Biarpun sudah lebih 40 tahun berlalu, kenangan diserang pengganas komunis tidak pernah terpadam daripada fikiran bekas angggota Skuad 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Apa lagi ada yang melihat dengan mata sendiri rakan sepasukan terbunuh atau cedera dalam serangan di kawasan hutan di sempadan Malaysia-Thailand, demi menegakkan keamanan negara.
Baru-baru ini, seramai 23 bekas anggota Skuad 69 kembali semula ke beberapa lokasi kejadian di Betong, di sini dalam lawatan yang dianjurkan Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM.
Semua kenangan pahit getir ketika bertempur pada sekitar 1970-an itu tetap tersimpan kemas dalam hidup mereka dan ada antara mereka menitiskan air mata apabila mengenang kembali tragedi hitam tersebut ketika berada di lokasi berkenaan.
Presiden Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM, Datuk Abdul Aziz Bakar, 68, mengakui beliau hingga kini tidak dapat melupakan beberapa peristiwa yang menyayat hati ketika anggota pasukan diserang hendap pengganas itu.
Beliau sendiri pernah memangku seorang anggota keselamatan yang ditembak sebelum anggota itu meninggal dunia dalam satu kejadian serang hendap pengganas komunis ketika mengawal keselamatan di sempadan negara.
"Kekejaman pengganas komunis ini tidak akan kami maafkan kerana kami bertugas untuk keamanan, mereka pula menimbulkan huru-hara dan membunuh orang awam serta menyerang pasukan keselamatan," katanya ketika ditemui Bernama.
Beliau hadir bersama bekas anggota Skuad 69 yang rata-ratanya telah berusia lebih 68 tahun itu bagi meninjau semula beberapa lokasi dalam siri serangan tersebut.
"Persatuan ini ditubuhkan bertujuan menjaga kebajikan ahli dan keluarga mereka," katanya.
Menurut beliau, keahlian persatuan yang diwujudkan tiga tahun lalu terbuka kepada semua anggota bekas Skuad 69 dan anggota PDRM.
Seorang bekas anggota Skuad 69, Mohammed Nor Bahari, 68, yang kini menetap di Kluang, Johor berkata beliau pernah berdepan empat serangan hendap pengganas komunis di kawasan sempadan dan di sekitar kawasan operasi di sini.
Beliau yang menyertai PDRM pada 1969 sehingga 2004 berkata, antara pengalaman yang dilaluinya semasa serangan hendap pengganas adalah memangku seorang rakannya yang terkena peluru.
"Saya masih terbayang kejadian serang hendap komunis di sebuah kampung di sekitar Betong di sini yang mengorbankan Inspektor Yusof Talib, dan mencederakan Konstabel Mohd Yassin di hadapan mata saya," katanya yang juga ditembak di paha kanan.
Sepanjang lawatan mengimbau kenangan di lokasi tertentu sewaktu menyertai operasi dulu, mereka turut melawat perkampungan bekas pengganas komunis di sini. - BERNAMA
Bernama
Sun Oct 23 2016
Presiden Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 Polis Diraja Malaysia Datuk Abdul Aziz Bakar, 68. - fotoBERNAMA
124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan berjaya peroleh akreditasi MSQH
Sebanyak 124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan di seluruh negara berjaya diakreditasi dan memenuhi piawaian penilaian ditetapkan oleh MSQH hingga 31 Okt tahun ini.
Keanggotaan BRICS tawar landskap perdagangan global lebih saksama kepada Malaysia - Duta Rusia
BRICS komited tangani orde perdagangan antarabangsa, yang kini dikuasai oleh negara tertentu yang mengekalkan peraturan mereka sendiri.
Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet - SPRM
Fokus siasatan juga melihat kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah dan PNB.
AWANI Ringkas: Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 8 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 8 November 2024
1️⃣ Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
2️⃣ Kemuncak MTL hujung Nov, taburan hujan tinggi
3️⃣ Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
#awaniringkas
1️⃣ Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
2️⃣ Kemuncak MTL hujung Nov, taburan hujan tinggi
3️⃣ Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
#awaniringkas
Wanita perlu terus bersuara untuk tingkat representasi dalam Parlimen
Dr Ramli menggesa kaum wanita untuk terus bersuara dan memperjuangkan peningkatan representasi wanita di peringkat Parlimen menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Polis bunuh pelajar: Jantung mangsa terhenti sebelum diberi CPR - Saksi
Penolong Pegawai Perubatan HRPB Ipoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa jantung Muhammad Zaharif Affendi telah terhenti sebelum bantuan CPR diberikan kepada mangsa berkenaan.
Dialog Poket Rakyat: Perbelanjaan Kehidupan Wajar vs Kehidupan Sebenar
Sejauh mana petunjuk sosioekonomi perbelanjaan asas kehidupan wajar (PAKW) menggambarkan keperluan dan kehendak berbelanja sesebuah isi rumah? Bagaimanakah PAKW membantu pengguna menyusun kewangan untuk kehidupan selesa? Ikuti diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Pentas akhir, siapakah bakal dinobat juara malam ini?
Selepas tujuh minggu bersaing, siapa bakal muncul juara di pentas akhir The Chosen One 2024? Amzar Alif ada perinciannya.
Pacu Malaysia ke masa hadapan teknologi 4IR
Penganjuran Road2Growth 2024 Wilayah Tengah (R2G 2024 Central) menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Malaysia untuk menjadi peneraju global dalam Revolusi Perindustrian Keempat (4IR).
Skuad 69 imbau kenangan bertempur komunis
Biarpun sudah lebih 40 tahun berlalu, kenangan diserang pengganas komunis tidak pernah terpadam daripada fikiran bekas angggota Skuad 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM).