KUALA LUMPUR: Sokongan bagi mandat vaksin di Malaysia amat kukuh apabila lebih 80 peratus penduduk menyokong langkah menunjukkan bukti vaksinasi COVID-19 untuk melakukan perjalanan, makan di restoran atau memasuki premis tempat kerja, demikian menurut satu kajian.
Kajian itu turut mendedahkan bahawa peratusan penduduk sama menyokong vaksinasi mandatori bagi sesiapa sahaja yang layak.
Ipsos Malaysia dalam kenyataan pada Khamis, memaklumkan kajian bertajuk 'Mandat Vaksin' itu menunjukkan bahawa 83 peratus penduduk Malaysia menyokong kuat atau agak menyokong syarat yang menghendaki orang ramai mendapatkan vaksin sebelum kembali melakukan aktiviti biasa seperti melancong.
Sebanyak 84 peratus pula menyokong kuat atau agak menyokong tindakan restoran meminta bukti vaksinasi untuk mereka yang ingin makan di dalam premis itu, majikan yang mewajibkan pengambilan vaksin sebelum pekerjanya kembali bertugas (83 peratus) dan mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 bagi sesiapa sahaja yang layak (82 peratus).
Kajian itu membabitkan sejumlah 20,525 orang dewasa secara dalam talian yang berumur di bawah 75 tahun di 30 negara dengan sampel Malaysia sebanyak 500.
Pengarah Bersekutu Hal Ehwal Awam Ipsos Malaysia Lars Erik Lie berkata gelombang Omicron telah berada di kemuncaknya di Malaysia dan kelihatan semakin menyusut secara global yang mencetuskan keyakinan baharu bahawa kehidupan akan mula kembali normal.
"Bagaimanapun, penularan virus secara berterusan dalam bentuk varian baharu menunjukkan bahawa kita mungkin terpaksa belajar untuk hidup bersama dengannya berbanding mengharapkan agar ia lenyap sepenuhnya," kata beliau.
Menurutnya, kebanyakan orang di seluruh dunia percaya bahawa mereka tidak akan berjaya menghentikan sepenuhnya penularan virus itu tanpa mengira langkah bagaimana yang sedang dilaksanakan.
Beliau berkata di kebanyakan negara, pelbagai dasar vaksin terus dirangka bagi mengurangkan impak negatif hidup bersama COVID-19 dan terdapat sokongan meluas untuk mengekalkan beberapa dasar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 03 2022
Kajian menunjukkan 83 peratus penduduk Malaysia menyokong syarat yang menghendaki orang ramai mendapatkan vaksin sebelum kembali melakukan aktiviti biasa seperti melancong. - Gambar hiasan
QS Ranking: Taylor's terus cemerlang, tangga ke-36 terbaik di Asia
Taylor’s University terus cemerlang dengan lonjakan lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
Menurut Naib Canselor Dan Presiden, Taylor’s University Professor Barry Winn, pengiktirafan ini secara tidak langsung mengukuhkan malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa bertaraf dunia.
Menurut Naib Canselor Dan Presiden, Taylor’s University Professor Barry Winn, pengiktirafan ini secara tidak langsung mengukuhkan malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa bertaraf dunia.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan keyakinan pasaran
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini didorong oleh keyakinan pasaran yang meluas.
WUF12: Pembantaian di Gaza, kehilangan tempat perlindungan
Dzulfitri Yusop membawakan perkembangan daripada World Urban Forum ke-12 dari Kaherah yang turut menyentuh mengenai isu genosid di Gaza dan kehilangan tempat perlindungan.
Rangkaian 5G Kedua: MCMC mahu U Mobile bentang perancangan seterusnya - Fahmi
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mendapatkan pelan perancangan seterusnya daripada U Mobile Sdn Bhd berhubung proses pelaksanaan rangkaian kedua 5G di negara ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit susulan pengambilan untung
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada hari dagangan terakhir minggu ini susulan aktiviti pengambilan untung di tengah-tengah sentimen berhati-hati selepas kemenangan Trump dalam pilihan raya AS.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu di Gaza
Di tengah Gaza, petugas perubatan Palestin mengesahkan berlaku kecederaan ekoran serangan udara di sebuah kediaman di kawasan Abu Maala.
AWANI Borneo [7/11/2024] – Di parkir hotel | Tuntutan Sulu | Kos RM320 juta
Tumpuan AWANI Borneo 8 Nov 2024 bersama Jasmine Abu Bakar
- Lelaki maut maut di hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
- Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
- Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
#AWANInews
- Lelaki maut maut di hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
- Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
- Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
#AWANInews
Polis siasat laporan khianat libat 11 kereta di Lahad Datu
Kejadian itu tular di media sosial dan warganet mendakwa terdapat 20 kereta yang terlibat dalam kejadian berkenaan, namun siasatan polis mendapati hanya melibatkan 11 kenderaan.
Serangan seksual di tahfiz: Hukuman penjara 13 tahun bekas guru agama kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama kerana melakukan serangan seksual terhadap pelajar.
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Sokongan kuat untuk mandat vaksin di Malaysia - Kajian
Kajian turut mendedahkan, lebih 80 peratus penduduk juga menyokong vaksinasi mandatori bagi sesiapa sahaja yang layak.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.