Sistem tunggal pendaftaran pekerja asing iaitu secara dalam talian yang akan mula dilaksanakan Oktober ini, akan dapat menangani isu pemerdagangan manusia dan penganiayaan terhadap pekerja asing, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata sistem itu akan diguna pakai untuk semua negara pembekal tenaga kerja asing kecuali Indonesia yang penggunaannya akan ditetapkan kemudian pada satu mesyuarat di Putrajaya bulan depan.
"Untuk pekerja Indonesia, ia juga akan dilaksanakan tetapi hanya akan berkuat kuasa sehingga persetujuan rasmi dan perjanjian ditandatangani selepas pertemuan bulan depan itu," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Muhammad Hanif Dhakiri di sini hari ini.
Katanya sistem tunggal itu bertujuan supaya hanya ada satu saluran sahaja untuk kelulusan pekerja-pekerja asing iaitu permohonan secara dalam talian.
"Ini supaya tidak berlaku penyelewengan, atau pembayaran yang melampau atau pengambilan pekerja tanpa majikan ... supaya ada keselarasan, tiada lagi yang tiada majikan yang menyebabkan mereka menjadi pekerja asing tidak sah.
"Mereka menjadi PATI (pekerja asing tanpa izin) kerana berada di Malaysia melebihi tempoh diizinkan. Mereka masuk secara sah tetapi tempoh tinggal melepasi lawatan sosial menyebabkan pihak berkuasa seperti imigresen dan polis kena ambil tindakan," katanya.
Bagi mengatasi masalah itu, Ahmad Zahid berkata pekerja asing khususnya dari Indonesia yang mahu masuk ke Malaysia mesti sudah mempunyai majikan.
"Majikan pula perlu disahkan mengikut kelayakan jumlah pekerja (yang boleh diambil)," katanya.
Beliau berkata untuk majikan pula, sebarang pelaksanaan baharu dalam pengambilan pekerja asing bukanlah hendak menambah beban mereka tetapi bagi memastikan kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja selain kerajaan berpuas hati dan pelaksanaaannya mengikut piawaian antarabangsa.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata dalam soal penempatan dan perumahan untuk pekerja asing, Malaysia telah melihat kepada pendekatan yang digunakan di beberapa negara Timur Tengah.
"Negara-negara itu beri penempatan bagi mengelakkan sebarang tuduhan pekerja-pekerja asing melakukan jenayah, tak mematuhi undang-undang serta menimbulan masalah sosial kepada penduduk tempatan.
"(Jika) Mereka (pekerja asing) tidak diberikan standard kehidupan sebagai seorang manusia, ini akan menyebabkan berlaku "pengiktirafan" kepada pemerdagangan manusia dan tidak mematuhi standard ILO (Pertubuhan Buruh Antarabangsa)," katanya.
Pada 18 Ogos lalu, Ahmad Zahid berkata permohonan pengambilan pekerja asing pada masa akan datang tidak lagi melibatkan ejen, sebaliknya majikan perlu mengemukakan permohonan itu secara dalam talian.
Beliau berkata sistem pengurusan pekerja asing secara dalam talian itu, yang akan diperkenalkan tidak lama lagi, memendekkan tempoh untuk membawa masuk pekerja asing.
Pada sidang media hari ini, Ahmad Zahid berkata pertemuan beliau dengan Muhammad Hanif telah membincangkan masalah-masalah yang membelenggu kedua-dua negara dalam isu penghantaran pekerja dari republik itu ke Malaysia.
Ahmad Zahid yang juga pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai pekerja asing berkata semua kekangan membabitkan pekerja asing antara Malaysia dan Indonesia turut dibincangkan.
Beliau berkata semua cadangan Menteri Tenaga Kerja Indonesia akan diperincikan dan dibincangkan di peringkat jawatankuasa tertinggi Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri berkata pada rundingan Malaysia-Indonesia bulan depan, pihaknya akan memaklumkan perkembangan beberapa permintaan dan keputusan yang diterima pakai oleh semua kementerian yang terlibat dalam soal kelulusan tenaga kerja asing.
"Ini bagi diselarikan dan dikoordinasikan agar tidak lagi berlaku kesesakan di peringkat "one stop approval centre". Ini untuk penuhi permintaan dan penawaran tenaga kerja melibatkan kedua-dua negara.
"Saya harap perjanjian bersama akan meletakkan Indonesia dan Malaysia dalam kedudukan yang baik sebagai pembekal dan penerima tenaga kerja, dan supaya kedua-dua negara tidak lagi menghadapi kekangan, selain majikan memberikan layanan yang adil kepada pekerja Indonesia," katanya.
Hadir sama pada sidang media itu ialah Muhammad Hanif, Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Duta Besar Indonesia ke Malaysia Herman Pratyitno.
Hari ini merupakan hari kedua lawatan kerja selama empat hari Timbalan Perdana Menteri ke Indonesia, yang merupakan lawatan pertama beliau ke luar negara sejak dilantik ke jawatan itu pada 28 Julai lepas.
Bernama
Sat Sep 19 2015
AHMAD ZAHID: Sistem itu akan diguna pakai untuk semua negara pembekal tenaga kerja asing kecuali Indonesia yang penggunaannya akan ditetapkan kemudian pada satu mesyuarat di Putrajaya bulan depan. -Gambar fail
Peruntukan pembangkang, pembangunan kawasan parlimen wajar diperundangkan - Pakar
Mantan Ahli Tetap Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC), Dr. G Manimaran berkata peruntukan kepada pembangkang dan dana pembangunan kawasan parlimen wajar untuk diperundangkan berbanding dibuat secara Perjanjian Persefahaman (MoU) semata-mata. Pada masa yang sama, beliau berpendapat sikap pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata. #AgendaAWANI
MoU peruntukan pembangkang berat sebelah, sepatutnya digubal undang-undang khusus - Pakar
Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat berkata Perjanjian Persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang yang ada ketika ini disifatkan berat sebelah memandangkan hanya menyentuh mengenai pengisytiharan harta oleh pembangkang sahaja. Jelasnya, hal tersebut sepatutnya dilakukan secara saksama oleh semua ahli parlimen dan dilakukan berdasarkan satu Akta khusus berbanding sekadar dalam bentuk MoU. #AgendaAWANI
Negara luar minat labur di Malaysia mahu pengiktirafan JAKIM
Bagi menjayakan usaha ini, beliau telah membuat rancangan dengan kerajaan negeri untuk menyediakan tanah yang akan dibeli atau disewa bagi membolehkan kilang berkenaan didirikan.
Ribut tropika Pulasan mungkin hampiri barat daya Jepun - Agensi cuaca
Menurut agensi cuaca Jepun pada Selasa, ribut tropika besar yang semakin kuat mungkin menghampiri wilayah Okinawa dan kawasan Amami di wilayah Kagoshima di barat daya Jepun pada Rabu.
MP PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa MoU itu antaranya mengandungi satu bab khusus mengenai isu bangsa, agama dan Raja-Raja, di mana Ahli-ahli Parlimen PN dilarang untuk bersuara mengenainya kerana menyentuh isu itu dianggap sebagai menyebarkan kebencian.
24 mangsa, tiga kanak-kanak diselamatkan
Bomba menyelamatkan 24 mangsa termasuk tiga kanak-kanak yang terperangkap akibat di Kampung Kubang Kayu, Bukit Kayu Hitam.
Malaysia raih dua emas, Mohamad Aniq lebur rekod kebangsaan di Fiji
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan merangkul pingat emas kategori 61 kilogram (kg) di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suva, Fiji hari ini.
Banjir: Cuti pegawai, anggota bomba Kedah dibeku
Cuti hampir 800 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dibekukan berkuat kuasa hari ini susulan situasi banjir di negeri ini.
Jumlah kumulatif kes MPOX (setakat 4 September 2024)
Untuk rekod, jumlah kumulatif global adalah sebanyak 103,898 kes. Asia dengan 5,403 kes.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat kerugian RM420,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
Menteri main muzik
Elek Yo Band dianggotai oleh tujuh menteri dalam kabinet Jokowi.
Indonesia mahu kenaikan gaji pekerja yang dihantar ke Malaysia
Isu kenaikan gaji untuk pekerja Indonesia merupakan antara isu yang akan dibangkitkan sewaktu pertemuan wakil kedua-dua negara di Kuala Lumpur, bulan depan.
Sistem tunggal pendaftaran pekerja asing tangani pemerdagangan manusia - Zahid
Sistem itu akan diguna pakai untuk semua negara pembekal tenaga kerja asing kecuali Indonesia yang penggunaannya akan ditetapkan kemudian pada satu mesyuarat di Putrajaya bulan depan.