Seramai 13,970 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 memperoleh gred A (Cemerlang) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, peningkatan 0.05% berbanding 13,720 calon pada 2012.
Daripada jumlah itu 100 calon berjaya mendapat 12A; 2,164 calon mendapat 11A; 5,557 calon mendapat 10A; 6,087 calon mendapat 9A dan baki 62 calon lagi mendapat 8A, 7A dan 6A.
Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof ketika mengumumkan keputusan peperiksaan itu di sini hari ini berkata, seramai 405 calon SPM 2013 berjaya memperoleh gred A+ (Cemerlang Tertinggi) bagi semua mata pelajaran.
"Dalam SPM 2013, prestasi bagi 6 daripada 7 mata pelajaran teras meningkat iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sejarah dan Sains. Hanya prestasi mata pelajaran Matematik menurun iaitu sebanyak 0.08 mata daripada Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.91 mata pada 2012 kepada 4.99 mata pada 2013."
Katanya berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN), pencapaian calon bandar meningkat sebanyak 0.15 mata iaitu daripada 4.83 mata pada 2012 kepada 4.68 mata pada 2013.
Pencapaian calon luar bandar juga meningkat sebanyak 0.16 mata iaitu daripada 5.44 mata pada 2012 kepada 5.28 mata pada 2013.
"Ini menunjukkan bahawa peningkatan pencapai calon luar bandar lebih tinggi berbanding peningkatan pencapaian calon bandar. Maka jurang pencapaian calon bandar dengan luar bandar mengecil sebanyak 0.01 mata GPN."
Dr. Khair berkata daripada 470,395 calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2013, sejumlah 378,490 (85.52%) calon layak mendapat sijil berbanding 402,859 (91.24%) calon pada 2012.
Ini kerana mulai 2013, calon diwajibkan lulus dua mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah untuk mendapat sijil berbanding hanya wajib lulus mata pelajaran Bahasa Melayu tahun sebelumnya.
Harris Hardy Hakim
Thu Mar 20 2014
![SPM 2013: 100 calon berjaya dapat 12A, peratus lulus semua subjek A meningkat SPM 2013: 100 calon berjaya dapat 12A, peratus lulus semua subjek A meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/71363852975_295x200.jpg)
-- Gambar arkib
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KKR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Perincian tarikh pembukaan sekolah dibincangkan esok Perincian tarikh pembukaan sekolah dibincangkan esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/41507276218_TBPelajarSekolah.jpg)
Perincian tarikh pembukaan sekolah dibincangkan esok
Dr Noor Hisham akan bermesyuarat dengan Kementerian Pelajaran pada Selasa bagi menentukan tarikh yang sesuai untuk pelaksanaannya.
![36.9 peratus murid tiada peranti elektronik - Radzi Jidin 36.9 peratus murid tiada peranti elektronik - Radzi Jidin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/61492518661_PelajarSekolah.jpg)
36.9 peratus murid tiada peranti elektronik - Radzi Jidin
Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin selepas kementeriannya menjalankan satu kaji selidik berhubung Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) secara atas talian.
![Ketua Pengarah KPM nafi akaun palsu Facebook Messenger Ketua Pengarah KPM nafi akaun palsu Facebook Messenger](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/61547645770_PALSU.jpg)
Ketua Pengarah KPM nafi akaun palsu Facebook Messenger
Mesej palsu itu antara lain menyebut Datuk Amin Senin akan memberikan geran sebanyak AS$150,000 bagi membantu golongan yang memerlukan.
![SPM 2013: 100 calon berjaya dapat 12A, peratus lulus semua subjek A meningkat SPM 2013: 100 calon berjaya dapat 12A, peratus lulus semua subjek A meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/71363852975_295x200.jpg)
SPM 2013: 100 calon berjaya dapat 12A, peratus lulus semua subjek A meningkat
Seramai 13,970 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 memperoleh gred A (Cemerlang) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, peningkatan 0.05% berbanding 2012.
![Semua sekolah di Perak dan Selangor dibuka semula esok Semua sekolah di Perak dan Selangor dibuka semula esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/71372248858_295x200.jpg)
Semua sekolah di Perak dan Selangor dibuka semula esok
Kementerian Pelajaran Malaysia mengarahkan pembukaan semula semua sekolah oleh kerana bacaan IPU yang bertambah baik.
![SJK tidak dipinggirkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan SJK tidak dipinggirkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-11/61353813106_295x200.jpg)
SJK tidak dipinggirkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia memberi jaminan semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan diberi bantuan sama rata.