Kementerian Pendidikan menangguhkan syarat wajib lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), yang sepatutnya berkuat kuasa mulai tahun depan.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan hari ini, penangguhan itu bertujuan memberi ruang dan peluang kepada guru, murid serta pihak berkaitan membuat persediaan yang lebih rapi.
Lembaga Peperiksaan turut mengumumkan Peperiksaan Pusat Amali Sains membabitkan mata pelajaran Fizik (Kod 4531), Kimia (Kod 4541), Biologi (Kod 4551) dan Sains Tambahan (Kod 4561) yang sepatutnya dilaksanakan dalam SPM mulai tahun depan juga ditangguhkan.
Penangguhan itu bertujuan memastikan fasiliti dan kelengkapan bilik makmal sains sekolah di seluruh negara mencapai piawaian yang ditetapkan sebelum peperiksaan itu dilaksanakan, katanya.
"Kementerian Pendidikan berharap semua pihak yang berkaitan mengambil maklum berkenaan penangguhan ini," menurut kenyataan itu.
Cadangan mewajibkan lulus Bahasa Inggeris dalam SPM dibuat pada 2013 oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan pada ketika itu.
Muhyiddin dipetik sebagai berkata syarat itu seiring dengan pelaksanaan gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Pada 2012, Muhyiddin mengumumkan bahawa cadangan memperkenalkan Peperiksaan Berpusat Amali Sains dalam SPM adalah satu daripada 15 perakuan dalam usaha menambah bilangan pelajar aliran sains di sekolah.
Lima belas perakuan itu merupakan sebahagian daripada 61 perakuan yang dikemukakan Jawatankuasa Mengkaji Dasar 60:40 Aliran Sains/Teknikal:Sastera yang ditubuhkan kementerian pada 2 Feb 2012 dan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran ketika itu Tan Sri Abd Ghafar Mahmud.
Peperiksaan Pusat Amali Sains itu sepatutnya dilaksanakan mulai tahun ini (2015) namun ditangguhkan.
Bernama
Wed Aug 19 2015
![SPM: Syarat wajib lulus Bahasa Inggeris ditangguhkan SPM: Syarat wajib lulus Bahasa Inggeris ditangguhkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/41439968740_950x600.jpg)
Penangguhan itu bertujuan memberi ruang dan peluang kepada guru, murid serta pihak berkaitan membuat persediaan yang lebih rapi. - Gambar fail SPM 2014
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Ramai warga Malaysia lupa bahasa ibunda, cenderung berbahasa Inggeris - Warga Jerman Ramai warga Malaysia lupa bahasa ibunda, cenderung berbahasa Inggeris - Warga Jerman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723437356_AwaniPagiJerman.jpg)
Ramai warga Malaysia lupa bahasa ibunda, cenderung berbahasa Inggeris - Warga Jerman
Michael Luebke gusar dengan segelintir masyarakat Malaysia yang dilihat kurang menjunjung budaya dan identiti mereka.
![Kamus Braille dwibahasa, bantu OKU penglihatan pelajari bahasa Kamus Braille dwibahasa, bantu OKU penglihatan pelajari bahasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709482430_kamus.jpg)
Kamus Braille dwibahasa, bantu OKU penglihatan pelajari bahasa
Kamus Braille dwibahasa yang pertama di negara itu, bakal memberi manfaat kepada golongan OKU penglihatan dan guru-guru yang mengajarnya.
![Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654639623_TanSriAbangJohari.jpg)
Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.
![Tok Pa lancar kelas tuisyen bahasa Inggeris untuk anak-anak Jeli Tok Pa lancar kelas tuisyen bahasa Inggeris untuk anak-anak Jeli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623999928_DatukSeriMustapaM.jpg)
Tok Pa lancar kelas tuisyen bahasa Inggeris untuk anak-anak Jeli
Sebagai permulaan, seramai 180 orang pelajar sekolah rendah membabitkan 21 buah sekolah dari Tanah Merah dan Jeli akan mengikuti kelas tambahan bermula esok.
![Memahami proses pemilihan pinjaman bahasa - DBP Memahami proses pemilihan pinjaman bahasa - DBP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41538178993_DewanBahasa.jpg)
Memahami proses pemilihan pinjaman bahasa - DBP
Terdapat sebuah jawatankuasa di DBP yang bertanggungjawab dalam mencari setiap istilah atau perkataan baharu dalam bahasa Melayu.
![Keperibadian Tan Sri Arshad jadikan Melayu sedia kuasai bahasa Inggeris - Sultan Perak Keperibadian Tan Sri Arshad jadikan Melayu sedia kuasai bahasa Inggeris - Sultan Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/61578982044_SultanPerak.jpg)
Keperibadian Tan Sri Arshad jadikan Melayu sedia kuasai bahasa Inggeris - Sultan Perak
Titah baginda, ia termasuk kaedah pengajaran yang dapat memberikan nilai tambah dan membantu penguasaan ilmu.
![Empat tahun tewas akibat gugup, Mohd Arfaizal akhirnya muncul juara pidato Empat tahun tewas akibat gugup, Mohd Arfaizal akhirnya muncul juara pidato](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61565128227_TBMohdArfaizal.jpg)
Empat tahun tewas akibat gugup, Mohd Arfaizal akhirnya muncul juara pidato
Pegawai di Jabatan Operasi Kredit Bank Muamalat Malaysia Bhd itu mengakui musuh utamanya sepanjang penyertaan dalam pidato adalah gugup pentas.
![NUTP tidak setuju guru Bahasa Inggeris duduki MUET NUTP tidak setuju guru Bahasa Inggeris duduki MUET](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/61514629661_NUTPLogo.jpg)
NUTP tidak setuju guru Bahasa Inggeris duduki MUET
Sehubungan itu pihaknya merayu campur tangan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan memperbetulkan keadaan yang disifatkan semakin menekan dan membebankan guru-guru Bahasa Inggeris dalam negara.
![Pelaksanaan 'PPSMI baharu' dikhuatiri wujudkan dualisme pemikiran Pelaksanaan 'PPSMI baharu' dikhuatiri wujudkan dualisme pemikiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/71554808674_BudakSekolah.jpg)
Pelaksanaan 'PPSMI baharu' dikhuatiri wujudkan dualisme pemikiran
Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Ali Hassan khuatir akan wujud dua kelompok yang berbeza daya fikir mengikut bahasa.
![Pelanggaran Bahasa Melayu: Draf pindaan Akta Bahasa Kebangsaan beri kuasa DBP bertindak Pelanggaran Bahasa Melayu: Draf pindaan Akta Bahasa Kebangsaan beri kuasa DBP bertindak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81451579101_LogoDBP.jpg)
Pelanggaran Bahasa Melayu: Draf pindaan Akta Bahasa Kebangsaan beri kuasa DBP bertindak
Tujuan pindaan akta tersebut ialah kerana terdapat banyak pelanggaran terhadap Akta berkenaan dan Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan.