GEORGE TOWN: Pulau Pinang akan mengambil kira langkah menangani COVID-19 selaras dengan Fasa Peralihan Endemik, dalam menentukan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu berkaitan aktiviti solat jemaah termasuk terawih, di masjid dan surau dalam tempoh terdekat.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman yang juga Timbalan Ketua Menteri 1, berkata pihaknya akan mengeluarkan SOP yang baharu berkaitan aktiviti solat jemaah di masjid dan surau dalam tempoh terdekat, selaras dengan Fasa Peralihan Endemik menjelang 1 April depan.
"Ia (SOP baharu) sedang didrafkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) bersama agensi berkaitan, dan akan dikeluarkan tidak lama lagi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail dilaporkan berkata solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal dibenarkan di semua surau dan masjid di Wilayah Persekutuan, selaras dengan negara memasuki Fasa Peralihan Endemik pada 1 April ini.
Mohd Ajib dilaporkan berkata kebenaran merapatkan saf itu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan berdasarkan pelaksanaan garis panduan serta SOP bagi aktiviti ibadat di masjid dan surau.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bermula 1 April aktiviti solat jemaah di masjid dan surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam, boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.
Perdana Menteri dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat susulan pengumuman bahawa Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula bulan hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 18 2022

Pulau Pinang akan mengambil kira langkah menangani COVID-19 selaras dengan Fasa Peralihan Endemik, dalam menentukan SOP yang baharu berkaitan aktiviti solat jemaah termasuk terawih, di masjid dan surau dalam tempoh terdekat. - Gambar hiasan

MITI jangka jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Polis buru kumpulan warga Indonesia menyamun bersenjata parang
Suspek bergerak dalam kumpulan dua ke tiga orang, telah melarikan wang tunai serta barang kemas dianggarkan bernilai RM5,000.

Selangor kekal larangan guna khidmat imam luar untuk solat tarawih
Larangan itu selari dengan arahan dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sejak 2015.

Bangkai paus ditemukan terdampar di Pantai Sungai Miang
Bangkai itu dijumpai oleh nelayan kira-kira 4 petang, yang pada awalnya menyangkakan benda terbabit merupakan bongkah kayu besar.

4 pegawai bekas PM ditahan: SPRM panggil beberapa individu, kenamaan bantu siasatan
SPRM akan memanggil beberapa individu termasuk kenamaan dalam masa terdekat untuk membantu siasatan membabitkan penahanan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri.

Bekas pengawal keselamatan dilapor hilang ditemukan meninggal dunia
Bekas pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi ke Gua Beringin, Chuping semalam ditemukan meninggal dunia.

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.

SOP baharu solat di masjid dan surau di P. Pinang
Pulau Pinang akan mengambil kira langkah menangani COVID-19 selaras dengan Fasa Peralihan Endemik, dalam menentukan SOP baharu solat jemaah.