Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu segera menyekat video penceramah bebas yang menyampaikan dakwah berunsurkan ekstremis, melalui media sosial.
Pendakwah bebas Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata langkah itu bagi memastikan penularan fahaman bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dapat dibendung lebih awal.
"Berceramah melalui media sosial ini baik, tapi ia perlu dipantau dan diberi pengawasan seketat-ketatnya.
"Dalam hal ini, pihak polis perlu menyenaraikan individu yang dilihat berhujah tanpa asas dengan memanipulasi Al-Quran dan Hadis untuk membawa fahaman ekstremis melalui YouTube," katanya.
Beliau mengulas saranan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antikeganasan Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay supaya orang ramai tidak mempercayai dakyah yang disampaikan penceramah bebas di YouTube, bagi mengelak penularan fahaman ekstremis.
Mengulas lanjut, Wan Akashah berkata pihak berkuasa agama juga perlu tampil memberi bantuan dalam mengesan sama ada intipati ceramah yang disampaikan penceramah melalui media sosial itu bersandarkan Islam atau sebaliknya.
"Ini bagi menapis senarai penceramah yang berkualiti serta memastikan individu yang layak sahaja boleh menyampaikan ceramah agama di negara ini," katanya.
Beliau turut menyarankan majlis-majlis agama Islam negeri supaya mengetatkan lagi penguatkuasaan terhadap pendakwah yang tidak bertauliah di negeri masing-masing.
Selain itu, Wan Akashah menasihatkan orang ramai supaya menyelidik latar belakang penceramah yang ditonton mereka melalui media sosial sebelum menerima sepenuhnya apa yang disampaikan mereka.
"Laporkan kepada pejabat agama jika ada pendakwah atau guru agama tidak bertauliah mengajar di tempat mereka.
"Masyarakat juga perlu berhati-hati sebelum memberikan sumbangan kepada mana-mana pihak atau penceramah bebas dalam usaha menyekat penyebaran fahaman bertentangan dengan ajaran Islam," katanya.
Bernama
Mon Dec 28 2015
![SKMM diminta segera sekat video penceramah dakyah ekstremis SKMM diminta segera sekat video penceramah dakyah ekstremis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/81451304910_UstazWanAkashah.jpg)
WAN AKASHAH: Pihak polis perlu menyenaraikan individu yang dilihat berhujah tanpa asas dengan memanipulasi Al-Quran dan Hadis.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![RUU Mufti selari dengan amalan di Kelantan - Mufti RUU Mufti selari dengan amalan di Kelantan - Mufti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720679200_DatukMohamadShukr.jpg)
RUU Mufti selari dengan amalan di Kelantan - Mufti
Katanya, Kelantan mempunyai kekuatan Enakmen MAIK serta Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.
![Hindari ajaran sesat - Mufti Pahang Hindari ajaran sesat - Mufti Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712460390_ajaransesat.jpg)
Hindari ajaran sesat - Mufti Pahang
Asmadi berkata, umat Islam perlu merujuk kepada ahli-ahli agama bertauliah sekiranya terdapat kekeliruan serta ajaran yang bercanggah.
![154 ajaran difatwakan sesat 154 ajaran difatwakan sesat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81680591360_jakim.jpg)
154 ajaran difatwakan sesat
Sebanyak 154 ajaran difatwakan sebagai sesat di negara ini sejak tahun 1950 hingga kini.
![Perak benar amal Tarekat Naqsyabandiah bersyarat Perak benar amal Tarekat Naqsyabandiah bersyarat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659518891_TBPERAKWARTAjpg.jpg)
Perak benar amal Tarekat Naqsyabandiah bersyarat
Kerajaan negeri Perak membenarkan amalan Tarekat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani secara bersyarat melalui pewartaan fatwa mengenainya pada 22 Julai lalu.
![Ajaran Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah di Malaysia tidak bercanggah kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah Ajaran Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah di Malaysia tidak bercanggah kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649740830_SheikhNazimalHaqq.jpg)
Ajaran Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah di Malaysia tidak bercanggah kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah
Amalan yang terkandung dalam ajaran Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah di Malaysia adalah tidak bercanggah dengan prinsip akidah dan syariat dalam kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah.
![Guru agama perlu fahami pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah - Raja Muda Perlis Guru agama perlu fahami pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah - Raja Muda Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81625021206_TuankuSyedFaizuddin.jpg)
Guru agama perlu fahami pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah - Raja Muda Perlis
Guru agama yang mengajar di Perlis perlu dapat tauliah Jabatan Mufti Perlis bagi mengelak dikenakan tindakan.
![Dibenar amal Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani Dibenar amal Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649438186_DatukWanZahidiWan.jpg)
Dibenar amal Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani
Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, kebenaran itu diputuskan MKI kali ke-117 pada tahun 2020.
![Kesiapsiagaan hadapi kesan perubahan ekstrem iklim antara fokus Dewan Rakyat hari ini Kesiapsiagaan hadapi kesan perubahan ekstrem iklim antara fokus Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633311024_parlimentmalaysia.jpg)
Kesiapsiagaan hadapi kesan perubahan ekstrem iklim antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Pertanyaan itu akan diajukan Nik Nazmi Nik Ahmad kepada Menteri Wilayah Persekutuan semasa sesi soal jawab.
![Ajaran Asmaul Husna dikesan masih aktif di Kelantan, giat rekrut ahli di media sosial Ajaran Asmaul Husna dikesan masih aktif di Kelantan, giat rekrut ahli di media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61617410041_AjaranAsmaAlHusna.jpg)
Ajaran Asmaul Husna dikesan masih aktif di Kelantan, giat rekrut ahli di media sosial
Pengasas ajaran berkenaan kini beralih merekrut pelajar lepasan pusat pengajian tinggi, bahkan ada di antaranya memegang ijazah PhD.
![Resolusi fahaman 'Ibu Yati' disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja - Zulkifli Resolusi fahaman 'Ibu Yati' disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja - Zulkifli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612273594_TBIbuYati.jpg)
Resolusi fahaman 'Ibu Yati' disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja - Zulkifli
Resolusi Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke-118 berhubung fahaman 'Ibu Yati' telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja.