Penyanyi legenda Allahyarham Tan Sri SM Salim memupuk nilai kasih sayang dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia melalui lagu-lagu yang dinyanyikannya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Dalam kenyataan di sini, beliau berkata pemergian Allahyarham ibarat hilangnya sebutir permata dalam dunia seni muzik tanah air yang turut dirasai seluruh lapisan masyarakat, daripada yang lahir sebelum negara merdeka hinggalah ke hari ini.
"Jasa yang disumbangkan Allahyarham tidak sekadar diukur daripada indahnya lagu-lagu yang dicipta, digubah dan dinyanyikannya bahkan turut dinilai daripada semangat kasih sayang, kebangsaan, perpaduan dan patriotik yang dipupuk melalui lagu-lagunya itu di kalangan rakyat pelbagai kaum negara ini," katanya.
Biduan Negara yang terkenal dengan dendangan lagu Melayu klasik dan berirama tradisional itu meninggal dunia pada usia 88 tahun kerana sakit tua di sini hari ini.
"Saya rasa amat sukar bagi kita untuk menemui atau mencari ganti seorang tokoh lagenda seni muzik tanah air yang sungguh berkaliber, berdisiplin, istimewa dan dihormati ramai seperti Tan Sri SM Salim," kata Salleh.
Salleh seterusnya berkata jasa Allahyarham yang sanggup ke Congo untuk menghiburkan pasukan tentera negara yang berkhidmat menjaga keamanan di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1960-an tidak akan dilupakan.
"Saya turut bangga Allahyarham memulakan kariernya sebagai juruhebah sambilan di Radio Malaya pada 1950-an sehingga menjadi petugas tetap RTM (Radio Televisyen Malaysia) serta pernah menjadi Ketua FM Radio Malaysia sebelum mencipta nama sebagai penyanyi tersohor negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 29 2016
DR SALLEH: Tan Sri SM Salim memupuk nilai kasih sayang dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia melalui lagu-lagunya. - Gambar fail
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
SM Salim pupuk semangat kasih sayang, patriotik menerusi lagu - Salleh
Penyanyi legenda Allahyarham Tan Sri SM Salim memupuk nilai kasih sayang dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia melalui lagu-lagu yang dinyanyikannya, kata Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.