Pemilik warung Pakya Bistro dan Catering di Kuala Slim, di sini menafikan tuduhan Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Wan Deris bahawa kedai tersebut ditutup selepas ‘dibayar’ oleh jentera parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Menerusi kenyataan di laman Facebook, Pakya atau nama sebenarnya Shafee Abdullah berkata, kenyataan dikeluarkan oleh Wan Muhammad atau lebih dikenali sebagai Papagomo adalah bersifat fitnah.
Tegas pemilik kedai itu lagi, dia langsung tidak takut dengan kehadiran Papagomo untuk berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.
“Pakya ingin tegaskan Kedai Pakya tutup hari ini untuk restock (isi semula bekalan) udang, udang habis.
“Bukan sebab takut Papagomo datang ke kedai berkempen atau dibayar oleh mana-mana parti,” katanya dalam kemas kini tersebut pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Pakya berkata dia tidak menyokong mana-mana parti yang bertanding dalam PRK tersebut.
“Tetapi tolong jangan fitnah Pakya macam ini Papagomo. Pakya minta maaf ya, Pakya tak main politik (dan) ini satu fitnah,” katanya sambil mempelawa Papagomo untuk datang ke kedainya.
Terdahulu, Papagomo dalam kemas kini di laman Instagram mendakwa kempennya terpaksa ditukar ke Felda Besout 2, di sini selepas kedai Pakya ditutup, kononnya untuk menghalang dia berkempen di situ.
“Kedai Pakya terpaksa ditutup atas alasan tukang masak cuti.
“Tetapi kau orang semua boleh bayangkan lah berhadapan dengan geng pejuWANG (dipercayai merujuk kepada Pejuang) ini, mereka semua boleh bayar sama ada nak buka atau tutup,” tulis Papagomo.
Bagaimanapun, Papagomo yang sering mencetuskan kontroversi dalam kemas kini terbaharunya hari ini tampil memohon maaf susulan dakwaan tersebut.
PRK DUN Slim pada 29 Ogos ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi dan dua calon Bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, daripada parti Pejuang (sebelum ini belum didaftarkan lagi), 38, dan S. Santhasekaran, 44.
Hasimi Muhamad
Sat Aug 22 2020
Pakya atau nama sebenarnya Shafee Abdullah berkata, kenyataan dikeluarkan oleh Papagomo (foto) adalah bersifat fitnah. - Gambar fail/BERNAMA
Reaktor Iron Man akan dibina di AS menggunakan pelakuran nuklear
Reaktor ARC akan dibina di Virginia, Amerika Syarikat (AS) bagi membekalkan tenaga elektrik bersih hampir tanpa had.
Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.
Tiga maut dalam insiden tembak di pembukaan hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam terbesar di Haiti.
Mogok pekerja: lebih 300 kedai Starbucks di A.S mogok, libat 5,000 pekerja
Mogok pekerja Starbucks di Amerika Syarikat dijangka meluas ke lebih 300 kedai pada Selasa, dengan lebih 5,000 pekerja dijangka mogok lima hari dan berakhir pada malam Krismas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Anak sulung jalani pembedahan, tujuh masih terima rawatan
Datuk Ngwe Hee Sem berkata, dua daripada mereka masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Gagal yakin penaja punca sukar dapat tajaan - Hannah
Beliau berkata kegagalan itu antaranya berpunca daripada cadangan yang dihantar kepada pihak berkenaan turut memasukkan perkara-perkara tidak perlu.
Kaca mata akan jadi platform perkomputeran utama seterusnya - Mark Zuckerberg
Meta dilihat menerajui arena ini buat masa ini, sementara yang lain masih jauh di belakang.
Tiga maut, lelaki lepaskan tembakan di hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam.
Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
Suspek turut didapati memiliki 18 rekod jenayah lampau selain pemeriksaan menemui paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
PRN Johor: Gabungan calon pelbagai, 'poster boy' Hasni pastikan kemenangan BN - Exco Pemuda UMNO
Exco Pemuda UMNO Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin berkata, kepelbagaian calon BN mampu membawa kestabilan untuk politik Johor.
MB Kedah perlu mohon maaf atas kenyataan berunsur perkauman - Exco Pemuda UMNO
Wan Muhammad Azri yang lebih dikenali sebagai Papa Gomo berkata, kenyataan yang dibuat Sanusi itu sesuatu yang biadap dan tidak beretika sama sekali.
Slim Memilih: Kedai Pakya tutup sebab udang habis, bukan takut Papagomo datang
Pakya atau nama sebenarnya Shafee Abdullah berkata, kenyataan dikeluarkan oleh Wan Muhammad atau lebih dikenali sebagai Papagomo adalah bersifat fitnah.
Isu Papagomo diserang, tiada siapa terlepas tindakan undang-undang - KPN
Tiada siapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya terdapat bukti perbuatan jenayah dalam insiden kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kata Ketua Polis Negara.
Papagomo cuba diserang sekumpulan lelaki di KKIA
Perkarangan balai berlepas KKIA kecoh seketika dengan insiden Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris cuba diserang oleh sekumpulan lelaki.
Kongres Maruah Melayu: Jadikan agenda nasional sebagai keutamaan - Bastien
Sudah tiba masanya Melayu menguburkan perasaan takut dan mula menjadikan agenda nasional sebagai keutamaan dalam kehidupan.
Pelaksanaan IPCMC tidak adil kepada PDRM - Exco Pemuda UMNO
Penubuhan IPCMC tidak adil kepada pegawai dan anggotanya kerana mereka tidak diadili di mahkamah selain tidak boleh mengemukakan rayuan setelah dijatuhkan hukuman.
'Saya kini bukan lagi budak KJ' - Papa Gomo
Perbalahan antara Exco Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo dengan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar terus berlarutan.