Raja dadah Malaysia yang digelar ''Mr T'' mungkin bukan dalang sebenar sindiket dadah antarabangsa terbesar yang ditangkap polis Thailand beberapa hari lepas, menurut Biro Penindasan Narkotik (NSB), Thailand.
"Mr T, yang ditahan di Lapangan Terbang Hatyai sejurus tiba dari Chiang Rai, Rabu lepas, mungkin orang kanan kepada dalang sebenar sindiket itu, yang kini sedang giat diburu pihak berkuasa Thailand berikutan penahanan leftenan kanannya baru-baru ini.
"Kami (pihak berkuasa Thailand) akan mendapatkan dalang sebenar," kata Timbalan Ketua NSB Mejar Jen Supakit Srijantaranon kepada Bernama baru-baru ini, dan menambah dalang sebenar semakin terjerat berikutan penahanan orang kanannya terutama Mr T.
Selain Mr T yang berasal dari Johor, pihak berkuasa Thai juga menahan seorang lelaki warga Taiwan dan dua wanita Thailand.
Supakit berkata pihak berkuasa Thailand mula mengesyaki penglibatan seorang lagi tokoh lebih besar selain Mr T selepas membuat perbandingan asetnya dengan nilai dan kuantiti dadah yang diseludup sindiket itu ke Malaysia sebelum ini.
Beliau berkata sindiket itu berjaya menyeludup lima percubaan ke Malaysia sebelum gagal pada percubaan keenam Mac tahun lepas, apabila pihak berkuasa Thailand memintas 282kg ice di Sadao dan menahan dua lelaki rakyat Malaysia.
Supakit berkata dua lelaki warga Malaysia berkenaan yang ditahan, telah mendedahkan operasi sindiket tersebut serta pembabitan Mr T semasa soal siasat, yang dakwa mereka adalah pemilik dadah yang diseludup itu.
Pihak berkuasa percaya kehadiran Mr T di Chiang Rai sebelum penahanannya adalah untuk membuat pesanan untuk konsainan dadah yang lain.
"Setiap percubaan menyeludup dadah membabitkan ratusan kilogram ice, bernilai lebih daripada 1 bilion Bath (kira-kira RM126 juta)," menurut beliau dan menambah Mr T terus membisu apabila ditanya oleh pihak berkuasa mengenai sindiket itu dan peranannya selaku orang kanan.
"Kami amat yakin bukti-bukti yang kami ada terhadap Mr T dan sindiket itu," katanya dan menambah pegawai yang terbabit bekerja sepanjang masa selama setahun untuk mengumpulkan bukti sejak penahanan kedua-dua rakyat Malaysia itu pada Mac tahun lepas.
Tanpa bukti, pihak berkuasa tidak akan mengambil tindakan.
Mereka juga mendapat kerjasama yang baik daripada polis Malaysia dan berkata polis Malaysia akan menghantar pegawainya ke Bangkok untuk mengumpul lebih banyak maklumat perisikan tentang sindiket itu daripada Mr T.
Menurut Supakit, pihak berkuasa Thailand mula membongkar operasi besar sindiket itu susulan tangkapan Mr T dan lain-lain, membabitkan bukan sahaja menyeludup jumlah dadah yang besar ke Malaysia tetapi juga mengusahakan pelbagai perniagaan dengan menjadikan Hatyai dan Sadao, berhampiran sempadan Malaysia, sebagai pangkalannya.
"Dalam kerjaya saya selama 30 tahun sebagai anggota polis, ini adalah sindiket terbesar," katanya dan menambah, pihak berkuasa memerlukan lebih banyak masa untuk meneliti dokumen yang bertimbun berkaitan operasi dadah dan perniagaan sindiket itu di Thailand.
Supakit berkata sekurang-kurangnya 16 syarikat dipercayai milik rakyat Malaysia yang didakwa mempunyai kaitan dengan sindiket itu telah dikenal pasti pihak berkuasa, melibatkan pelbagai perniagaan -- daripada hartanah, hiburan, kelab malam, hotel, apartmen, resort dan sektor lain.
Beliau berkata pemilik dan pengurus syarikat itu masih belum melaporkan diri kepada pihak polis untuk memberi keterangan berhubung dakwaan itu dan jika gagal berbuat demikian, pihak berkuasa akan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka.
Beliau memberi amaran, polis Thailand dan kerajaan negara itu tidak akan membiarkan mana-mana sindiket jenayah untuk menjadikan negara itu sebagai tempat membersihkan wang hasil daripada aktiviti haram. -- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 24 2017

Seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai Mr T yang dipercayai anggota kanan sindiket dadah antarabangsa ditahan polis Thai di Lapangan Terbang Hatyai Rabu lalu setibanya dari Chiang Rai. -- fotoBERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Thailand sita aset jutaan baht milik warga Malaysia bergelar "Mr T"
Pihak berkuasa Thailand telah menyita pelbagai aset bernilai berjuta-juta Baht milik rakyat Malaysia digelar 'Mr T' atau the 'Malaysian Iceman'.

Dua raja dadah Malaysia ditahan di Thailand
Suspek yang digelar sebagai Mr T atau Malaysian Iceman dari Johor dan Mr G dari Pulau Pinang dianggap sebagai anggota penting sindiket dadah antarabangsa.

Sindiket dadah antarabangsa: Dalang sebenar semakin terjerat selepas orang kanan ditahan
Selain Mr T yang berasal dari Johor, pihak berkuasa Thai juga menahan seorang lelaki warga Taiwan dan dua wanita Thailand.