Singapura dan Malaysia membincangkan kerja penebusgunaan tanah di Selat Johor dan kemungkinan berlaku kesan buruk merentas sempadan, dalam program Pertukaran Lawatan Tahunan (AEV) Malaysia-Singapura kali ke-30, di sini.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan di sini pada Jumaat, Menteri-Menteri yang menghadiri AEV bersetuju bahawa adalah penting bagi Singapura dan Malaysia untuk terus memenuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut 1982.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berada di sini selama tiga hari sehingga 30 Sept atas undangan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura Masagos Zulkifli, untuk menghadiri AEV.
Sejak 1979, AEV menyumbang kepada hubungan dan kerjasama lebih erat antara kedua-dua kementerian dalam perkara berkaitan alam sekitar.
Kenyataan itu menyebut Menteri-Menteri berkenaan turut menegaskan semula komitmen mereka di bawah Perjanjian Penyelesaian untuk memantau, bertukar-tukar maklumat dan membincangkan perkara yang memberi kesan kepada persekitaran masing-masing di Selat Johor, termasuk kerja penebusgunaan tanah dengan kemungkinan berlaku kesan buruk merentas sempadan.
Dalam hubungan ini, Menteri-Menteri berkenaan menggesa Pasukan Petugas Bersama Teluk Danga supaya bekerjasama rapat dan menyelesaikan isu berkaitan penemuan kajian batimetri di Teluk Danga dengan segera, menurut kenyataan itu,
AEV berikutnya pada 2018 akan diadakan di Malaysia.
Kedua-dua menteri turut menyemak semula kemajuan yang dicapai oleh Jawatankuasa Bersama Malaysia-Singapura mengenai Alam Sekitar (MSJCE).
Pada 28 Sept, Mesyuarat MSJCE ke-31 mencapai kejayaan dalam perbincangan dan pertukaran pandangan membabitkan beberapa bidang kerjasama yang turut merangkumi Pemantauan Bersama Kualiati Air di Selat Johor.
Kedua-dua menteri bersetuju terhadap kepentingan kualiti air yang baik di Selat Johor, dan menggalakkan kedua-dua pihak supaya meneruskan usaha untuk menambah baik kualiti air dengan melaksanakan langkah untuk mengawal sumber pencemaran, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 29 2017

Sejak 1979, AEV menyumbang kepada hubungan dan kerjasama lebih erat antara kedua-dua kementerian dalam perkara berkaitan alam sekitar. - Gambar fail

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Jerebu rentas sempadan: Malaysia, Singapura setuju kerjasama kaji penyelesaian
Yeo dan Masagos melahirkan kebimbangan mengenai jerebu rentas sempadan daripada kebakaran tanah dan hutan di rantau ini, yang menjejaskan rakyat Malaysia dan Singapura.

Singapura-Malaysia bincang tebus guna tanah di Selat Johor
Menteri-Menteri yang menghadiri AEV bersetuju bahawa adalah penting bagi Singapura dan Malaysia untuk terus memenuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa.