KUCHING:Simulasi pertama program vaksinasi di Kuching, Sarawak pada Khamis berjalan lancar dan tumpuannya kepada pergerakan klien serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Simulasi program pengambilan vaksin yang ditempatkan di Stadium Perpaduan, Kuching itu penting bagi menilai kekurangan dan menambah baik kelemahan.
Difahamkan, Stadium Perpaduan, Kuching itu merupakan lokasi pengambilan vaksin untuk sebahagian rakyat Sarawak apabila ianya tiba hujung bulan ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, program vaksinasi yang dilaksanakan dengan penuh teliti.
Kata Uggah Ia termasuk penyediaan fasiliti yang selesa dilengkapi kawasan menunggu yang luas untuk klien selepas menerima vaksin.
“Kita akan menyediakan fasiliti yang selesa bagi memudahkan urusan klien yang menerima vaksin ini.
“Jadi dalam menjayakan agenda ini, kita memerlukan ruang yang luas dengan fasiliti yang baik supaya ia mempercepatkan segala urusan berkaitan vaksinasi ini,” katanya.
Uggah berkata demikian semasa melakukan lawatan ke pusat vaksinasi Stadium Perpaduan Petra Jaya, Kuching pada Khamis bersama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Pengarah JKNS, Dr Chin Zin Hing.
Tambah Uggah, pusat vaksinasi juga akan dibina di kawasan pedalaman di negeri itu bagi memudah dan mempercepatkan proses vaksinasi.
“Sarawak merupakan sebuah negeri yang besar dan pelaksanaan ini akan lebih mencabar sekiranya tiada pusat vaksinasi disediakan di lokasi-lokasi yang terletak jauh di pedalaman.
“Untuk itu, JKNS (Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak) telah membuat perancangan untuk membangunkan pusat vaksinasi di kawasan terlibat bagi mempermudahkan urusan ini,” tambahnya.
Tambah Uggah, maklumat lanjut mengenai jumlah pusat vaksinasi, dan kaedah pendaftaran akan diumumkan oleh Dr Chin Zin Hing pada 15 Februari ini.
Nuzuluddin Abdul Razak, Fadilah Sulaiman, Afiezul Samit
Thu Feb 11 2021
Pusat vaksinasi juga akan dibina di kawasan pedalaman di negeri itu bagi memudahkan dan mempercepatkan proses vaksinasi. FOTO: Astro AWANI
Malaysia kekal teguh perjuang gencatan senjata di Gaza
Tatkala konflik yang membinasakan ini berterusan, sebuah negara kekal utuh untuk menamatkan keganasan yakni Malaysia.
Lima tentera India maut selepas kenderaan terjunam dalam gaung di Kashmir
Sekurang-kurangnya lima tentera India maut manakala lima lagi cedera selepas kenderaan mereka terjatuh ke dalam gaung.
Jual saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
MAHB merupakan aset strategik negara yang penting dan perlu kekal sebagai syarikat awam tersenarai di Bursa Malaysia.
AWANI Pagi: Penyelidikan bencana berasaskan komuniti
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Editor Kanan Nazri Kahar menemubual Prof Dr Syamsidik, Profesor Kejuruteraan Hidraulik, Pusat Studi Tsunami Dan Mitigasi Bencana (TDMRC), Universitas Syiah Kuala mengenai proses pemulihan pasca tsunami 2004 menggunakan pendekatan pengurusan bencana berasaskan komuniti sehingga menjadikan Aceh sebuah makmal hidup (living lab) terbaik pernah disaksikan selepas berlakunya tsunami dua dekad lalu.
Van Nistelrooy anggap sokongan peminat Manchester United di Malaysia seperti di Old Trafford
Pengendali Leicester City itu berasa kagum melihat peminat The Red Devils di Kuala Lumpur.
Kerajaan mulakan kajian semula antilambakan ke atas import besi
Pemulaan kajian semula pentadbiran ini adalah berdasarkan permohonan daripada Mycron Steel CRC Sdn. Bhd.
Halal Business: Scaling success without sacrificing ethics
Southeast Asia's startup ecosystem is booming, but a shift is underway. While traditional models priorities rapid scaling and revenue growth, a new wave of entrepreneurs is focused on building ethical, sustainable business that align with community values, especially halal principles. Discover how startups can balance revenue pressures with ethical integrity and understanding the role of accelerator program in guiding these ventures and local dynamics that can support businesses grow sustainably with Managing Partner, HASAN.VC, Umar Munshi.
Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang lampu
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Kilometer 12.1 Jalan Permas.
Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas
Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas.
Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai
Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.
Simulasi pertama program vaksinasi di Sarawak berjalan lancar - Uggah
Simulasi pertama program vaksinasi di Kuching, Sarawak pada Khamis berjalan lancar dan tumpuannya kepada pergerakan klien serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.