Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melumpuhkan sindiket memproses kad kredit palsu terbesar pernah beroperasi di negara ini
Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram JSJK, SAC Khalil Azlan Chik berkata, kejayaan itu merupakan hasil beberapa serbuan berasingan yang dijalankan di Lembah Klang dan Ipoh, Perak, bermula Sabtu hingga Isnin lalu.
Menurutnya, dalam Operasi Helang 2/15 ini, polis turut berjaya merampas wang tunai RM163,234 dan 2,371 keping kad kredit Mastercard palsu serta tiga mesin membuat kad kredit.
Katanya, siasatan mendapati bahawa sindiket berkenaan akan menggunakan kad kredit palsu untuk membeli pelbagai barangan berharga di luar negara, sebelum menjualnya semula di negara ini pada harga lebih murah.
Jelas beliau, sindiket tersebut memperoleh bekalan kad kredit palsu dan data dari sindiket antarabangsa, sebelum diserahkan kepada 'keldai' untuk membeli barangan di luar negara seperti di United Kingdom, Perancis, Turki, Jepun, Korea, Singapura, Indonesia dan Vietnam.
"Barangan berjenama seperti Hermes, Louis Vuitton dan Prada akan dibeli oleh 'keldai' berkenaan dan apabila kembali ke Malaysia, barangan tersebut akan diserahkan kepada ketua sindiket dan 'keldai' berkenaan akan diberikan komisyen.
"Barangan berjenama tersebut kemudiannya akan dijual kepada pelanggan pada harga yang lebih murah," tambah beliau dalam satu sidang media di Aras 34, Menara 238, Jalan Tun Razak, di sini.
Khalil berkata, 19 warga tempatan dan seorang lelaki warga Nigeria turut ditahan dalam operasi berkenaan.
Mereka siasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Seksyen 472 Kanun Keseksaan kerana memiliki peralatan untuk melakukan pemalsuan.
Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih daripada 20 tahun serta boleh didenda.
Mariah Ahmad
Tue Apr 19 2016
Menurut Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram JSJK, SAC Khalil Azlan Chik, polis turut berjaya merampas tiga mesin membuat kad kredit dalam Operasi Helang 2/15. Foto Astro AWANI/MARIAH AHMAD
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.
Sony bangunkan konsol mudah alih permainan PS5
Peranti konsol mudah alih baharu Sony ini mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum hadir ke pasaran.
'Tak payah anjur Anugerah Kredit Madani' - Mas Ermieyati
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik pelaksanaan Anugerah Kredit Madani dan menggesa agar KPKT menyatakan makenisme sesuai pantau syarikat kredit komuniti yang mengenakan faedah tinggi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LaLiga: Saya mahu bantu Real Madrid jaringkan gol - Kylian Mbappe
Kylian Mbappe percaya dia sudah mula bangkit bersama rakan sepasukannya di Real Madrid selepas menjaringkan gol ketika kemenangan 3-0 berdepan Leganes.
Mercedes cipta sistem brek EV terbina pada motor elektrik
Sistem brek ini tidak perlu diselenggara sepanjang hayat kenderaan dan tidak mencemarkan udara kerana serbuk brek yang terhasil tidak disebarkan ke udara.
Kementerian Perpaduan berjaya laksana lebih 300 program berimpak tinggi tahun ini
KPN laksanakan program merapatkan jurang sosial rakyat Malaysia sekali gus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan.
Payung pantai lebih cantik dan tersusun di Telok Kemang bermula 16 Disember
MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu itu menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan di kawasan Pantai Telok Kemang.
Mansuh peperiksaan di sekolah untuk kurangkan tekanan murid - Fadhlina
Keputusan Kementerian Pendidikan memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan bertujuan mengurangkan tekanan murid sekolah.
Sidang Parlimen: Dasar tempoh kuarters kerajaan akan dikaji semula
Kerajaan sedang menilai cadangan dasar baharu berkaitan tempoh menduduki kuarters kerajaan untuk memastikan pengurusan lebih sistematik, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
JSJK kesan transaksi RM3.8 bilion melalui 15 syarikat, disyaki hasil kegiatan penipuan
JSJK mengesan transaksi pemindahan wang sebanyak RM3.8 bilion ke 43 negara melalui 15 syarikat perdagangan berdaftar di Malaysia, yang disyaki hasil kegiatan penipuan bermula 2021 hingga 2023.
Macau Scam: Polis buka 4,865 kertas siasatan, 2,471 ditangkap
Modus operandi sindiket masih sama iaitu membuat panggilan telefon yang berpusat di luar negara.
JSJK mula siasat kes 47 rakyat Malaysia ditahan di Kemboja
Siasatan lanjut kes 47 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan pekerjaan di Kemboja akan dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak.
Anggota polis mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan rasuah
Abu Bakar Gembor, 45, yang ketika kejadian bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azura Alwi.
Najib dibawa ke JSJK selepas ditahan SPRM lebih 16 jam
Najib yang ditahan sejak jam 4 petang semalam dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Menara 238 di Jalan Tun Razak di ibu negara untuk dirakam percakapan.
Kotak, beg dipercayai berisi wang tunai dibawa ke Bank Negara
Sumber berkata wang itu, yang diisi di dalam beberapa kotak dan beg, kemudian dibawa ke Bank Negara Malaysia (BNM).
Sindiket memproses kad kredit terbesar berjaya ditumpas
Dalam operasi khas ini, polis turut menahan 19 warga tempatan dan seorang lelaki warga Nigeria dan merampas RM163,234.