Taktik dua lelaki menyorokkan 120 pil kuda dalam bekas gula-gula berangin dibongkar polis dalam serbuan di Kota Jembal, pagi semalam.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, suspek berusia 27 dan 23 tahun itu ditahan dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil oleh pasukan polis ketika menjalankan tugas ronda MPV.
“Rondaan pada jam 4.45 pagi itu, anggota terserempak dengan kereta jenis Perodua Kancil berwarna hijau yang dinaiki oleh dua lelaki dalam keadaan mencurigakan berada di hadapan sebuah di Jalan Kedai Lalat.
“Anggota polis kemudian menahan kenderaan tersebut mengarahkan kedua-dua lelaki berkenaan keluar dari kereta seterusnya melakukan pemeriksaan di dalam kereta itu dengan disaksikan mereka,” katanya kepada pemberita.
Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dijalankan menjumpai satu bekas besi gula-gula berangin yang berwarna ungu di bahagian ruang bawah radio motokar berkenaan .
“Pemeriksaan lanjut di dalam bekas itu didapati mengandungi 120 biji pil berwarna kemerahan yang disyaki dadah pil kuda (methamphetamine) dengan anggaran seberat 12 gram.
“Ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis sama dan ditahan reman untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 39A(1) ADB 1952 kerana memiliki dadah,” katanya.
Sinar Harian
Sun Jun 24 2018

Taktik dua lelaki menyorokkan 120 pil kuda dalam bekas gula-gula berangin dibongkar polis dalam serbuan di Kota Jembal, pagi semalam. - Foto Sinar Harian
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.

Sorok pil kuda dalam bekas gula-gula berangin
Taktik dua lelaki menyorokkan 120 pil kuda dalam bekas gula-gula berangin dibongkar polis dalam serbuan di Kota Jembal, pagi semalam.