Sri Aman in Musical Colours

KUALA LUMPUR: Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Sri Aman akan menganjurkan sebuah persembahan pentas yang bertajuk 'Sri Aman in Musical Colours' pada 23 dan 24 Januari nanti.

Persembahan bertujuan untuk mengutip dana bagi membina prasarana sekolah yang kondusif kepada pelajar sekolah tersebut.

"Ini merupakan program Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan pihak sekolah bagi menyahut dasar kerajaan iaitu Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa," kata sumber sekolah tersebut.

Pada 23 Januari persembahan dikhususkan kepada pelajar dengan harga tiket RM25 dengan dua persembahan iaitu 10 pagi dan 3 petang manakala pada 24 Januari harga tiket RM100.

Ia akan diadakan di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya.