NILAI: Polis menumpaskan sindiket mencuri bekalan elektrik bagi menjalankan kegiatan perlombongan bitcoin menerusi serbuan di sembilan premis di sekitar kawasan Nilai semalam melibatkan nilai rampasan RM1.6 juta.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata operasi bersepadu dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan itu, menyerbu ke empat premis di Bandar Enstek dan lima di Bandar Baru Nilai dengan merampas 581 unit mesin perlombongan bitcoin.
Berikutan itu, TNB turut mengalami kerugian sebanyak RM2.1 juta akibat aktiviti haram yang dijalankan hampir setahun.
"Operasi dijalankan pada 1 petang itu sehingga 5 petang dan pihak polis menahan seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warganegara China berusia dalam lingkungan 30 tahun.
"Hasil soal siasat terhadap suspek, mereka mengaku sebagai juru teknik dalam salah satu premis diserbu itu. Ketika serbuan, mereka sedang memeriksa dan membuat penyelenggaraan ke atas mesin perlombongan bitcoin," katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini.
Beliau berkata, modus operandi sindiket ini menggunakan premis tingkat atas sebagai kegiatan perlombongan bitcoin bagi mengelakkan disedari pihak berkuasa.
Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, 427 Kanun Keseksaan, dan Seksyen di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 24 2021

MOHD FAZLEY: Operasi dijalankan pada 1 petang itu sehingga 5 petang dan pihak polis menahan seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warganegara China berusia dalam lingkungan 30 tahun. -Gambar fail
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Polis bongkar kegiatan bitcoin, berkas tiga lelaki warga tempatan
Polis berjaya membongkar kegiatan perlombongan bitcoin dalam satu operasi yang dijalankan di lima premis perniagaan di daerah Sepang.

TNB rugi RM441.6 juta akibat kecurian elektrik - Pengarah JSJ
TNB kerugian berjumlah RM441,600,089 akibat kecurian elektrik bagi aktiviti perlombongan bitcoin dalam sejak tahun 2020 hingga September lepas.

Kecurian elektrik meningkat 400 peratus, kerugian RM2.3 bilion akibat perlombongan bitcoin
Ia membabitkan sejumlah 7,209 kes, iaitu 610 kes pada 2018, diikuti 1,043 kes (2019), 2,465 kes (2020) dan 3,091 kes pada 2021.

Sindiket curi elektrik tumpas, mesin lombong bitcoin 1.6 juta dirampas
Operasi pada jam 1 tengah hari itu berjaya menahan seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warganegara China berusia dalam lingkungan 30 tahun.