Satu perbincangan antara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan Uber sedang dijalankan bagi memperhalusi kaedah terbaik memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna perkhidmatan itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata pihaknya mengambil maklum kes rompakan oleh pemandu Uber terhadap seorang penumpang wanita baru-baru ini biarpun kejadian itu diklasifikasikan sebagai perbuatan jenayah di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Kami tidak lepas tangan, pihak SPAD sudah bertindak, hari ini mereka (SPAD) ada perbincangan dengan Uber dan saya sendiri akan berjumpa dengan pihak Uber petang esok untuk berbincang apa lagi yang boleh dilakukan.
"Sekarang ini Uber belum dilesen atau belum regulate(dikawal selia) sebab itu kita tidak dapat ambil tindakan undang-undang. Tindakan hanya boleh diambil oleh polis kerana itu kes jenayah (dan) kerana kita dengan Uber buat masa ini belum ada pertalian," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kejadian rompakan oleh pemandu Uber terhadap seorang penumpang wanita di Puchong pada 21 Mei lalu.
Terdahulu Nancy melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg di Pejabat Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia di sini.
Mengulas lanjut, Nancy berkata apabila peraturan e-hailing diluluskan oleh Parlimen (dijangka pada sesi persidangan akan datang), pengendali perkhidmatan e-hailing akan bertanggungjawab untuk mengamalkan standard keselamatan dan mutu perkhidmatan tertinggi.
"Kita akan perhalusi apa yang perlu dilakukan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna yang menggunakan perkhidmatan e-hailing.
"Seperti kes rompakan yang berlaku itu biarpun pemandu itu ada rekod (dengan Uber) pun boleh berlaku jadi ini kita nak ambil kira supaya bila rang undang-undang pindaan diluluskan apakah ciri-ciri keselamatan yang perlu kita ketatkan dengan pengendali perkhidmatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2017
Satu perbincangan antara SPAD dengan Uber sedang dijalankan bagi memperhalusi kaedah terbaik memastikan keselamatan pengguna. -AP
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
PLUS mantapkan operasi lebuh raya untuk perjalanan musim perayaan sewaktu PKPB
PLUS berkolaborasi dengan Pasukan Bantuan Kecemasan (ERT) untuk memastikan keselamatan lebuh raya dan penguatkuasaan undang-undang di beberapa plaza tol utama lebuh raya dipatuhi.
SPAD adakan perbincangan dengan Uber mengenai keselamatan pengguna
Satu perbincangan antara SPAD dengan Uber sedang dijalankan bagi memperhalusi kaedah terbaik memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna perkhirmatan itu.