Disenaraikan di tahap terendah dalam sistem ranking keselamatan dan sekuriti yang diperkenalkan oleh Amerika Syarikat menunjukkan Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk aspek-aspek keselamatan dalam kalangan pelancong.
Pakar undang-undang antarabangsa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Mohd Yazid ZulKepli berkata tinjauan positif itu menunjukkan tahap keselamatan umum di negara ini yang sederhana dan selamat untuk pelancong.
"Selepas insiden serangan ke atas Modiva pub oleh penyokong ISIS (Daish) pada Jun 2016, tiada laporan mengenai kejayaan serangan di Malaysia. Pasukan polis juga telah berjaya mengekang dan mengawal ancaman keganasan dengan kira-kira 400 suspek ditahan," kata beliau kepada Bernama pada Jumaat mengenai ranking sistem amaran perjalanan itu yang dikeluarkan pada 10 Jan.
Negara-negara yang berada di Tahap Satu: "Exercise Normal Precautions" antaranya ialah Australia, Singapura, Brunei, Sweden dan Switzerland.
Sebelas negara menduduki ranking Tahap Empat, "Do Not Travel" iaitu Afghanistan, Republik Afrika Tengah, Iran, Iraq, Libya, Mali, Korea Utara, Somalia, Sudan Selatan, Syria dan Yaman.
Amerika Syarikat memperkenalkan sistem itu untuk memberi amaran kepada warga negaranya mengenai bahaya perjalanan ke luar negara dan dengan itu memberi nasihat perjalanan yang lebih jelas kepada pelancong.
Mohd Yazid berkata risiko keselamatan dan sekuriti di bawah program nasihat perjalanan Amerika Syarikat yang dilancarkan oleh Biro Hal Ehwal Konsular Jabatan Negara melibatkan penilaian oleh pakar keselamatran AS, komuniti perisikan, kerajaan selaku hos, kedutaan dan konsulat Amerika Syarikat.
"Tahap Satu dan Dua dikaji semula setiap tahun tetapi boleh dikaji secara kekerapan bergantung kepada keadaan. Tahap Tiga dan Empat disemak semula setiap enam bulan," katanya dan menambah bahawa Malaysia pada umumnya adalah negara yang selamat untuk dikunjungi.
Sementara itu, bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar berkata kedudukan Malaysia dalam ranking itu adalah sesuatu yang diinginkan oleh setiap negara terutama jika mahu menarik pelaburan dan pelancongan kerana ranking ini mencerminkan tahap keselamatan dalam aspek politik, ekonomi, keselamatan dan sosio budaya.
"Objektif kita menjadikan Kuala Lumpur sebagai satu daripada dua puluh bandar raya terbaik untuk didiami di dunia dapat dicapai. Untuk mereka yang ingin menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua, penarafan ini menjadikan Malaysia menarik. Pendek kata, pilihan yang ideal. Itulah pandangan saya," kata beliau.
Sementara itu, Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek pula percaya antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan itu adalah kerana Malaysia telah banyak mematuhi pelbagai undang-undang dan piawaian antarabangsa berkaitan anti keganasan.
Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) itu berkata antara undang-undang tersebut adalah mewujudkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) , Akta Pencegahan Keganasan (POTA) , Akta Pencegahan Jenayah ( POCA) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
"Ini antara undang-undang yang boleh dikuatkuasakan sebelum jenayah berlaku dalam usaha mengekang sebarang aktiviti menyalahi undang-undang sekaligus mewujudkan situasi aman dan tenteram di negara ini," katanya.
Beliau berkata faktor lain adalah kejayaan pelaksanaan program deradikalisasi antara semua agensi keselamatan dan pertahanan yang terlibat yang saling berganding bahu dalam memastikan program itu benar-benar mencapai misinya.
Sementara itu, seorang lagi penganalisis dan pakar isu-isu antarabangsa Prof Dr Zaid Ahmad berkata kejayaan Malaysia itu seharusnya boleh mempercepat proses dan kelulusan program pengecualian visa bagi rakyat Malaysia memasuki Amerika Syarikat.
Malaysia dilaporkan telah menyatakan hasrat untuk menyertai program pengecualian visa itu semasa perbincangan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Amerika ketika itu Barack Obama semasa melawat Malaysia pada April 2014. -- Bernama
Bernama
Fri Jan 12 2018
Kedudukan Malaysia dalam ranking itu adalah sesuatu yang diinginkan oleh setiap negara terutama jika mahu menarik pelaburan dan pelancongan. - Gambar fail
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Korea Selatan, AS, Jepun lancar sekretariat tiga pihak di Seoul
Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), dan Jepun secara rasmi melancarkan sekretariat untuk kerjasama tiga pihak pada Rabu, selepas pengumumannya dibuat di sidang kemuncak pemimpin mereka minggu lepas,
Skandal rasuah: Ahli perniagaan Malaysia 'Fat Leonard' dihukum penjara 15 tahun di AS
Kontraktor pertahanan Malaysia, Leonard Francis yang lebih dikenali sebagai "Fat Leonard," dijatuhi hukuman penjara 15 tahun.
Malaysia kurang bersedia hadapi perubahan pentadbiran AS secara proaktif - Penganalisis
Walaupun sering menyertai forum antarabangsa seperti ASEAN dan PBB, penyertaan Malaysia lebih pasif berbanding sebagai pemimpin aktif dalam memperjuangkan isu global.
Pilihan raya AS: Petugas pilihan raya mula kira undi awal, pos
Petugas pilihan raya mula mengira undi awal dan undi melalui pos di Pusat Pengiraan dan Pilihan Raya Maricopa County di Phoenix, Arizona pada Rabu.
AS hantar sistem anti-peluru berpandu, tentera ke Israel
Presiden Joe Biden menjelaskan bahawa langkah ini diambil untuk mempertahankan Israel.
Hamas dakwa Israel lakukan genosid di Jabalia dengan perlindungan AS
Serangan tidak berperikemanusiaan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan lebih daripada 90 cedera.
Perjanjian gencatan senjata di Gaza perlu selesai segera - Antony Blinken
AS, Mesir dan Qatar akan melakukan segala yang mungkin untuk memastikan Hamas bersetuju dengan "cadangan perantara" tersebut.
Lima negara, Kesatuan Afrika, PBB komited teruskan rundingan damai Sudan
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Amerika Syarikat (AS), Switzerland, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kesatuan Afrika dan PBB.
AS rayu keputusan beri pingat gangsa kepada gimnas Romania
Gimnastik AS mengemukakan bukti tambahan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) untuk menyokong kes atlet Jordan Chiles harus mendapat pingat gangsa.
Lelaki ada hubungan dengan Iran rancang pembunuhan ahli politik di AS
Seorang lelaki Pakistan yang dipercayai mempunyai hubungan dengan Iran didakwa atas tuduhan merancang pembunuhan seorang ahli politik atau pegawai kerajaan di Amerika Syarikat (AS).