BAU: Situasi jangkitan malaria di kawasan Ulu Baram yang terletak di utara Sarawak dilaporkan masih terkawal, kata Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni.
Beliau berkata orang ramai yang berada di kawasan berkenaan dinasihatkan agar tidak bimbang memandangkan kesemua prosedur dan tindakan bagi mencegah penularan wabak malaria telah diambil oleh pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Miri.
"Saya sedang menunggu laporan lebih lanjut daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Miri... memandangkan keadaan di sana, contohnya di Long Lellang, mungkin terdapat aktiviti yang boleh menyebabkan jangkitan malaria berlaku," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) di sini hari ini.
Semalam, media tempatan melaporkan seorang doktor yang bertugas di Miri telah memberi peringatan agar petugas kesihatan mengambil tindakan secepat mungkin bagi mengelak kemungkinan penularan jangkitan malaria susulan sekurang-kurangnya dua kes baharu wabak itu dilaporkan di kawasan Ulu Baram.
Dalam pada itu, Lukanisman berkata Pejabat Daerah Bau akan dikosongkan untuk dijadikan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak buat sementara waktu sebagai usaha mengurangkan kesesakan di Hospital Bau.
Beliau berkata ia adalah pelan jangka masa pendek Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum menyediakan dana untuk membina bangunan dan menaik taraf Hospital Bau.
"Jadi kesesakan di Hospital Bau akan dapat dikurangkan kerana kesesakan di hospital itu bukanlah seperti kesesakan yang berlaku di bandar lain ataupun di bandar kuching, tetapi perkhidmatan menunggu yang tidak selesa," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak Datuk Henry Harry Jinep berkata Hospital Bau yang sudah berusia lebih 30 tahun perlu ditambah baik kerana terlalu sesak dengan bangunannya yang sudah usang.
Oleh itu, Henry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tasik Biru berkata kerajaan Persekutuan perlu memberi perhatian dengan memberi peruntukan yang lebih bagi menangani masalah berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 31 2023
![Situasi malaria di Ulu Baram terkawal - Lukanisman Situasi malaria di Ulu Baram terkawal - Lukanisman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81680267287_TBnyamuk.jpg)
Kesemua prosedur dan tindakan bagi mencegah penularan wabak malaria telah diambil oleh pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Miri. - Gambar hiasan/CDC (Centers for Disease Control and Prevention)
Kementerian pendidikan tidak kompromi isu murid cicir
Beberapa langkah telah diambil secara proaktif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menangani isu keciciran pelajar, antaranya Program Ziarah Cakna, penyediaan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC), modul Serlahkan Keunggulan Diri (SUDI), serta modul kajian kes dan amalan terbaik.
Kerajaan belum beri lesen operasi kepada tiga syarikat
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor.
[TERKINI] Cuaca panas dan kering di utara Semenanjung
Cuaca panas dan kering melanda kebanyakan lokasi di utara Semenanjung, termasuk Perak, Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.
![ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723386047_ShahFirdausSahrom.jpg)
ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu
Jaguh berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom akan kekal beraksi dalam acara keirin dan pecut individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
![Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711621554_tbmusimkemarau.jpg)
Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
Cuaca panas dan kering dijangka melanda kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak serta Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.
![Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739336227_TBULARSAWA.jpg)
Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang
Perhilitan menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung pemilikan ular sawa tanpa lesen sah.
Pertumbuhan sektor perkhidmatan naik 6.2 peratus
Sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.2 peratus tahun ke tahun pada suku tahun keempat 2024 dengan hasil mencecah RM627.9 bilion.
![Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana? Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739343632_TBZAQUANjpg.jpg)
Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana?
Zaquan Adha berkongsi bahawa anak-anaknya masih terkejut dengan berita pemergian adik bongsu mereka, Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees.
![22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang 22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739343500_tbCEOGISBDatukNa.jpg)
22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang
Seramai 22 individu dikaitkan dengan GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
![KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738734281_KWSPEPFAkaunSim.jpg)
KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
![Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81682374028_malariavaccine.jpg)
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
![Darurat kesihatan diumum di Nias Selatan akibat malaria, denggi Darurat kesihatan diumum di Nias Selatan akibat malaria, denggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723793837_malariavaccine.jpg)
Darurat kesihatan diumum di Nias Selatan akibat malaria, denggi
Darurat selama 14 hari diisytihar di Nias Selatan di Sumatera Utara, Indonesia bagi menangani krisis kesihatan susulan wabak malaria dan denggi di kawasan berkenaan.
![Cameroon lancar kempen vaksinasi malaria pertama di dunia Cameroon lancar kempen vaksinasi malaria pertama di dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705937573_vaksinasi.jpg)
Cameroon lancar kempen vaksinasi malaria pertama di dunia
Dalam usaha menangani ancaman malaria yang berterusan, Cameroon pada Isnin memulakan kempen vaksinasi pertama di dunia terhadap penyakit itu.
![Kes malaria meningkat 75 peratus di Terengganu Kes malaria meningkat 75 peratus di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683527786_Kesmalariameningkat.jpg)
Kes malaria meningkat 75 peratus di Terengganu
Daripada 21 kes dilaporkan, 20 kes merupakan malaria zoonotik manakala satu kes malaria import dari jangkitan manusia.
![Ghana sahkan nyamuk Anopheles stephensi, vektor pembawa malaria baharu Ghana sahkan nyamuk Anopheles stephensi, vektor pembawa malaria baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681629366_nyamukAnophelesste.jpg)
Ghana sahkan nyamuk Anopheles stephensi, vektor pembawa malaria baharu
Ghana mengesahkan buat kali pertama, nyamuk Anopheles stephensi sebagai vektor pembawa malaria baharu, menurut Perkhidmatan Kesihatan Ghana (GHS) Sabtu.
![Situasi malaria di Ulu Baram terkawal - Lukanisman Situasi malaria di Ulu Baram terkawal - Lukanisman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81680267287_TBnyamuk.jpg)
Situasi malaria di Ulu Baram terkawal - Lukanisman
Kesemua prosedur dan tindakan bagi mencegah penularan wabak malaria telah diambil oleh pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Miri.
![Warga asing dari Afrika punca malaria berjangkit di Pulau Pinang - Dr Noor Hisham Warga asing dari Afrika punca malaria berjangkit di Pulau Pinang - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646622706_NoorHisham.jpg)
Warga asing dari Afrika punca malaria berjangkit di Pulau Pinang - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan gesa saringan kesihatan dijalankan ke atas pekerja-pekerja asing di Pulau Pinang.
![Kes denggi meningkat di Labuan, satu kes malaria dilapor Kes denggi meningkat di Labuan, satu kes malaria dilapor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/61594553029_denggi.jpg)
Kes denggi meningkat di Labuan, satu kes malaria dilapor
Peringatan telah dikeluarkan kepada orang awam dan pemilik premis untuk memastikan pembuangan sisa pepejal yang berkesan.
![Tindak balas global terhadap malaria terjejas akibat COVID-19 - WHO Tindak balas global terhadap malaria terjejas akibat COVID-19 - WHO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51619345561_Malaria.jpg)
Tindak balas global terhadap malaria terjejas akibat COVID-19 - WHO
Ia menyebabkan sejumlah 241 juta kes penyakit itu dilaporkan pada 2020, meningkat 14 juta daripada tahun sebelumnya.
![EPL: Aubameyang pulih daripada penyakit malaria EPL: Aubameyang pulih daripada penyakit malaria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618534280_PierreEmerickAubam.jpg)
EPL: Aubameyang pulih daripada penyakit malaria
Penyerang Gabon itu mendedahkan di media sosial semalam bahawa dia dijangkiti virus itu semasa rehat antarabangsa baru-baru ini.