Masalah yang sering dihadapi pemandu teksi berbangsa India dijangka berakhir dengan pelancaran skim pinjaman khas pemandu teksi India Malaysia.

Skim berkenaan memudahkan mereka mendapat kemudahan pinjaman bagi membayar pendahuluan teksi dan kos membaik pulih kenderaan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datu M Saravanan menjelaskan permohonan untuk mendapatkan pinjaman skim akan diberikan dalam tempoh seminggu.

Namun katanya, mereka yang ingin memohon pinjaman di bawah skim ini perlu memahami prosedur untuk memastikan ia diluluskan dalam tempoh dijanjikan.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan skim pinjaman khas pemandu teksi India Malaysia.

Sementara itu, pemandu teksi berbangsa India gembira dengan skim diumumkan dan berharap masalah dihadapi selama ini dapat diatasi.

Mereka berharap bantuan seperti ini sentiasa diberikan demi membantu meringankan beban ditanggung pemandu teksi.