Kementerian Pendidikan akan melaksanakan program 1 Pelajar 1 Laptop pada tahun hadapan dan program ini berbeza daripada program Chromebook yang diumumkan baru-baru ini.
"Chromebook merupakan peralatan komputer seumpama notebook tetapi ia menggunakan teknologi awan atau cloud computing untuk beroperasi menggunakan Google Chrome OS.
"Semua data pengguna disimpan di cloud dan Chromebook kerana maklumat dan data pengguna tidak disimpan dalam Chromebook tetapi di ruang penyimpanan di cloud," kata kementerian itu dalam satu jawapan bertulis Parlimen pada Isnin.
Kenyataan itu membalas soalan ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari yang bertanya tentang hasil program 1 Pelajar 1 Laptop dan perbezaannya dengan program Chromebook.
Kementerian Pendidikan turut berkata kos bagi setiap unit Chromebook adalah RM1,200 dengan tiga tahun jaminan, changing cart, latihan guru dan akses percuma ke VLE (virtual learning environment).
"Jumlah makmal yang terlibat ialah 2,839 makmal dengan jumlah Chromebook sebanyak 116,399 unit melalui pembekal YTLC Sdn Bhd. Projek Chromebook ini telah dilaksanakan bermula Jun 2013," kata Kementerian Pendidikan.
Pada bulan April, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Isnin berkata kerajaan akan melihat bagaimana untuk membekalkan komputer riba kepada setiap pelajar sekolah di seluruh negara mulai tahun hadapan.
Ini merupakan salah satu daripada janji manifesto Barisan Nasional sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
T K Letchumy Tamboo
Tue Jul 09 2013
![Skim '1Pelajar1Laptop' dilancar tahun 2014 Skim '1Pelajar1Laptop' dilancar tahun 2014](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/41365465573_295x200.jpg)
- Gambar arkib
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Skim '1Pelajar1Laptop' dilancar tahun 2014 Skim '1Pelajar1Laptop' dilancar tahun 2014](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/41365465573_295x200.jpg)
Skim '1Pelajar1Laptop' dilancar tahun 2014
Kementerian Pendidikan akan melaksanakan program 1 Pelajar 1 Laptop pada tahun hadapan dan program ini berbeza daripada program Chromebook yang diumumkan baru-baru ini.