KOTA BELUD: Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan IADA Kota Belud yang dilancarkan pada Sabtu menyasarkan penanaman padi di kawasan seluas 100 hektar di daerah itu.
Projek model rintis menggunapakai teknologi dan cara kerja ladang terbaik seperti diamal oleh pesawah di Sekinchan, Selangor itu menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu akan diberi pemantauan bagi meningkatkan potensi keberhasilan sekaligus menjadi pemangkin semangat kepada para pesawah di Sabah dan Sarawak.
"Para pegawai kita akan pantau, lihat perkembangan termasuk daripada Bernas juga akan pantau bersama supaya, ia kita mahu benar-benar berjaya.
"Bila berjaya ia akan menjadi satu (pemangkin) semangat kepada pesawah di Sabah, mungkin juga di Sarawak bersama untuk meningkatkan hasil penanaman padi ini", ujar beliau ketika ditemui media selepas merasmikan Program SMART SBB Ala Sekinchan IADA Kota Belud sempena Jelajah Road to MAHA @Sabah di sini, hari ini.
Bagi salah seorang peserta SMART SBB Ala Sekinchan, Adlin Mohammad, 50, berkata penglibatan dirinya di dalam program tersebut bukan sahaja meningkatkan hasil tuaian padi, malah turut meningkatkan kecekapan beliau dalam mengurus penanaman padi secara sistematik.
"Kelebihan projek ini adalah kami diajar untuk mengelola macam mana kerja ladang penjadualan yang teratur oleh Projek SMART SBB Ala Sekinchan bermula daripada sistem penanaman padi di peringkat awal, pengawalan racun serangga, dan pembajaan yang menepati masa.
"Jadi kaedah-kaedah seperti ini merupakan kaedah yang baik, merupakan sesuatu untuk meningkatkan hasil-hasil pertanian di Kota Belud", ujar Adlin.
Sementara itu, seorang lagi peserta Jafly Latu, 62, menjelaskan, kejayaan program SMART SBB Ala Sekinchan antara lain bergantung kepada kualiti benih yang diguna pakai.
Justeru, satu cadangan pembinaan ladang benih di Kampung Kesapang untuk mengeluarkan benih padi terbaik katanya telah disuarakan kepada Menteri KPKM dan mendapat respon positif.
"Kami mencadangkan untuk Kampung Kesapang khasnya buat satu ladang untuk membuat benih. Jadi tidak lagi payah kita mencari benih, pasal masalah di Kota Belud ini benih.
"Jadi kami mahu benih yang kami buat itu adalah berkualiti, tak ada yang tidak berkualiti. Itu yang kami cadangkan kepada menteri tadi. Jadi, beliau tadi beri respon tiada masalah", ujar Jafly.
Terdahulu, satu pelancaran Program SMART SBB Ala Sekinchan IADA Kota Belud telah diadakan di Kota Belud pada Sabtu.
Turut hadir dalam program tersebut, Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Untuk rekod, Program SMART SBB Ala Sekinchan yang dilancar merupakan kesinambungan daripada Program SMART SBB yang dimulakan pada tahun 2022 di daerah yang sama dengan catatan peningkatan purata hasil sebanyak 4.22 metrik tan berbanding 2.8 metrik tan pada tahun sebelumnya.
Abdul Hafiz Mustadi
Sat Jul 13 2024
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu merasmikan Program SMART SBB Ala Sekinchan IADA Kota Belud pada Sabtu. - Astro AWANI
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
Polis mengaku tidak bersalah curi barang kemas wanita meninggal dunia
Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan mencuri barang kemas milik seorang wanita yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
Operasi, obligasi NAFAS tidak terjejas akibat penggantungan - Mohamad Sabu
Operasi dan obligasi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kepada mana-mana pihak ketiga tidak terjejas berikutan penggantungan perlembagaan pertubuhan itu bermula 1 Nov lepas.
42 isu tadbir urus, tatakelola dikenal pasti dalam NAFAS - Mohamad Sabu
KPKM mengenal pasti 42 isu tadbir urus dan tatakelola dalam NAFAS yang didedahkan melalui Laporan Pengauditan Khas 2018.
KPKM usaha pastikan bekalan beras sentiasa ada di pasaran
Mohamad berkata ketika ini bekalan beras putih tempatan adalah sebanyak 56 peratus, dan dijangka mencukupi.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
Pembinaan 20 unit pam tambahan di Kelantan dijangka siap Ogos 2025 - Mohamad
Pembinaan 20 unit pam tambahan bernilai RM20 juta yang diumumkan Perdana Menteri dijangka siap dan mula beroperasi pada Ogos 2025.
Hasil padi KADA, MADA merosot ekoran kemarau dan banjir - Mat Sabu
Hasil pengeluaran padi KADA dan MADA merosot lima peratus dalam tempoh setahun berikutan musim kemarau dan banjir.
Kerajaan teroka potensi jelapang padi di Sabah, Sarawak
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneroka kawasan-kawasan berpotensi di Sabah dan Sarawak untuk dibangunkan sebagai jelapang padi negara.
Bekalan makanan mencukupi sepanjang Monsun Timur Laut - Mohamad Sabu
Bekalan makanan dijangka mencukupi untuk menampung keperluan rakyat sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL), kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.