KUALA LUMPUR: Sistem pertahanan siber negara berada pada tahap tertinggi dan terkawal daripada serangan siber, kata Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.
Beliau berkata kerajaan melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meletakkan keseluruhan sistem komunikasi strategik ATM dalam satu rangkaian terselamat dan tidak mempunyai sambungan dengan rantaian internet luar.
"Sistem pertahanan negara sentiasa berada pada tahap keselamatan tertinggi dan dikawal selia oleh Pusat Pemantauan Pertahanan Siber, Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) ATM.
"Dengan langkah berstrategik termasuk tiada sambungan rantaian internet luar, serangan siber ke atas sistem pertahanan negara pada masa ini berada dalam keadaan terkawal," katanya ketika menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 peringkat Kementerian Pertahanan di Dewan Negara hari ini.
ATM sebelum ini telah menubuhkan Unit Khas Pertahanan Siber di bawah Bahagian Staf Perisikan Pertahanan ATM pada 2015, yang antara unit lain bertanggungjawab memantau dan menghalang sebarang bentuk pencerobohan terhadap sistem pertahanan negara.
NEGARA-GULUNG (SIBER) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Adly berkata bagi sistem yang memerlukan sambungan internet, BSEP ATM memantau rapat sebarang aktiviti mencurigakan dengan BSEP sentiasa bersiap siaga mendepani sebarang bentuk kemungkinan serangan siber terkini.
Beliau berkata kebiasaannya sistem yang memerlukan sambungan internet luar adalah lebih kepada hal-hal pentadbiran.
Sementara itu berhubung usaha menangani serangan siber dalam bentuk pancingan data (phishing) dan serangan perisian (ransomware), Adly berkata kementerian itu telah mengambil beberapa langkah proaktif, termasuk menjalin kerjasama dua hala dan pelbagai hala serta perkongsian maklumat ancaman siber dengan negara luar selain mewujdukan BSEP ATM.
"Kita juga merancang untuk menubuhkan Pusat Pemerintahan Siber ATM bagi mewujudkan angkatan siber yang berkredibiliti, berteknologi tinggi dan berkepakaran dalam mendepani ancaman global," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023

Sistem pertahanan siber negara berada pada tahap tertinggi dan terkawal daripada serangan siber, kata Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari. - Gambar fail/BERNAMA
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Jumaat
Proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan disambung pada pagi Jumaat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Sistem pertahanan siber negara pada tahap tertinggi, terkawal daripada serangan
Sistem pertahanan siber negara berada pada tahap tertinggi dan terkawal daripada serangan siber, kata Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.