SEPANG: Penggunaan sistem pagar automatik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan diperluas kepada warga asing yang memegang pas lawatan jangka panjang bermula September ini, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.
Sistem pagar automatik tersebut ketika ini terhad kepada warga Malaysia.
Khairul Dzaimee berkata sistem berkenaan yang antara lain bertujuan meningkatkan kecekapan pengurusan kemasukan warga asing ke Malaysia, hanya boleh digunakan bergantung kepada jenis pasport yang digunakan warga asing.
"Hanya pasport yang ada cip dan mematuhi syarat ICAO (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa) sahaja yang boleh menggunakan pagar automatik ini," katanya kepada pemberita selepas sesi libat urus Jabatan Imigresen bersama agensi pelancongan di KLIA di sini hari ini.
Beliau berkata warga asing yang memegang pas lawatan jangka panjang merangkumi mereka yang bekerja dan belajar di Malaysia, ekspatriat, individu yang berkahwin dengan rakyat tempatan dan peserta program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).
Sementara itu, Khairul Dzaimee berkata libat urus berkenaan diadakan bagi mewujudkan kerjasama strategik antara pihak berkepentingan berkaitan pelancongan supaya mereka memahami urusan pemeriksaan Imigresen.
Sesi tersebut turut dihadiri pegawai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Tourism Malaysia dan kemudiannya dibawa ke Balai Imigresen (Ketibaan) bagi mendengar penerangan daripada Ketua Operasi Imigresen KLIA James Lee.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 08 2022
Penggunaan sistem pagar automatik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan diperluas kepada warga asing yang memegang pas lawatan jangka panjang bermula September ini. - Foto BERNAMA
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Sistem pagar automatik KLIA akan diperluas kepada warga asing
Penggunaan sistem pagar automatik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan diperluas kepada warga asing yang memegang pas lawatan jangka panjang bermula September ini.