ALOR SETAR: Dua lelaki didenda RM12,300 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini atas empat pertuduhan melakukan khianat dan menakutkan peminjam secara jenayah.
Hukuman itu dijatuhkan terhadap tertuduh, Mohd Nain Abdullah, 38, dan Asmadi Abu Hassan, 41, setelah mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Zul Himi Latif.
Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan khianat dengan menyimbah cat di kediaman seorang wanita di Kampung Borhan, Jalan Langgar antara jam 2.11 hingga 2.12 petang pada 10 September 2022.
Kesalahan itu didakwa menyebabkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM3,000.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Manakala bagi pertuduhan kedua, kedua-dua tertuduh didakwa menakutkan secara jenayah dengan menampal notis bertulis ugutan secara jenayah terhadap seorang lelaki pada masa, tarikh dan lokasi sama.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Mengikut fakta kes, mangsa mendapati terdapat kesan simbahan cat dan nota ugutan terhadapnya di kediaman mangsa di Jalan Langgar, di sini ketika tiba di rumah itu lebih kurang 2.30 petang.
Mahkamah dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa mangsa membuat laporan polis selepas mendapati rumahnya disimbat cat dan diletakkan notis ugutan, malah kejadian seumpama itu sudah empat kali berlaku.
Mahkamah menetapkan hukuman denda RM6,300 ataupun hukuman penjara 18 bulan sekiranya kedua-dua tertuduh gagal membayar denda ditetapkan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Asma’a Fadzil, manakala peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Farhana Fadzil mewakili Muhammad Naim dan Saidina Khadijah Zaharah Khairunnisa Mohd Noor mewakili Asmadi.
Sementara itu, dalam dua lagi pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret berasingan, kedua-dua tertuduh turut didakwa melakukan khianat dengan menyimbah cat hingga menyebabkan mangsa kerugian RM500 di sebuah rumah di Taman Desa Anggerik, Jalan Perak, antara jam 2.38 hingga 2.39 petang pada 10 September lalu.
Mengikut pertuduhan kedua, Mohd Naim dan Asmadi turut didakwa dengan sengaja menakutkan secara jenayah seorang wanita dengan cara menampal notis yang memberi amaran supaya membayar pinjaman pada waktu, tarikh dan lokasi sama.
Kedua-dua mereka mengaku bersalah di hadapan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor dan dikenakan hukuman denda RM3,000 bagi setiap pertuduhan ataupun penjara selama 12 bulan sekiranya gagal membayar denda bagi setiap kesalahan tersebut.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Pertuduhan itu dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis, Inspektor Ruslan Usman, manakala tertuduh diwakili peguam YBGK, H.A.Chua.
Astro Awani
Thu Sep 22 2022
Dua lelaki didenda RM12,300 setiap seorang atas empat pertuduhan melakukan khianat dan menakutkan secara jenayah. - Foto Astro AWANI
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
9 ditahan ambil upah lakukan khianat, ugutan kepada peminjam along
Sembilan termasuk suami isteri ditahan polis kerana terlibat dengan sindiket mengambil upah melakukan jenayah khianat dan mengugut peminjam yang gagal membuat bayaran kepada along.
Simbah cat dan tampal notis ugut peminjam, dua lelaki didenda RM12,300
Dua lelaki didenda RM12,300 setiap seorang atas empat pertuduhan melakukan khianat dan menakutkan secara jenayah.