Pesalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang cuba menyembunyikan kesalahan mereka kini diperhatikan menerusi Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak Dalam Daftar Kanak-Kanak (DKK).
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Hannah Yeoh berkata bermula 1 April ini, orang ramai terutamanya ibu bapa dan organisasi yang menguruskan kanak-kanak, disaran membuat semakan terhadap pekerja atau bakal pekerja mereka bagi memastikan individu yang diambil bekerja bebas daripada rekod jenayah seksual terhadap kanak-kanak.
“Bagi mereka yang ingin membuat semakan, ia adalah percuma dan boleh dilakukan dengan memberikan nombor kad pengenalan milik individu yang perlu disemak di mana-mana pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) peringkat negeri dan daerah.
“Di JKM Negeri, maklum balas carian akan diperoleh serta-merta. Jika dibuat di Pejabat JKM Daerah, keputusan carian akan diperoleh dalam masa lima hari.
“Jika individu berkenaan ada rekod sabitan jenayah seksual kanak-kanak, masa diperlukan untuk menyemak sama ada kes yang disabitkan di peringkat rayuan atau tidak,” katanya pada sidang media selepas pelancaran sistem semakan tersebut oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Selasa.
Tambahnya, sistem ini bertujuan mempertingkatkan perlindungan dan keselamatan terhadap kanak-kanak dan mengekang atau mencegah jenayah terhadap kanak-kanak daripada terus berlaku.
Namun begitu, Yeoh berkata ibu bapa harus sentiasa mengambil langkah-langkah bagi melindungi anak mereka memandangkan pesalah yang tidak pernah disabitkan kesalahan di mahkamah masih berpotensi membahayakan kanak-kanak.
“Sistem ini hanya melindungi kanak-kanak daripada risiko pesalah seksual terhadap kanak-kanak yang berulang sahaja.
“Sebagai contoh, pada 2017, daripada 314 individu yang disabitkan kesalahan, 300 merupakan pesalah kali pertama dan 14 lagi merupakan pesalah berulang.
"Dan pada 2018 pula, daripada 639 individu yang disabitkan kesalahan, 605 orang merupakan pesalah pertama manakala 34 merupakan pesalah berulang.
“Statistik sejak 2017 ini menunjukkan majoriti pesalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang dihadapkan ke mahkamah merupakan pesalah kali pertama,” katanya.
Isabelle Leong
Tue Mar 26 2019
![Sistem DKK: Awas, pesalah jenayah seksual! Anda sedang diperhati - Hannah Yeoh Sistem DKK: Awas, pesalah jenayah seksual! Anda sedang diperhati - Hannah Yeoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41553599910_hannahyeoh.jpg)
Yeoh (dua dari kiri) berkata sistem ini bertujuan mempertingkatkan perlindungan dan keselamatan terhadap kanak-kanak dan mengekang atau mencegah jenayah terhadap kanak-kanak daripada terus berlaku dan berulang. -BERNAMA
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
![Sistem DKK: Awas, pesalah jenayah seksual! Anda sedang diperhati - Hannah Yeoh Sistem DKK: Awas, pesalah jenayah seksual! Anda sedang diperhati - Hannah Yeoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41553599910_hannahyeoh.jpg)
Sistem DKK: Awas, pesalah jenayah seksual! Anda sedang diperhati - Hannah Yeoh
Pesalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang cuba menyembunyikan kesalahan mereka kini diperhati oleh kerajaan melalui Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak.