Tiga lelaki termasuk seorang warga India direman lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung sindiket pengeluaran sijil akademik menggunakan nama beberapa institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini.
Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad mengeluarkan perintah reman hingga Jumaat ini (20 Mac) selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini hari ini.
Menurut laporan media, ketiga-tiga lelaki berumur antara 30 dan 34 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira 4 petang semalam di sekitar Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Sumber SPRM berkata mereka dipercayai orang tengah yang menguruskan proses pembelian sijil palsu tersebut dan pasukan penyiasat sedang mengenal pasti individu yang bertanggungjawab mencetak sijil palsu tersebut.
Katanya sindiket terbabit dipercayai mengeluarkan sijil diploma, sarjana muda dan sarjana palsu tanpa memerlukan individu terlibat mengikuti kursus pembelajaran.
Sindiket ini hanya mengambil masa seminggu untuk menyediakan sijil palsu tersebut yang diperoleh dengan bayaran antara RM2,000 dan RM16,000 bergantung kepada jenis sijil dan IPTS, kata sumber itu.
SPRM juga sedang menyiasat sama ada terdapat penglibatan individu dalam IPTS yang bersubahat dengan sindiket itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 16 2018
Tertuduh dipercayai orang tengah yang menguruskan proses pembelian sijil palsu tersebut dan pasukan penyiasat sedang mengenal pasti individu yang bertanggungjawab mencetak sijil palsu. - Gambar hiasan
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Perlu langkah bersepadu bantu IPTS terus bernafas
Malaysia harus mencontohi UK yang sentiasa konsisten mengadakan promosi bagi menarik pelajar antarabangsa, walaupun kadar yuran mereka tinggi.
Sekolah, institusi pendidikan KPM buka 20 Januari, IPT 1 Mac - Muhyiddin
Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) akan dibuka pada 20 Jan mengikut takwim yang diumumkan sebelum ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kemasukan semula pelajar antarabangsa ke IPT bermula 1 Januari - Noraini
Noraini bagaimanapun berkata, kebenaran itu tidak termasuk pelajar dari United Kingdom (UK).
Kementerian Perpaduan pastikan kelab, sekretariat Rukun Negara diwujudkan di seluruh negara
Setakat ini terdapat 6,621 Kelab Rukun Negara di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara sejak 2004 dan 172 Sekretariat Rukun Negara di IPT.
UNISEL nafi pensyarah terlibat dalam gabungan 115 ilmuan PhD
Dakwaan pensyarah atau institusi berkenaan terlibat dalam gabungan itu adalah tidak benar.
Larangan merokok di IPTA, IPTS dipertimbang - Kementerian
Kementerian Kesihatan sedang menimbang kemungkinan meluaskan lagi kawasan larangan merokok sehingga ke universiti.
Pensyarah ditahan miliki ganja lebih RM22,000
Pensyarah itu menyimpan dadahnya di atas siling sebuah tandas perempuan IPTS tempat dia bekerja.
Isu PTPTN: Pendapatan lebih RM8,000 tetap dapat pinjaman
Orang ramai yang tidak menerima BR1M iminta tidak risau dengan pengurangan pembiayaan baharu PTPTN yang diumum 1 November lepas.
Pengurangan pembiayaan PTPTN untuk IPTA, IPTS tidak wajar - Nik Nazmi
Pengurangan pembiayaan PTPTN untuk pelajar IPTA sebanyak lima peratus dan 15 peratus untuk pelajar IPTS dilihat tidak wajar ketika rakyat berhadapan tekanan kewangan.
Kementerian cari penyelesaian terbaik isu keputusan percubaan SPM
Kementerian Pendidikan masih belum membuat sebarang keputusan untuk membenarkan pelajar menggunakan keputusan peperiksaan percubaan SPM bagi memohon kemasukan ke IPTS.