KANGAR: Solat sunat Aidilfitri di seluruh Perlis tahun ini digalakkan dilaksanakan di tanah lapang (musolla) yang diselaraskan pada 8 pagi seperti pelaksanaan pada tahun sebelum ini.
Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah pemilihan tanah lapang berkenaan adalah tertakluk kepada ketetapan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid masing-masing di seluruh Perlis.
"Bagaimanapun, pihak Jawatankuasa Kariah Masjid boleh mempertimbangkan penggunaan ruang dalam masjid sekiranya terdapat keperluan bergantung kepada ruang dan bilangan jemaah yang hadir.
"Bagi pelaksanaan solat Aidilfitri selain musolla yang ditentukan oleh pihak Jawatankuasa Kariah seperti surau rasmi dalam Perlis, pelaksanaannya hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Kariah Masjid dan mendapat persetujuan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis," titah baginda dalam kenyataan hari ini.
Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah dalam keadaan cuaca tidak sesuai, pelaksanaan solat Aidilfitri akan dilaksanakan dalam ruang dalam masjid kariah masing-masing pada pukul 8.15 pagi.
Titah baginda, memandangkan terdapat peningkatan jumlah kes COVID-19 seperti yang dilaporkan oleh media, jemaah digalakkan untuk mengambil langkah-langkah keselamatan termasuk memakai pelitup muka serta membawa sejadah sendiri.
Bagi pelaksanaan solat Aidilfitri di Kariah Kota Raja Arau, solat akan dilaksanakan di Dataran Istiadat Istana Arau, namun sekiranya keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, solat akan didirikan di ruang solat Masjid Negeri Arau.
"Pengurusan masjid hendaklah melaksanakan tatacara berkaitan pelaksanaan solat Aidilfitri seperti lafaz takbir hari raya, kaifiyat solat, khutbah hari raya dan sebagainya dengan merujuk kepada panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis.
"Sekiranya 1 Syawal jatuh pada Jumaat bersamaan 21 April, jemaah yang hadir solat Aidilfitri boleh memilih untuk menunaikan solat Jumaat atau solat zuhur berdasarkan riwayat yang sahih daripada salaf al-saleh," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 18 2023
Pemilihan tanah lapang berkenaan adalah tertakluk kepada ketetapan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid masing-masing di seluruh Perlis. - Gambar fail
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Enam premis perniagaan disyaki berkaitan GISB dikesan di Perlis
Sebanyak enam premis perniagaan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan GISB dikesan sekitar Perlis berdasarkan semakan Majlis Perbandaran Kangar Perlis (MPKPs).
Banjir di Perlis pulih, PPS ditutup sepenuhnya
Kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan air di kawasan kediaman mereka surut sepenuhnya.
PM Anwar beri sumbangan peribadi kepada mangsa banjir di Perlis
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberikan sumbangan peribadi menerusi Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU JPM) Perlis kepada 46 keluarga terjejas akibat banjir di empat pusat pemin
Banjir: Jumlah mangsa di Kedah dan Perlis meningkat, Pulau Pinang berkurang
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah dan Perlis terus meningkat setakat 8 malam ini manakala di Pulau Pinang merekodkan sedikit penurunan.
Enam rumah rosak akibat ribut di Perlis
Setakat 9.10 malam tadi, kawasan terjejas melibatkan Kariah Beseri Sungai Paya, Kota Kayang, Wang Besar, Padang Melangit, Abi dan Tok Kaya.
Rafizi tinjau status terkini projek Kerajaan Persekutuan di Perlis
Menurut kenyataan Istana Arau, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima menghadap Rafizi petang semalam.
Perlis arah peniaga pasar malam henti sementara operasi ketika Maghrib
Perlis akan menguatkuasakan peraturan menutup sementara operasi perniagaan pasar malam ketika waktu maghrib bermula pada 15 Sept.
SUKMA 2024: Putri Nurrafqistina Damia sumbang emas keempat taekwondo Perlis
Putri Nurrafqistina Damia Md Roshidi membuktikan wakil wanita Perlis tiada tandingannya apabila menyumbang emas keempat Perlis menerusi acara taekwondo.
Sukma: Kontinjen Perlis diingatkan hindari gejala dadah, rasuah - Pemangku Raja Perlis
Kontinjen Perlis diingatkan menghindari gejala tidak sihat berkaitan penyalahgunaan dadah serta rasuah selain menjaga keselamatan diri dan kesihatan sewaktu berlangsung temasya Sukan Malaysia (Sukma)
Bekalan air di Arau dan Kangar kembali pulih
Kerja baik pulih kerosakan suis utama pam air bersih di LRA berkenaan siap sepenuhnya dan loji itu telah beroperasi pada tahap maksimum 100 peratus.