MELAKA: Keghairahan sesetengah individu mengambil jalan pintas untuk memperoleh gelaran Datuk Seri dan Datuk sehingga sanggup membelinya dengan harga RM50,000 hingga RM100,000, terbongkar.
Ia selepas 34 individu termasuk dua dalang berusia antara 26 hingga 70 tahun dicekup Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Melaka di sekitar negeri itu, Kuala Lumpur dan Selangor.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, kejayaan menumpaskan sindiket itu bermula daripada maklumat orang awam mengenai sindiket berkenaan pada Januari tahun ini sebelum pihak polis melancarkan operasi khas.
Katanya, kerajaan negeri tidak akan berkompromi dalam isu sindiket pemalsuan watikah dan pingat darjah kebesaran tersebut.
Jelasnya, kegiatan itu sememangnya menjejaskan imej pentadbiran kerajaan negeri kerana setiap pelantikan perlu dibuat mengikut lunas undang-undang dan dikurniakan sendiri oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.
“Operasi khas yang dilancarkan telah membawa kepada penangkapan seramai 34 warganegara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa berumur dalam lingkungan 26 hingga 70 tahun.
“Tangkapan dibuat pihak polis ini terdiri daripada mereka yang menjadi dalang utama, orang tengah dan pembeli yg membeli watikah palsu darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di Kompleks Seri Negeri yang turut dihadiri Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali.
Mengulas lanjut ujarnya, siasatan awal mendapati sindiket itu didalangi dua lelaki berusia lingkungan 40-an yang dipercayai mencetak watikah palsu darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri berkenaan.
Dua suspek itu turut mencetak tauliah palsu Jaksa Pendamai (JP) serta membeli selempang dan Bintang Darjah Kebesaran Negeri Melaka daripada pembekal yang tidak sah.
Katanya, dalam serbuan di sebuah rumah di daerah Melaka Tengah, pihak polis merampas pelbagai barangan dan dokumen palsu termasuk 16 Watikah Darjah Kebesaran Negeri dan Watikah Jaksa Pendamai Negeri, 13 selempang dan 21 Pingat Darjah Kebesaran Negeri.
Turut ditemukan dua kad keahlian Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka (MDDNM) palsu, dua kad keahlian Majlis Jaksa Pendamai Negeri Melaka (MJPNM) palsu selain 168 set emblem kereta Majlis Jaksa Pendamai Negeri Melaka (MJPNM).
Katanya, pihak polis turut membuka empat kertas siasatan mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dua dalang utama berkenaan akan didakwa mengikut seksyen (3)(1)(a) dan seksyen 3(1)(b) Enakmen Lambang-Lambang dan Nama (mencegah penggunaan yang tidak betul) Enakmen A21 Negeri Melaka di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh esok.
Dua suspek itu turut akan didakwa mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana didapati memperdaya dan menipu dalam urusan jual beli watikah dan pingat darjah kebesaran negeri Melaka.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Aug 11 2021
![Sindiket tawar jalan pintas peroleh gelaran Datuk Seri, Datuk tumpas Sindiket tawar jalan pintas peroleh gelaran Datuk Seri, Datuk tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51628682131_TBDATUKSERIBELI.jpg)
Sulaiman berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di Kompleks Seri Negeri yang turut dihadiri Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali. - Foto Astro AWANI
AWANI Ringkas: Penyeragaman agensi kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738661163_WongKahWoh.jpg)
KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI
jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump/
Iran kecam ancaman Trump, tegas akan bertindak balas
Iran memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai ancaman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang didakwa melanggar undang-undang antarabangsa dan menghasut keganasan.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
![Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333893_SheikhAhmadAbdulla.jpg)
Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump "mengutamakan kepentingan dirinya sendiri dan memberi kesan terhadap ekonomi global," kata Perdana Menteri Kuwait.
Saifuddin Nasution dilantik pengerusi PH Kedah
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pelantikannya sebagai Pengerusi PH Kedah berkuat kuasa 7 Februari lalu, menggantikan Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
![Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726059526_ACPAzmanShariat.jpg)
Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak
Dua lelaki ditahan bersama 18.97 kilogram dadah dalam dua tangkapan berasingan di KLIA Terminal 2.
![Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739337071_NgaKorMing.jpg)
Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September
Jemaah Menteri bersetuju menetapkan hari Sabtu terakhir bulan September sebagai Hari Cuci Malaysia di seluruh negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Karim Khan sasaran pertama sekatan ICC
Ketua Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan merupakan individu pertama dikenakan sekatan ekonomi dan perjalanan yang diluluskan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
“Kalau nak tunggu hari tua pun tidak boleh” - YB Tasek Gelugor
Ahli Parlimen Tasek Gelugor mencadangkan kerajaan membuat dasar pengeluaran KWSP secara bersasar.
“Saya mohon pihak kerajaan untuk lihat kembali dasar ini dan pertimbangkan rayuan ribuan orang yang mohon”Katan YB Saifulruddin
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Saya mohon pihak kerajaan untuk lihat kembali dasar ini dan pertimbangkan rayuan ribuan orang yang mohon”Katan YB Saifulruddin
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Dua individu direman palsukan dokumen darjah kebesaran Dua individu direman palsukan dokumen darjah kebesaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666152961_DatukDireman.jpg)
Dua individu direman palsukan dokumen darjah kebesaran
Kedua-dua mereka dipercayai mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu.