Semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu kegagalan Sistem Pengurusan Keseluruhan Lapangan Terbang (TAMS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, insiden yang berlaku di KLIA pada minggu lalu itu merupakan kejadian yang besar serta sensitif dan sebarang andaian hanya akan mengeruhkan keadaan.
Beliau berkata, langkah yang terbaik ketika ini ialah memberi ruang kepada pihak pihak kuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta jawatankuasa di peringkat kementerian untuk melakukan siasatan.
"Kita tak mahu membuat apa-apa spekulasi kerana ini isu besar. Perkara ini kita tidak boleh buat andaian sahaja sebab ini melibatkan pintu masuk utama negara, ikon dan satu tempat yang sangat strategik untuk negara.
"Jadi apa-apa yang berlaku di sana patut disiasat dengan terperinci dan saya tidak mahu mana-mana pihak, termasuk pengendali lapangan terbang, membuat apa-apa andaian," katanya pada sidang media, di sini hari ini," katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya siang tadi.
Rabu lalu, berlaku kegagalan sistem TAMS di KLIA selama empat hari sehingga menyebabkan pembatalan dan kelewatan penerbangan serta ketidakselesaan kepada para penumpang.
Sistem tersebut telah distabilkan pada Sabtu lalu dan sehingga kini sedang dipantau oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) iaitu selaku pengendali lapangan terbang.
Untuk rekod, sehingga kini polis telah mengambil keterangan lapan orang individu berhubung kes ganguan rangkaian operasi berkenaan termasuk empat pakar teknologi maklumat (IT) MAHB.
Menurut Anthony, jawatankuasa ini diberikan tempoh selama sebulan untuk menyiapkan laporan terperinci kepada jemaah menteri sebelum langkah-langkah termasuk penambahbaikan diambil.
Jelasnya, apa-apa yang berlaku perlu disiasat secara terperinci dan mana-mana pihak termasuk operator diminta jangan membuat sebarang andaian dalam kes in. biar pihak berkuasa jalankan siasatan.
Astro Awani
Fri Aug 30 2019
Menurut Anthony, jawatankuasa ini diberikan tempoh selama sebulan untuk menyiapkan laporan terperinci kepada jemaah menteri sebelum langkah-langkah termasuk penambahbaikan diambil. - Gambar fail/BERNAMA
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Kerajaan yakin KLIA akan jadi hab kargo serantau - Loke
Kerajaan yakin Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berpotensi menjadi hab kargo di rantau ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
MAHB sahkan insiden lubang benam, tiada kerosakan harta awam dilaporkan
MAHB telah menutup kawasan tersebut dan sedang melakukan penilaian terhadap insiden itu.
Lubang benam sedalam satu meter dikesan di Kompleks Bunga Raya KLIA
Anggaran kedalaman lubang tersebut adalah satu meter dengan lebar 5.4 meter dan panjang lebih empat meter.
JKDM Selangor rampas kereta, dadah, cecair nikotin bernilai RM6.37 juta
Jabatan Kastam Selangor merampas kereta mewah, dadah, minuman keras, cecair nikotin dan televisyen bernilai RM6.37 juta dalam operasi berasingan.
PDRM tumpas sindiket seludup anak buaya julung-julung, kura-kura bernilai RM1.8 juta
Suspek membawa spesies hidupan liar yang dikawal dari sebuah negara di Asia Selatan menggunakan laluan udara dan memasuki Malaysia melalui KLIA.
Tiket integrasi jalinan KTMB dan ERL dilancar, mudahkan lagi perjalanan pengguna
Pengguna hanya perlu membeli satu tiket untuk perjalanan terus menggunakan gabungan tren di bawah kendalian ERL dan KTMB untuk ke destinasi masing-masing.
Bongkah batu atas jalan, polis KLIA terima lima laporan
Siasatan di lokasi mendapati sebanyak lapan kereta dan satu motosikal terlibat dalam kejadian terbabit.
KLIA dahului senarai lapangan terbang kos rendah Megahubs
OAG Megahubs memberi penarafan ketersambungan hab lapangan terbang antarabangsa terkemuka dunia, peringkat global dan serantau.
PM New Zealand Luxon berlepas pulang
Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon malam ini berlepas pulang, selepas menamatkan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.
Aerotrain KLIA bakal beroperasi semula 31 Januari depan
Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka beroperasi semula pada 31 Januari depan.