PETALING JAYA: Sindiket curi barang berjenama seperti pakaian menggunakan beg khas berjaya dipatahkan susulan penahanan 12 individu termasuk 11 warga asing dalam serbuan di dua hotel bajet di Kuala Lumpur pada 3 dan 4 Oktober lepas.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, sindiket curi itu menggunakan beg khas yang dibawa dari negara asal mereka untuk menghalang bunyi penggera di kedai pakaian daripada berbunyi.
"Barangan yang dicuri akan dihantar ke negara asal menggunakan perkhidmatan kurier untuk dijual dan sindiket ini bergerak secara berkumpulan untuk mencuri pada waktu kedai beroperasi serta akan berpindah dari satu hotel ke hotel lain bagi menutup kegiatan mereka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini.
Mohamad Fakhrudin berkata, siasatan mendapati sindiket itu berjaya menghantar 210 kilogram (kg) bungkusan mengandungi baju ke negara asal mereka pada tahun ini menggunakan perkhidmatan kurier.
Katanya, semakan mendapati 11 warga asing terdiri daripada tiga lelaki dan lapan wanita berusia 26 hingga 47 tahun itu sudah tiga kali masuk ke negara ini sebagai pelancong.
Menurutnya, turut ditahan seorang lelaki warga tempatan berusia 51 tahun yang berperanan sebagai pemandu dan akan membawa ahli sindiket ini ke lokasi aktiviti jenayah dilakukan.
Katanya, siasatan mendapati sindiket ini aktif mencuri pakaian di 17 pasar raya sekitar Lembah Klang sejak Mac tahun ini dan pihaknya berjaya menyelesaikan tujuh kes curi di Petaling Jaya hasil tangkapan ahli sindiket terbabit.
"Semua individu ditahan reman sehingga 22 Okt ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri dalam bangunan," katanya.
Sementara itu, dalam kes berasingan dua lelaki berusia 24 dan 43 tahun ditahan kerana disyaki mencuri kabel sebuah syarikat telekomunikasi di Kelana Jaya dekat sini pada Isnin lepas.
Mohamad Fakhrudin berkata kedua-dua suspek menyamar sebagai kontraktor dan melakukan aktiviti jenayah itu pada waktu malam dan awal pagi.
"Semakan mendapati seorang daripada lelaki yang ditahan mempunyai empat rekod jenayah lampau dan kedua-dua mereka direman sehingga esok untuk siasatan lanjut," katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Seksyen431A Kanun Keseksaan dan Seksyen 25(1)(n) Akta Pendaftaran Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 13 2022
Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, sindiket curi itu menggunakan beg khas yang dibawa dari negara asal mereka untuk menghalang bunyi penggera di kedai pakaian daripada berbunyi. - Bernama
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sindiket curi barang berjenama guna beg khas didalangi warga asing lumpuh
Sindiket itu menggunakan beg khas yang dibawa dari negara asal mereka untuk menghalang bunyi penggera di kedai pakaian daripada berbunyi.