah, ayat-ayat suci al-Quran - MAIS Semua pihak diseru hormati bacaan al-Fatihah, ayat-ayat suci al-Quran - MAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51613382416_MAIS.jpg)
Semua pihak diseru hormati bacaan al-Fatihah, ayat-ayat suci al-Quran - MAIS
Masyarakat seluruh negara khususnya Selangor diseru agar sentiasa menghormati agama Islam serta mengurangkan perkara yang melibatkan sensitiviti dan perpecahan.
![Persetubuhan luar tabii: MAIS, PDRM kerjasama siasat di bawah Kanun Tatacara Jenayah Persetubuhan luar tabii: MAIS, PDRM kerjasama siasat di bawah Kanun Tatacara Jenayah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61614659681_ABDULAZIZMOHDYUSO.jpg)
Persetubuhan luar tabii: MAIS, PDRM kerjasama siasat di bawah Kanun Tatacara Jenayah
Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kes itu akan disiasat mengikut tatacara yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah.