Pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David meneruskan prestasi cemerlang untuk memburu kejuaraan kali kelima pada Kejohanan Skuasy Terbuka Britain.
Pada Perlawanan separuh akhir hari ini, Nicol hanya memerlukan 27 minit bagi mengalahkan Alison Waters dari England dalam permainan straight set 11-5, 11-4 dan 11-5 di East Riding Squash Club, di Hull City, East Yorkhire, England pada Sabtu.
"Ia mungkin berasa seperti saya tergesa-gesa, tetapi rentak yang Alison berikan buat permulaan. Saya mengambil beberapa rali untuk biasa dengan gelanggang, namun setelah beberapa mata, saya rasa okay,.
"Bagaimana saya menghadapi tekanan? Saya lakukan apa yang perlu saya lakukan, saya menikmati apa yang saya lalukan dan saya cuba dan berikan sedaya upaya sepanjang masa," menurut laman web rasmi kejohanan www.britishopensquash.net/blog/ yang memetik Nicol sebagai berkata.
Nicol, 29, akan berdepan pemain nombor dua dunia Laura Massaro yang mengenepikan pemain nombor tiga dunia, Raneem El Weleily 8-11, 11-6, 11-8, 11-9 dalam 48 minit.
"Saya masih memberi fokus pada perlawanan ... ya saya gembira bahawa saya akan berada di perlawanan akhir sekali lagi," kata Nicol.
Nicol menjuarai kejohanan Terbuka Britain empat kali iaitu pada 2005, 2006, 2008 dan 2012.
Bernama
Sat May 25 2013
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Nicol bertemu Nour El Tayeb di final Terbuka Hong Kong
Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David hampir merangkul kejohanan Terbuka Hong Kong buat kali kesembilan apabila layak ke akhir kejohanan.
Nicol melangkah ke separuh akhir skuasy Terbuka Hong Kong
Pemain skuasy wanita nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David mara ke separuh akhir Terbuka Hong Kong 2014.
Skuasy: Nicol rangkul kejuaraan sulung Terbuka China
Pemain nombor satu dunia itu, bagaimanapun, terpaksa memerah keringat sebelum menyingkirkan bintang muda Mesir, Raneem El Weleily dalam pertarungan lima set.
Skuasy: Nicol mara ke final Terbuka British
Nicol Ann David meneruskan prestasi cemerlang untuk memburu kejuaraan kali kelima pada Kejohanan Skuasy Terbuka Britain.
Skuasy: Nicol mara ke separuh akhir Terbuka Britain
Datuk Nicol Ann David meneruskan prestasi cemerlang pada Kejohanan Skuasy Terbuka Britain 2013 apabila mara ke separuh akhir.
Nicol lepasi halangan pertama Terbuka British
Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David mara ke pusingan kedua kejohanan skuasy Terbuka British.
Nicol hampiri misi, Beng Hee buat kejutan
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David mengesahkan kemaraan ke suku akhir Kejohanan Skuasy CIMB Terbuka Kuala Lumpur 2013, apabila mengatasi lawan dari Mesir Omneya Abdel Kawy.
Nicol ke suku akhir Skuasy Wanita Dunia
icol akan bertemu Madeline Perry dari Ireland dalam perlawanan suku akhir yang akan diadakan pada 19 Dis (20 Dis waktu Malaysia)