Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menafikan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kenaikan tarif air akan melebihi sekitar RM10 hingga RM15 seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina hari ini.
Pengerusinya Charles Santiago berkata semasa sesi wawancara dengan akhbar, beliau sama sekali tidak menyebut sebarang peratusan atau harga kenaikan, sebaliknya hanya berkongsikan maklumat mengenai konsultasi awam yang sedang dijalankan berhubung proses berkenaan.
"Dalam wawancara itu saya berkongsi mengenai empat isu iaitu penjimatan air, mekanisme penetapan tarif air, pengurusan air adalah tanggungjawab bersama semua pihak dan polisi pencegahan rasuah demi mengurangkan tarif air," katanya dalam kenyataan hari ini.
Charles yang juga Anggota Parlimen Klang turut memperbetulkan laporan akhbar itu dengan mengatakan bahawa kali terakhir negeri Pahang menaikkan tarif air adalah 36 tahun lalu, bukannya 38 tahun seperti yang dilaporkan.
Beliau berkata pihaknya juga tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang pengumuman mengenai kenaikan tarif air, kerana perkara tertakluk di bawah bidang kuasa Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A. Xavier Jayakumar.
"Hanya menteri terlibat berkuasa membuat sebarang pengumuman berkaitan dengan tarif air selepas mendapat persetujuan daripada kabinet dan kerajaan-kerajaan negeri berkaitan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2019
SPAN menafikan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kenaikan tarif air akan melebihi sekitar RM10 hingga RM15.
Beribu-ribu bantah Netanyahu di New York sebelum berucap di PBB
Bantahan itu berlangsung menjelang ucapan Netanyahu di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.
Sebahagian England dilanda hujan lebat dan banjir semalaman
Pejabat Meteorologi mengeluarkan amaran amber untuk kawasan Midlands dan selatan negara itu semalaman, dengan nasihat itu tamat pada 6 pagi (0500 GMT).
[TERKINI] Sarawak kuasai pegangan majoriti Affin Bank
Sarawak memuktamadkan pengambilalihan pegangan majoriti Affin Bank bhd selepas majlis menandatangan Perjanjian Jual Beli melibatkan kedua-dua pihak dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dimeterai pada Jumaat di Kuching Sarawak.
'Kenapa GISB buat begini kepada kanak-kanak, apa tujuan sebenar?' - Khutbah Jumaat JAIS
Jabatan itu menempelak tindakan GISB yang bukan saja gagal memelihara kanak-kanak, malah berlaku zalim dengan menyekat akses kepada pendidikan arus perdana dan mengeksploitasi kudrat mereka.
Tujuh resolusi ekosistem negara bebas rasuah akan dibentang kepada PM - SPRM
Tujuh resolusi berhubung pembentukan ekosistem negara bebas rasuah akan dibentang ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional.
Taman Botanikal Perlis berpotensi jadi tarikan pelancongan baharu
Taman botanikal itu menjadi pusat pengumpulan koleksi tanaman nadir iaitu tanaman hampir pupus yang bertujuan mengekalkan manfaat tanaman.
Pahang pandang serius isu GISB, tiada kompromi ajaran langgar akidah dan syariah
Kerajaan negeri serah sepenuhnya kepada pihak berkuasa, berhubung tindakan penguatkuasaan dan siasatan terhadap individu serta premis GISB.
China, Jepun, Korea setuju salur kepakaran pembangunan tenaga di ASEAN - Fadillah
Ketiga-tiga negara itu memaklumkan komitmen tersebut ketika Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) 3 (China, Jepun, Korea) ke-21.
Polis buka kertas siasatan fitnah senator paksa pengawal peribadi makan khinzir
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata polis menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada senator berusia 38 tahun itu pada 8.31 malam tadi.
Keputusan melaraskan tarif air adalah pelaburan untuk rakyat dan negara - Pengerusi SPAN
Pengerusi SPAN Charles Anthony Santiago berkata, keputusan itu juga dibuat susulan permintaan operator air yang terlibat.
Tujuh empangan berisiko datangkan masalah sumber air kepada LRA - SPAN
Tujuh empangan itu ialah Pedu dan Muda di Kedah; Durian Tunggal, Asahan dan Jus di Melaka; Mengkuang di Pulau Pinang; dan Linggui di Johor.
Charles Santiago mohon maaf: 'Ya, saya terima' - Zakir Naik
Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago diperintahkan untuk memohon maaf kepada penceramah dari India, Zakir Naik di Mahkamah Tinggi.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
PRU15: Penyandang kerusi Parlimen Klang, pengundi fail permohonan kebenaran merayu
Ia selepas rayuan mereka bagi mencabar nasihat Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen ditolak semalam.
Rayuan penyandang kerusi Parlimen Klang, pengundi untuk halang PRU15 ditolak
Mahkamah Rayuan menolak saman yang dikemukakan penyandang kerusi Parlimen Klang Charles Santiago dan seorang pengundi Parlimen Pandan bagi menghalang SPR adakan PRU15.
PRU15: Terus undi PH di Klang, rayu Charles Santiago kepada penyokongnya
Charles berharap penyokongnya memberi sokongan kepada V Ganabatirau yang diumumkan DAP sebagai calon PH untuk parlimen Klang.
PRU15: Charles Santiago digugur dari kerusi Klang
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemuning, V Ganabatirau akan menggantikan posisi Charles.
Parlimen bubar: Saman Charles kini akademik, SPR umum PRU15 pada 19 Nov - Peguam
Tuntutan saman oleh penyandang kerusi Parlimen Klang Charles Santiago berhubung pembubaran Parlimen ke-14 kini bersifat akademik.
Parlimen bubar: Kerajaan, PM, SPR mohon batal saman pemula Charles Santiago
Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid pada 20 Okt ini.