KOTA KINABALU: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mencadangkan supaya satu simulasi phishing dilaksanakan sebagai antara langkah proaktif bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai keselamatan siber dan ancaman scam.
Beliau berkata ini penting memandangkan kes jenayah scam dan penipuan dalam talian masih lagi tinggi sekali gus menjadi masalah serius di negara ini, dengan golongan usia antara 17 hingga 40 tahun paling ramai menjadi mangsa.
"Saya akan bincang dengan beberapa pihak dalam Gabungan Bertindak Anti-Scam (GBAS) untuk kita laksanakan seawal mungkin. Ini akan membantu untuk meningkatkan kesedaran (mengenai keselamatan siber dan ancaman scam).
"Isunya ialah apabila kita bercakap tentang satu bentuk scam, mungkin minggu depan atau petang ini (akan) direncana scam baharu (oleh penjenayah siber). Ini antara kekangan kita kerana mereka terlalu kreatif.
"Justeru, kami sedang teliti daripada beberapa aspek. Saya berpandangan, bergantung harap kepada siri jelajah (bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan siber dan ancaman scam) sahaja belum mencukupi (dan) boleh dirancakkan dengan beberapa cara lain," katanya.
Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 peringkat Sabah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, hari ini.
Program dua hari berakhir esok itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri III Sabah Datuk Shahelmey Yahya yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Ia merupakan program anjuran bersama CyberSecurity Malaysia dan CelcomDigi dengan kerjasama GBAS serta sokongan Kementerian Komunikasi dan Digital bagi memberi pengetahuan kepada masyarakat mengenai jenis jenayah scam, modus operandi terkini serta tips amalan terbaik untuk mengelakkan diri daripada mudah terpedaya dan menjadi mangsa.
Sabah merupakan negeri keempat siri jelajah itu selepas Selangor/Kuala Lumpur, Perlis serta Sarawak, dan ia akan turut diadakan di Kelantan, Johor sebelum dijangka berakhir di Putrajaya.
Terdahulu, Fahmi ketika berucap berkata pusat tindak balas insiden keselamatan siber Cyber999 kendalian CyberSecurity Malaysia merekodkan sebanyak 4,381 insiden keselamatan siber bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.
Sebanyak 2,788 insiden atau 64 peratus daripadanya adalah berkaitan penipuan dalam talian, katanya.
"Oleh itu, pelbagai usaha, inisiatif serta kempen berkaitan dengan scam dan penipuan dalam talian perlu dipergiat dan diperluaskan kepada seluruh lapisan masyarakat dengan pendekatan lebih kreatif dan komprehensif," katanya.
Dalam pada itu, Fahmi berkata kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan menerusi Belanjawan 2024 bagi meningkatkan usaha membanteras jenayah scam.
"Ini sekali gus membuktikan Kerajaan Perpaduan amat mengambil berat berhubung isu penipuan dalam talian dan akan terus berusaha memantapkan lagi keselamatan siber," katanya, sambil menambah, rakyat juga perlu meningkatkan kesedaran mengenai isu itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 28 2023
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mencadangkan supaya satu simulasi phishing dilaksanakan sebagai antara langkah proaktif bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai keselamatan siber dan ancaman scam. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Simulasi phishing tingkat kesedaran keselamatan siber, ancaman scam - Fahmi Fadzil
Simulasi itu penting memandangkan kes jenayah scam dan penipuan dalam talian masih lagi tinggi sekali gus menjadi masalah serius di negara ini.