GEORGE TOWN: Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Permai di Bayan Baru dekat sini disenarai pendek sebagai tiga sekolah teratas bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia menerusi kategori inovasi menerusi ciptaan Smart and Easy Table (SnET) 2.0.
Pencapaian itu menjadikan SK Seri Permai yang mempunyai 1,500 murid, satu-satunya sekolah di Malaysia yang disenarai pendek untuk kategori tersebut, dengan menampilkan inovasi untuk meringankan beban beg sekolah yang boleh mendatangkan risiko kesihatan kepada murid.
Guru Besar Mohammad Sabarullah Shaik Ismail berkata hasil inovasi itu, penghantaran kerja rumah menunjukkan peningkatan iaitu daripada 54 peratus kepada 91 peratus, selain peningkatan prestasi sekolah kerana berjaya menambah baik kesejahteraan murid.
"Bagi meringankan beban beg sekolah, meja yang digunakan oleh murid direka dengan dua laci yang boleh dikunci dengan murid sesi pagi dan petang boleh menyimpan buku mereka di dalam laci masing-masing supaya tidak perlu membawanya lagi pada keesokan harinya.
"Meja itu juga mempunyai tiga petak di sebelahnya untuk menyusun botol air dan alat tulis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas pengumuman senarai itu secara dalam talian oleh T4 Education yang berpangkalan di United Kingdom hari ini, yang kemudiannya disambut sorakan kuat warga sekolah berkenaan.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri I Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.
Mohammad Sabarullah turut berterima kasih kepada semua pihak kerana banyak memberi semangat selain berharap mereka mampu mencapai kemenangan.
Katanya inovasi pertama di Malaysia dan di dunia itu bukan hanya menangani masalah beg berat iaitu daripada tujuh hingga 10 kilogram (kg) kepada kira-kira 2.5kg bagi setiap murid, ia juga meningkatkan keyakinan dan keseronokan murid untuk hadir ke sekolah.
"Inovasi ciptaan saya dengan bantuan guru-guru ini mampu mewujudkan suasana pembelajaran lebih kondusif dalam kalangan murid sekolah sehingga menarik minat beberapa negara lain untuk menghasilkan SnET 2.0 di sekolah mereka," katanya.
Selain SK Seri Permai, dua lagi sekolah yang disenaraikan dalam tiga teratas ialah Crimson Global Academy, New Zealand dan The Riverside School, India.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2023
![SK Seri Permai terpilih tiga teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia SK Seri Permai terpilih tiga teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694526790_TBsekolahterbaik.jpg)
Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Permai di Bayan Baru dekat sini disenarai pendek sebagai tiga sekolah teratas bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia menerusi kategori inovasi menerusi ciptaan Smart and Easy Table (SnET) 2.0. - Foto Facebook KPM
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![SK Seri Permai terpilih tiga teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia SK Seri Permai terpilih tiga teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694526790_TBsekolahterbaik.jpg)
SK Seri Permai terpilih tiga teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia
SK Seri Permai disenarai pendek sebagai tiga sekolah teratas bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia menerusi kategori inovasi.
![PM ucap tahniah dua sekolah kebangsaan disenarai pendek terbaik dunia PM ucap tahniah dua sekolah kebangsaan disenarai pendek terbaik dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684302377_AnwarIbrahim.jpg)
PM ucap tahniah dua sekolah kebangsaan disenarai pendek terbaik dunia
Pengumuman tiga finalis terbaik untuk setiap kategori akan dibuat pada September manakala penyampaian hadiah dijadualkan Oktober.