KUALA LUMPUR: Situasi banjir di seluruh negara secara umumnya menunjukkan trend penurunan dengan lima PPS telah ditutup, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Dalam kenyataan hari ini, agensi itu memaklumkan lima PPS berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan Melayu Raya, Pontian, Johor; Japerun Kesidang di Melaka Tengah, Melaka dan di Perak melibatkan Dewan Serba Guna Kampung Padang Tembak di Hilir Perak, Dewan Orang Ramai Sungai Baru di daerah Larut, Matang dan Selama serta Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga Parit, Perak Tengah.
Menurut NADMA tujuh negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Johor, Kelantan dan Sabah yang melibatkan 13 daerah masih terjejas akibat banjir, sehingga 12 tengah hari tadi.
"Seramai 3,107 mangsa daripada 969 ketua isi rumah (KIR) direkodkan sedang berlindung di 26 pusat pemindahan sementara (PPS)," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 3 petang tadi mengeluarkan Ramalan Cuaca Signifikan dengan penumpuan angin dijangka berlaku di kawasan pantai Kelantan dan Terengganu serta utara dan tengah Sarawak, bermula esok hingga Sabtu ini yang berpotensi meningkatkan kelembapan di kawasan berkenaan.
"Keadaan ini berpotensi menghasilkan kejadian ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang terutamanya pada sebelah petang hingga malam," menurut kenyataan itu.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan empat sungai mencatatkan bacaan aras air pada paras bahaya setakat pukul 4 petang tadi iaitu Sungai Long Jegan, Sungai Long Teru dan Sungai Marudi di Sarawak serta Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah.
Selain itu, terdapat empat sungai mencatatkan bacaan aras air pada tahap amaran iaitu Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar, Kedah; Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat dan Parit Keliling di Kampung Pasir, Johor Bahru, Johor dan Sungai Rantau Panjang di Pasir Mas, Kelantan.
Selain itu, JPS turut mengeluarkan Notis Kesiapsiagaan Banjir Kilat, 3 petang tadi.
"Berdasarkan maklumat ramalan hujan oleh MET Malaysia, sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS Malaysia, terdapat risiko kejadian banjir kilat di beberapa lokasi sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku di beberapa daerah di Pahang, Terengganu, Johor dan Sabah," menurut kenyataan itu.
Jabatan Kerja Raya (JKR) pula melaporkan terdapat lima lokasi terkesan banjir, enam lokasi cerun runtuh, satu lokasi jalan runtuh, satu lokasi kejadian jalan mendap dan dua lokasi kejadian jambatan rosak sehingga 2 petang tadi.
Ikuti semua perkembangan mengenai banjir DI SINI!
Menurut jabatan itu kesemua 16 kejadian itu melibatkan lapan lokasi dengan dua di Kelantan dan Negeri Sembilan serta masing-masing satu di Perak, Terengganu, Johor dan Pahang.
Orang awam diminta merujuk maklumat terkini daripada sumber yang sahih menerusi laman web publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook PubliclnfoBanjir dan twitter @JPS InfoBanjir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 16 2022
Situasi banjir di seluruh negara secara umumnya menunjukkan trend penurunan dengan lima PPS telah ditutup, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). - Gambar fail/APM
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.70 mata kepada 1,603.69 daripada 1,602.99 pada Selasa lepas.
Pantai Port Dickson meriah, jadi tumpuan pengunjung sempena cuti sekolah
Pesisiran pantai itu meriah dengan pengunjung beriadah sambil melakukan aktiviti air meskipun cuaca agak mendung.
Dua maut nahas kereta berlanggar lori 10 tan
Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai berlanggar dengan lori 10 tan.
JPS ramal banjir landa sembilan jajahan di Kelantan Ahad depan
JPS meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad depan.
AWANI Pagi: Merancakkan ekonomi Pahang cara Kuantan 188
Bagaimana ekonomi Pahang khususnya ibu kota Kuantan boleh dirancakkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Apa peranan bijak boleh dimainkan produk pelancongan seperti Kuantan 188 untuk merangsang peluang mengajak kedatangan pelancong lebih-lebih lagi semasa Malaysia memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan. Diskusi bersama Mohd Hanis Fakhri Ahman Yussri, Pengurus Operasi Kuantan 188 untuk kupasannya dalam siaran luar Awani Pagi dari Kuantan 188, di Kuantan Pahang.
The Economy: Xmas, new years, and a new US President
BFM Anchor, Sharaad Kuttan dives into the global buzz surrounding Donald Trump’s inauguration, blending festive vibes with critical analysis. Join us as we unwrap the intersection of holiday cheer and political shifts.
Transforming AI Applications with Langflow by DataStax
DataStax introduces Langflow, an innovative low-code platform for building and deploying AI applications. This tool simplifies the design and implementation of generative AI and RAG applications, enabling businesses to leverage artificial intelligence more efficiently and effectively.
Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara'
Pemain berusia 23 tahun itu mungkin berdepan hukuman larangan berpanjangan jika didapati bersalah.
Silent Risk: How weak regulations impact property owners, tenants, and the real estate market
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
Situasi banjir terus beransur pulih
Situasi banjir terus beransur pulih dengan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan.
Situasi banjir tunjuk trend penurunan - NADMA
Situasi banjir di seluruh negara secara umumnya menunjukkan trend penurunan dengan lima PPS telah ditutup, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).