Tabung "Sinar4Rohingya – Solidariti Untuk Kemanusiaan" terus mendapat sambutan daripada kalangan masyarakat yang prihatin dengan keperitan hidup yang ditanggung kaum minoriti yang dianggap paling tertindas ini.

Hingga semalam, jumlah dana yang terkumpul ialah RM482,012.46.

Setakat ini, sejumlah RM455,000 telah disalurkan secara berperingkat kepada pelarian Rohingya.

Antara bentuk bantuan yang diberikan adalah sumbangan makanan, perubatan, tempat perlindungan dan peralatan mandian.

Program hasil kerjasama Sinar Harian dan Kumpulan Media Karangkraf serta Astro AWANI ini turut mendapat perhatian daripada beberapa NGO.

Antara NGO yang turut membantu dalam pengumpulan dana ini ialah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Yayasan Amal Malaysia, Mercy Malaysia, Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan), Pertubuhan Al-I'tisam Relief dan Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim.

Sumbangan masih boleh disalurkan kepada akaun Maybank 'Sinar Karangkraf Sdn Bhd' (tabung Sinar4Rohingya - Solidarity for Humanity) di akaun 503033634355.

Layari laman web mikro 'Sinar4Rohingya' untuk mendapatkan perkembangan terkini.

BACA: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sinar4rohingya-dana-terkumpul-lebih-rm270-000-155656

BACA: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lebih-100-ngo-sertai-sinar4rohingya-solidariti-untuk-kemanusiaan-154628