KUALA LUMPUR : Seorang pengusaha kilang pakaian warga Bangladesh berumur 46 tahun bersama 45 lelaki pendatang tanpa izin ditahan kerana disyaki menggunakan pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) tidak sah yang diperoleh melalui sindiket "ID Hack" dalam operasi di Ampang.
Pendatang tanpa izin berumur antara 17 hingga 56 tahun yang ditahan di dalam premis kilang pakaian ketika serbuan kira-kira 4 petang, Khamis lepas itu, terdiri daripada warga Bangladesh, Myanmar dan Indonesia.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, turut ditahan ialah seorang wanita tempatan berumur 37 tahun yang merupakan pengarah syarikat pengeluaran pakaian yang dikatakan mengaut hasil jualan antara RM130,000 hingga RM150,000 sebulan.
"Suspek (pengusaha kilang pakaian) menggunakan PLKS yang disyaki diperolehi melalui sindiket ID-Hack sebelum ini untuk menubuhkan sebuah syarikat di Malaysia (dan) syarikat suspek aktif dalam bidang industri pembuatan pakaian untuk pasaran Lembah Klang dan sekitar Selangor sejak tahun 2012," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya operasi itu dilaksanakan susulan kejayaan Op Hack agensi itu bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), April lepas serta beberapa siri operasi bagi mengesan saki-baki individu yang menggunakan pelekat PLKS yang dikeluarkan oleh sindiket ID Hack berkenaan.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati modus operandi suspek (pengusaha kilang pakaian) adalah menubuhkan syarikat dengan kerjasama warga tempatan dan menggunakan sumber tenaga kerja dalam kalangan pendatang tanpa izin untuk memaksimumkan keuntungan.
"Suspek bertindak menyewa beberapa premis komersial termasuk sebuah bangunan tiga tingkat untuk dijadikan kilang bagi aktiviti memotong, menjahit, mencetak pakaian selain dijadikan sebagai hostel pekerja manakala sebuah premis pula dijadikan sebagai pusat pameran dan jualan syarikat," katanya.
Katanya, suspek turut mampu menggaji seramai 45 orang warga asing dengan anggaran bayaran gaji seorang sebanyak RM1,600 sebulan untuk meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan pelanggan.
Khairul Dzaimee berkata selain merampas sejumlah wang tunai dipercayai hasil jualan harian pakaian, turut dirampas dokumen-dokumen syarikat dan beberapa Sijil Pemilikan Kenderaan yang didaftarkan menggunakan nama syarikat yang sama.
Katanya pihaknya percaya suspek ada menyimpan hasil keuntungan yang masih belum dipastikan jumlahnya di beberapa akaun bank tempatan berdasarkan kad ATM yang dirampas.
Khairul Dzaimee berkata kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 51(5) (b) Akta Imigresen 1959/63 selama 14 hari untuk siasatan lanjut.
Katanya suspek dan wanita tempatan berkenaan turut disiasat atas kesalahan menggaji pekerja asing tanpa pas yang sah di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta kesalahan-kesalahan lain berkaitan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001(Akta 613) dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
Beliau berkata kegiatan berkenaan telah menyebabkan kerugian hasil levi kerajaan mencecah RM700,000 sepanjang tempoh syarikat itu beroperasi, justeru agensi tidak akan berkompromi dengan penggodam sistem jabatan kerana ia memberi implikasi buruk kepada keselamatan dan ekonomi negara.
"Jabatan Imigresen akan mempergiatkan risikan untuk terus memburu saki-baki (pengguna) pelekat PLKS yang dikeluarkan oleh sindiket ID-Hack yang ditumpaskan beberapa bulan yang lalu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 25 2021
Suspek menggunakan PLKS yang disyaki diperolehi melalui sindiket ID-Hack sebelum ini untuk menubuhkan sebuah syarikat di Malaysia. - Bernama
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.
Tiga maut terkena tembakan polis ketika pegawai buat "tinjauan" di masjid bersejarah di India
Polis berkata "tinjauan" dilakukan atas perintah mahkamah selepas seorang peguam mendakwa masjid itu dibina di atas tapak peninggalan Hindu.
Badan Peguam Malaysia buka pusat mediasi di Bar Auditorium, Tanjong Mas
Mohamad Ezri berkata Pusat Mediasi Kelantan akan mengendalikan sesi mediasi dengan pilihan kaedah penyelesaian pertikaian sedia ada.
Hyundai panggil balik 42,000 kereta di AS kerana risiko pergerakan spontan - Laporan
Pergerakan spontan berlaku disebabkan masalah pendawaian, menurut laporan itu.
Kerajaan Australia batal cadangan undang-undang kawal maklumat salah
Kerajaan Australia secara rasmi menolak cadangan undang-undang yang akan mewajibkan syarikat media sosial untuk mengawal maklumat salah dan palsu di platform mereka.
Lebih 1,000 doktor, jururawat terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Tentera Israel didakwa menyasarkan hospital sebagai sebahagian rancangan terancang untuk meruntuhkan sistem penjagaan kesihatan di Gaza.
Penambahbaikan birokrasi kurangkan kos projek pembangunan
Penambahbaikan birokrasi melalui Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) mampu mengurangkan kos dalam pelaksanaan sesuatu projek pembangunan.
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
Sindiket ID Hack: Pengusaha kilang pakaian warga Bangladesh, 45 warga asing ditahan
Suspek menggunakan PLKS yang disyaki diperolehi melalui sindiket ID-Hack sebelum ini untuk menubuhkan sebuah syarikat di Malaysia.