Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai berjumlah RM41000, sebuah kereta Toyota Vellfire, and 150 beg tangan berjenama susulan penahanan seorang exco kerajaan negeri Johor pada Khamis.

BACA: SPRM tahan Exco Johor bantu siasatan skandal hartanah

Rampasan tersebut dibuat di kediaman exco berkenaan pada pukul 10.50 pagi tadi bagi membantu siasatan.

Suspek berusia 51 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru dan akan dibawa ke mahkamah pada pagi Jumaat.

Suspek ditahan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

BACA: Skandal hartanah Johor: Empat individu dibebas dengan jaminan SPRM hari ini

BACA: PKR Johor gesa SPRM buka siasatan isu Tabung Hartanah Bumiputera