KUALA LUMPUR:Kementerian Perpaduan Negara akan membawa pandangan dan rayuan masyarakat Tionghua kepada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung upacara Makan Besar Keluarga dan kehadiran ke rumah ibadat Tokong pada 11,12 dan 19 Februari ini sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Ia susulan pandangan dan rayuan yang dibuat oleh masyarakat Cina berhubung prosedur standard operasi (SOP) sambutan Tahun Baharu Cina yang diumumkan kerajaan pada Khamis.
Dalam satu kenyataan, pihak Kementerian Perpaduan Negara menjelaskan, SOP yang diumumkan pihaknya dan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah hasil perbincangan dengan 21 Badan Pertubuhan Agama, Persatuan Kebudayaan Cina dan pihak-pihak berkaitan pada 12 dan 18 Januari lalu.
"Antara persatuan yang terlibat adalah Malaysian Buddhist Association, Buddhist Missionaries Society Malaysia, Persatuan Agama Taoisme Malaysia, Lutheran Church of Malaysia, Association of Churches in Sarawak, Malaysian Chinese Muslim Association, Fo Guang Shan dan Persekutuan Persatuan Taoist Malaysia serta beberapa persatuan lain," kata kenyataan tersebut.
BACA: Tarian singa, perarakan tanglung sempena Tahun Baharu Cina tidak dibenarkan
Pihak Kementerian Perpaduan Negara menjelaskan, sebarang pengumuman berkaitan dengan pandangan dan rayuan yang dimasukkan dalam SOP Tahun Baharu Cina akan diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan.
Sebelum ini Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Ti Lian Ker mendakwa, kerajaan melakukan "kesilapan" dalam SOP terbaharu untuk perayaan Tahun Baharu Cina minggu depan.
Dalam catatan di akaun Facebooknya, Lian Ker berkata, senarai yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu mesti ditarik balik dan diganti dengan versi yang disemak semula.
Astro Awani
Fri Feb 05 2021
Pihak Kementerian Perpaduan Negara menjelaskan, sebarang pengumuman berkaitan dengan pandangan dan rayuan yang dimasukkan dalam SOP Tahun Baharu Cina akan diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan. - Gambar hiasan
Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.
AWANI Ringkas: Polis sahkan ada dadah dalam darah empat mangsa maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.
Mayat buruh ditemukan terapung di jeti pasar ikan
Mayat seorang lelaki warga asing ditemui terapung di perairan jeti tempat pemunggahan ikan di pangkalan Pasar Umum Bandar Sandakan.
Konsert Pinkfish: Sah ada dadah dalam darah empat yang maut - Polis
Polis mengesahkan empat individu yang maut semasa menghadiri konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada 31 Disember lalu, mempunyai kandungan dadah dalam darah mereka.
Tiga ditahan disyaki pukul OKU langgar gerai pasar tani
Polis menahan tiga lelaki bagi susulan kejadian lelaki orang kurang upaya (OKU) dipukul di tapak jualan pasar tani di Chukai, Kemaman, Terengganu, pada Jumaat.
Sentuhan magis 'Pak Andam Megat' serikan pengantin lelaki
Menggalas tanggungjawab penting membangkitkan aura wajah pengantin, penampilan Megat Mat Akhir berjaya memikat perhatian ramai.
Sindiket curi bungkusan kurier tumpas
Polis menumpaskan sindiket curi bungkusan oleh pekerja sebuah syarikat kurier selepas menahan tujuh individu termasuk seorang wanita dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan.
McDonald’s Malaysia bawa keceriaan kepada 120 rumah warga emas
McDonalds Malaysia mengunjungi 120 rumah kebajikan untuk membawa kegembiraan Tahun Baru Cina ini.
Agong, Raja Permaisuri hadir Majlis Menjunjung Kasih LBS
Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Santapan Petang Menjunjung Kasih sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan oleh LBS Bina Group Berhad (LBS).
Tahun Baharu Cina: 2.4 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Polis Pulau Pinang menjangkakan lebih 2.4 juta kenderaan akan memasuki negeri itu sepanjang cuti sambutan Tahun Baharu Cina, pada tahun ini.
Tiket bas ekspres ke semua destinasi laris sempena cuti Tahun Baharu Cina
Jualan tiket bas ekspres dari bandar raya ini ke semua destinasi di Semenanjung didapati laris sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Perak sasar 40,000 hadir rumah terbuka Tahun Baru Cina 29 Jan ini
Kerajaan negeri Perak akan menganjurkan rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baharu Cina secara besar-besaran dengan sasaran kehadiran 40,000 tetamu di Taman Tema Lost World of Tambun pada 29 Jan ini.
Kluster pendidikan meningkat - Dr Noor Hisham
Jumlah kluster pendidikan COVID-19 dilihat meningkat dengan ketara pada minggu Minggu Epidemiologi (ME) terkini, dengan 92 kluster dilaporkan pada ME 7/2022, berbanding 61 kluster pada ME 6/2022.
Empat keluarga hilang tempat tinggal rumah terbakar
Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya sekitar jam 2.05 pagi sementara operasi ditamatkan pada jam 3.52 pagi.
Ini lapan iklan Tahun Baharu Cina yang perlu anda tonton, tampil keindahan perayaan di Malaysia
Kalau dulu, semuanya dipaparkan di televisyen namun kini, dengan perkembangan teknologi, banyak video tersebut boleh ditonton di media sosial dan internet.
Menteri Kabinet harap Tahun Harimau bawa kemakmuran
Tahun Harimau melambangkan kekuatan dan keberanian yang sentiasa wujud dalam kalangan Keluarga Malaysia.
June Wei ketepi 'hari raya' Cina berlatih di Dubai
Dia dijadual berlatih bersama Axelsen dan rakannya di Kompleks Sukan Nad Al-Sheba, Dubai selama kira-kira dua minggu.